Mengapa perlu kahwin (kebahagiaan kekal bukan
persoalannya!)
Orang berkahwin kerana banyak maksud. Dalam masyarakat moden, alasan
yang sering kita dengar adalah kerana keinginan untuk bahagia. Kita semua tahu
akan cerita dongeng orang ”jatuh cinta” berkahwin, dan hidup ”bahagia
selamanya.” namun realitinya jauh berbeza. Bagaimana anda tahu bahawa anda akan
bahagia? Mengapa berkahwin dahulu jikalau perkahwinan sering kali berakhir
dengan keperitan?
Berkahwin untuk menjadi bahagia adalah fenomena moden. Budaya masa lalu
menyatakan alasan untuk berkahwin begitu jauh berbeza. Orang berkahwin – dan
sehingga kini melakukannya – atas sebab perlindungan, wang, mempunyai anak,
melakukan seks, publisiti, kemudahan, dan lain-lain. Sedihnya, mengikut
statistik, perkahwinan-perkahwinan tersebut berakhir dengan penceraian, lebih
banyak berbanding perkahwinan “bahagia” di masa sekarang.
Jangan salah faham. Berkahwin atas alasan-alasan di atas tidak
semestinya menuju kebahagiaan! Justeru berkahwin atas dasar emosi sememangnya
membawa kekecewaan.
Secara teologi, perkahwinan secara umumnya jauh lebih mendalam dari sekadar mencari kebahagiaan. Kebahagiaan selalunya adalah hasil keluarannya, tetapi kebahagiaan juga menjadikan alasan yang kurang baik untuk berkahwin. Dalam banyak hal, gereja-gereja Barat telah memeluk banyak nilai daripada masyarakat luar mengenai perkahwinan, dan kesannya banyak sumber menunjukkan perkahwinan berakhir dengan lebih kerap berbanding yang bukan kristian. Kita telah meluluskan banyak penceraian tetapi kita telah gagal membantu mereka untuk membina perkahwinan yang benar.
Mengapa tidak bahagia?
Emosi - termasuk perasaan bahagia
dan cinta – selalunya berubah. Perasaan dan
emosi adalah sebahagian daripada kehidupan, namun ianya hadir sebagai rekod
lemah dalam dasar perkahwinan. Perasan dasarnya adalah seperti pasir; PERKAHWINAN YANG BERJAYA HARUS DIBINA ATAS SEBUAH BATU.
Apabila anda berkahwin dan berharap agar pasanganmu membuat kamu bahagia dan mereka telah
mengecewakan kamu memang mudah untuk percaya perkahwinan kamu sudah salah. Apabila anda tidak
bahagia, anda berfikir bahawa jawapannya adalah cerai. tetapi ramai yang telah
bercerai akan berkata bahawa sekarang mereka tidak lagi bahagia berbanding
sewaktu mereka berkahwin. (Terdapat beberapa perkahwinan yang sangat memusnahkan sehingga perceraian
menjadi satu-satunya jalan.)
Bagi kristian yang percaya akan perkahwinan, ianya adalah untuk menjaga,
meletakkan perkahwinan pada sesuatu yang mudah berubah akan membawa kegagalan.
Seks, penampilan luar, wang, kebahagiaan – tidak ada satu pun yang
dapat bertahan tekanan hidup dalam perkahwinan. Sesungguhnya terdapat
alasan lain yang jauh lebih penting.
Perkahwinan Kristian - Rencana Tuhan bagi perkahwinan.
Artikel ini bukan bermaksud sebuah pelajaran Alkitab secara mendalam
mengenai teologi perkahwinan. Tetapi, idea-idea ini sumbernya adalah dari
Alkitab. Saya tidak membesar dengan gambaran yang sihat atau pengertian dalam
tentang perkahwinan, oleh itu apabila saya sedang bergumul dengan berkahwin
atau tidak saya telah menghabiskan banyak waktu untuk berfikir, belajar dan
berdoa menerusi ayat-ayat dalam Firman. Terdapat banyak ayat tentang
perkahwinan, tetapi idea dasar-dasar perkahwinan datang daripada ayat-ayat
berikut Kejadian 1 dan 1, Kidung Agung dan Efesus 5.
Berkahwin mempunyai banyak kelebihan. Kajian menunjukkan, secara
umum wanita yang tetap dalam perkahwinan memmpunyai kewangan yang kukuh, lelaki
yang tetap dalam perkahwinan akan hidup lebih lama dan lebih sihat, anak-anak akan
membesar dengan baik. Kesihatan, kekayaan dan kebahagiaan berhubung rapat
dengan perkahwinan yang berjaya. Seperti Firman Tuhan, tidak baik kalau manusia
itu seorang diri saja. (Kejadian 2:18) tetapi bukan bermaksud
bahawa menjadi bujang tidak dapat memiliki kesihatan, kekayaan dan kebahagiaan.
Di dalam ekonomi Tuhan, alasan untuk berkahwin adalah sangat mendalam.
Berkahwin adalah untuk belajar mengasihi
Tuhan
itu kasih. Kita diciptakan menurut gambaran Tuhan, dan menjadi semakin serupa
seperti Dia. Maksudnya panggilan tertinggi adalah untuk mengasihi dengan baik,
seperti Tuhan lakukan. Dan perkahwinan adalah makmal di mana segala yang baik berlaku.
Di sini terdapat cara-cara untuk perkahwinan yang sihat yang mesti
berlaku untuk mempelajari cinta dengan baik.
- Komunikasi yang sihat
Mengasihi dengan baik memerlukan komunikasi. Anda belajar mendengar
perkataan dan hati pasanganmu, untuk mengongsikan hati yang lemah, mencari pengertian. Berkomunikasi
memerlukan anda memahami diri sendiri dan orang lain. Ia memperluaskan pengertian
anda.
- Pengampunan yang sihat
Perkahwinan adalah penyatuan dua orang berdosa.
Mengampuni bukan bermaksud menerima kelakuan yang buruk dari pasanganmu. Mengampuni termasuk belajar meletakkan
batas-batas yang sihat apabila diperlukan. Hubungan sesama manusia memerlukan
pengampunan – melepaskannya. (Bukankah seperti sifat Tuhan terhadap kita?)
- Menangani konflik
Sekiranya anda dan pasangan anda kembar, salah seorang daripada kamu
mungkin akan akan menjadi tidak penting. Kadang kala bertentangan itu menjadi sebuah
daya tarikan. Belajar kerjakan perbezaaan untuk meregangkan kehidupan anda,
mematangkan anda, dan membuat anda lebih berguna pada bahagian lain dalam
kehidupan.
- Jangan berpusat pada diri sendiri
Kasih yang sejati sangat murah hati luar biasa. Anda perlu belajar untuk
mengambil berat akan seseorang daripada diri anda sendiri, fokuskan lebih
kepada keperluan mereka daripada keperluan anda sendiri, dan letakkan sikap anda
untuk diubah agar menjadi kebaikan bagi orang lain.
- Keintiman yang dalam
keintiman
adalah kesatuan secara jasmani, mengikat emosi, mengerjakan kehidupan seperti
sahabat, dan bagi hubungan rohani. Sebagai manusia adalah lumrah bagi kita
menjadi yang terutama, ingin dilihat dan diterima oleh orang lain.
- Menjadi seperti diri sendiri adalah yang
terbaik
Perkahwinan yang terbaik adalah di mana setiap orang menerima diri
mereka sepenuhnya. Tetapi bukan itu sahaja. Ia adalah tempat di mana luka-luka
disembuhkan, yang paling indah di mana kamu berdua dapat membangunkan diri
bersama, dan bersama-sama menjadi unit untuk mengembangkan kerajaan Tuhan.
Perkahwinan adalah makmal perubahan hidup.
- Memantulkan hubungan kita terhadap Tuhan
Tuhan mengasihi kita. Oleh kerana Dia telah memberi yang terbaik, yang
kekal. Tuhan telah menerima diri kita seadanya dan pada masa yang sama, Dia telah
menawarkan peluang dan ingin supaya kita berubah. Kita tidak mempermainkan
Tuhan sesama dengan yang lain. Apabila dua orang mencintai dengan baik antara
satu dengan yang lain, ini akan memantulkan kasih Tuhan terhadap orang lain.
Bagaimana dengan perkahwinan anda?
Adakah anda telah berkahwin? Tanyala diri anda sendiri. Bagaimana anda
dapat belajar untuk mengasihi pada saat ini? Bagaimana anda melihat pada
pasangan anda dalam pandangan yang berbeza? Bagaimana anda dapat menjaga diri
anda sendiri dengan baik agar anda dapat memberi dengan lebih banyak? Bagaimana
supaya kasih anda bertumbuh?
Adakah anda ingin berkahwin? Mulai sekarang belajarlah aspek-aspek
tersebut untuk mengasihi sehingga tahap yang anda boleh capai. Jadilah seperti
seseorang yang pasangan anda impikan. Bertumbuhlah dalam cara-cara Tuhan
bekerja dalam diri kamu saat ini. Dan sambil anda menjalinkan hubungan dengan
seseorang, carilah bimbingan dari Tuhan dalam segala aspek percintaanmu.
Belajar bagaimana untuk mengasihi adalah pergelutan yang berbaloi.
#Perkahwinankristian
Mengapa perlu kahwin (kebahagiaan kekal bukan persoalannya!)