Tuesday, 27 December 2016

Azam baharu 2017



Memperlihatkan sifat Tuhan melalui azam baharu saya untuk tahun ini



Apa itu AZAM? Satu keinginan, kemahuan, perubahan untuk menjadi lebih baik, matlamat @ sasaran.

A) Jasmani
1. Saya mahu mengamalkan cara pemakanan yang sihat dengan
   memakan sarapan, buah-buahan dan sayur-sayuran. (   )
2. Saya mahu minum banyak air. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. (   )
3. Saya mahu menjadi seorang yang aktif bersukan. (   )
4. Saya mahu mendisiplinkan masa tidur saya (sekurang-kurangnya 8 jam sehari). (   )
5. Saya mahu mendisiplinkan diri dalam bermain game (sekurang-kurangnya 1 jam sehari). (   )
6. Saya mahu pastikan keadaan bilik tidur saya sentiasa bersih dan kemas. (   )


B) Rohani
1. Saya mahu mengambil masa berdoa dengan Tuhan setiap hari. (   )

2. Menghabiskan pembacaan Firman Tuhan untuk satu tahun. Saya mahu...
   a) menghabiskan 4 buku Injil (Matius, Markus, Lukas & Yohanes). (   )
   b) menghabiskan kitab-kitab dalam Perjanjian Baru. (   )
   c) menghabiskan kitab Mazmur & Amsal. (   )
   d) menghabiskan kitab-kitab Perjanjian Lama. (   )
   e) menghabiskan seluruh Alkitab. (   )
   f) lain-lain: _____________________________.
3. Saya mahu mencipta lagu rohani. (   )
4. Saya mahu mula membaca buku-buku rohani. (   )
5. Saya mahu melibatkan diri dalam pemberian Misi. (   )

C) Sekolah/ Pendidikan

1. Saya mahu belajar bertutur dalam Bahasa Inggeris. (   )
2. Saya mahu banyak membaca buku. (   )
3. Saya mahu melayari internet untuk menambah ilmu pengetahuan. (   )
4. Lain-lain: __________________________

D) Kewangan saya.
1. Saya mahu mula menabung ____________ untuk setiap bulan.
2. Tabungan untuk tahun ini target RM ________________.

E) Lain-lain. Nyatakan Azam kamu untuk tahun ini.
Tahun ini saya mahu _________________________________.