Daripada kekosongan kepada kepuasan
Ada
seseorang pernah bertanya kepada seorang mahasiswa: “ Kenapa kamu begitu
bekerja keras?”
Dia
jawab: “bagaimana saya akan mendapat siswazah jika saya tidak begini?” “Selepas
ini saya akan mendapat sijil saya semasa graduasi. Perkara yang paling penting
yang dikatakan dalam hidup adalah perkahwinan dan menerima keputusan yang baik
dalam peperiksaan, ya kan?”
“Dan
selepas kamu ke majlis graduasi?”
“Mestilah
saya akan kahwin dan dapat anak, selepas itu beri pendidikan kepada anak-anak.”
“Selepas
tu.?”
“Saya
akan menjadi tua.”
“Dan
selepas kamu tua?”
“Mestilah
saya mati suatu hari nanti.”
“Selepas
mati, apa lagi?”
Mahasiswa
tersebut tidak terkata-kata. Ini menunjukkan orang tidak peduli tentang
kehidupan yang sebenarnya.
Dalam
sebuah kelas geometri (matematik), saya terjumpa sebuah sajak. “Kehidupan
adalah seperti pelajaran geometri.” Kenapa bersusah-susah tentang geometri!
Jadi bagaimana kalau kita tidak mahir dalam geometeri? Jadi bagaimana kalau
kita tidak tahu langsung tentang geometri?” Ini menunjukkan betapa bosannya
pelajar-pelajar muda zaman sekarang.
Ada
seorang pergi melawat doktor dan diberitahu: “Kamu bukannya sakit sangat dan
tidak perlu ambil ubat-ubatan. Kalau kamu bosan, cubalah pergi ke tempat-tempat
teater dan menonton persembahan komedi. Saya jamin kamu akan ketawa besar.”
Mendengar ini, orang itu hilang harapan dan menangis, sebab dia adalah seorang
pelawak! Lihatlah gadis-gadis yang jelita yang menari di dalam kelab-kelab
malam, adakah mereka gembira seperti yang dilihat? Ramai orang berjuang untuk
bekerja sepanjang hari, berkeringat dan mengeluh! Seorang wanita yang anggun
tidak lama akan menjadi seorang tua yang hodoh! Berapa lama hidup yang baik bertahan;
bukankah itu membuatkan seseorang berasa kosong? Lagi
pula, kehidupan adalah tragedi yang tidak boleh dielakkan! Kita semua berjalan
menuju kematian bukan kehidupan; kerana setiap hari kita hidup, kita semakin
dekat dengan maut! Kematian adalah ancaman yang terbesar dan menjadi musuh.
Ianya adalah berbeza dan tidak akan beri peluang kepada sesiapan pun. Kamu
tidak boleh merasuahnya sebab ia tidak suka akan wang; ia tidak pekak terhadap
tangisanmu. Ia adalah pembunuh yang melaksanakan hukuman mati apabila ia
mendapatkan kamu, ia akan menyeret kamu terus ke neraka.
Upah Dosa adalah Maut
Bagaimanakah perasaan anda tentang kehidupan? Adakah masa
depan dan tujuan dalam hidup anda? Bagaimana pula dengan kehidupan anda?
Bagaimana dengan anda selepas anda meninggal dunia? Anda hidup untuk apa?
Apakah makna hidup anda? Ada sesetengah mengatakan: “Mengapa anda begitu serius
tentang kehidupan”? Kita tidak boleh begitu risau tentang kehidupan. Janganlah
berfikir banyak sangat, hiduplah sebagaimana seharusnya. Menjadi manusia yang
hidup bukanlah terlalu diganggu dengan hal tersebut, hiduplah setiap hari
seperti yang telah ada dan janganlah terlalu ambil berat. Ini merupakan
pandangan yang begitu mengelirukan tentang kehidupan! Ianya seperti membunuh
diri!
Pendek kata, keadaan kehidupan sebegini adalah kosong,
membosankan dan penuh dengan beban. Ini mengakibatkan seseorang meninggalkan
Tuhan dan hidup dalam dosa. Tuhan mengutus Yesus ke bumi untuk menebus setiap
orang daripada dosa melalui kematianNya dan kebangkitanNya. Sesiapa yang
percaya kepadaNya akan menerima pengampunan dosa dan hidup yang kekal.
Demikianlah Yesus berkata: “Aku datang, supaya mereka mempunyai hidup, dan
mempunyainya dalam segala kelimpahan.” Bukankah ini Berita Baik yang setiap
orang mahu menantikan?
Ada sesetengah mengatakan: “Mengapa Dia tidak berkata ‘Aku
datang supaya mereka mempunyai emas dan dolar Amerika atau kemasyuran dan nasib yang baik tetapi pula “supaya
mereka mempunyai hidup dan mempunyainya dalam segala kelimpahan.”?
Kebenarannya, emas, wang, reputasi dan status semuanya baik, tetapi ianya bukan
berkat dan mungkin tidak dapat membuatkan seseorang itu berbahagia dan
kepuasan; tetapi mempercayai Yesus boleh menyelesaikan masalah terbesar dalam
kehidupan. Apa yang Dia katakan iaitu menumpukan terhadap keperluan kita yang
besar, kerana Dia menjanjikan untuk memberi kehidupan yang berkelimpahan dan
bermakna kepada mereka yang beriman kepadaNya. Sepanjang sejarah, ramai
Kristian telah membuktikan hal ini dalam pengalaman-pengalaman mereka. Sesiapa
yang percaya dan menerima dalam Nama Yesus akan hidup dengan penuh keberkatan.
Hati mereka akan dipenuhi dengan damai sejahtera dan tidak lagi hidup dalam
kekosongan. Ada sesetengah percaya bahawa hidup hanyalah seperti mimpi,
begitulah orang yang hidup dalam pesimis; tetapi Yesus benar-benar membawa
kepuasan kepada setiap yang percaya di dalam Dia, akan jauh dari kematian dan
bawa ke hidup yang kekal. Mereka mempunyai keyakinan dalam kedua-dua ini dan
kehidupan yang selanjutnya. Oleh itu, 2 perkara ini tentang kehidupan adalah
berbeza seperti tinggi dan rendah. Apakah pilihanmu?, jadi, sudahkah anda
membuat keputusan bagi hidupmu?
Hidup seperti mimpi mengatakan bahawa betapa kosongnya
hidup, sehinggalah pada akhirnya. Yesus berkata: “Aku datang supaya mereka
mempunyai hidup dan mempunyainya dalam segala kelimpahan.” Perkataan
“mempunyai” yang perlu ditekankan. Walau pendek sekalipun, susah dan tidak
pasti kehidupan itu, segala masalah dapat diselesaikan apabila kita memahami
perkataan ini.
Perkataan “mempunyai”, menerangkan 2 perkara penting:
1) Bagi
mendapat --- jika ianya untuk “mempunyai”, sudah tentu bukan kehilangan. Ada
sesetengah percaya bahawa menerima Yesus akan mengambil banyak keseronokkan
dalam hidup. Kamu tidak boleh buat ini, kamu tidak boleh buat itu, apalah
keseronokkan yang tinggal dalam hidup? Ada yang mengatakan “Saya masih muda dan
ingin berseronok, tunggulah sehingga saya sudah tua sebelum menerima Dia.” Ini
merupakan konsep yang salah. Kristian boleh terus menikmati kebaikan,
keseronokkan yang bersih. Seperti aktiviti-aktiviti yang baik, orang yang bukan
Kristian pun tahu apa yang boleh merosakkan; selain itu, apabila seseorang
menerima Yesus mereka akan mendapat hidup yang baru dan secara semula jadi akan
mengamalkan tabiat-tabiat yang baru. Mereka akan berasa letih dengan tabiat-tabiat
yang lama.
Kehidupan
seekor anjing adalah kecil sekadar di bawah tanah dan tidak boleh terbang di
udara. Kehidupan seekor burung pula akan terbang. Seekor babi sangat seronok
dengan kekotoran, manakala kambing biri-biri secara semula jadinya menyukai
yang bersih. Mereka yang menggunakan lampu elektrik tidak lagi menggunakan
lampu minyak, manakala yang memandu
kereta tidak akan menggunakan lagi beca. Seorang yang percaya dalam Kristus
tidak akan mendapat keseronokkan dalam tabiat-tabiat lama. Sebaliknya, dia akan
merasakan kedamaian dan sukacita dalam Kristus dan mendapat pengertian dan
kepuasan dalam kehidupan. Dia tidak lagi merasa kosong seperti yang sebelumnya.
Sukacita
daripada menerima Kristus mengalir dari dalam, manakala kebahagiaan dunia
datang dari sumber-sumber luaran. Apabila keseronokkan luaran berhenti,
kegembiraan di dalam juga hilang. Apa yang mengalir keluar dari yang dalam ialah
gambaran kehidupan dan tidak dipengaruhi oleh pengaruh luar sekeliling; oleh
itu, setiap lagu-lagu rohani Kristian mengandungi sukacita dan damai sejahtera.
Yesus
bukan datang untuk mengambil kesempatan; sebaliknya bagi memberi yang lebih;
bukan menyebabkan kehilangan; tetapi untuk mendapatkan. Percayalah dalam
Kristus, dan hidup yang kosong akan dipuaskan. Iaitu yang dahulunya penderitaan
sekarang menjadi sukacita; pesimis sekarang menjadi optimistik.
2) Mendapat
hidup --- Manusia dunia telah mencuba pelbagai cara untuk mendapat lebih
banyak: kepuasan, kuasa, status.............tetapi tidak ada yang lebih penting
atau lebih berharga daripada perkataan yang “mempunyai”. Yesus berkata “Apa
gunanya seorang memperoleh seluruh dunia tetapi kehilangan nyawanya? Dan apakah
yang dapat diberikannya sebagai ganti nyawanya? Ingat ada Yesus adalah
mempunyai kehidupan.
Ada yang mengatakan “Apakah maksud Yesus memberikan hidup
bagi kita” kita boleh tertawa, berlari dan melompat mengenainya; bukankah kita
sudah hidup?” Bagi menjelaskan poin:
kita adalah makhluk hidup, tetapi kehidupan kita adalah rapuh, rosak, sementara
dan terbatas. Yesus maksudkan adalah kita mesti mempunyai jenis kehidupan yang lain. Kehidupan ini
adalah suci, kekal, berkelimpahan dan penuh dengan cahaya, dan lebih tinggi daripada sekadar bentuk kehidupan.
Kehidupan di dunia wujud dalam tahap yang berbeza.
Kehidupan haiwan lebih tinggi daripada kehidupan tumbuh-tumbuhan, dan kehidupan
Tuhan adalah lebih tinggi daripada kehidupan manusia. Alkitab mengatakan: “Barangsiapa memiliki Anak(Yesus), dia
memiliki hidup; barangsiapa tidak memiliki Anak(Yesus),dia tidak memiliki
hidup. Percaya dalam Kristus adalah untuk menerima kehidupan daripada Anak
Allah; dalam erti kata lain, bukanlah lagi hidup yang dicipta tetapi hidup yang
kekal.
Kehidupan tubuh manusia adalah sementara. Ia akhirnya
akan menjadi reput kerana dosa. Hanya mereka yang telah menerima Kristus
menerima kemurahan daripada pengampunan dosa-dosa dan kehidupan kekal. Jikalau
tiada harapan bagi kehidupan kekal maka hidup sesungguhnya merupakan suatu
tragedi besar.
Sebelum manusia dikafankan, dan setiap hari dia akan semakin
mendekatinya. Walau sebijak manapun atau bodoh, baik atau jahat, kaya atau
miskin, berkelimpahan atau melarat, destinasi mereka adalah sama, iaitu,
kematian. Jikalau kematian adalah tempat istirehat manusia yang terakhir, maka
kehidupan sesungguhnya terlalu tidak nyata dan tiada harapan! Sebenarnya, tubuh
yang mati adalah”sementara”. Tetapi jiwa yang mati adalah “kekal”. Tetapi
syukur kepada Tuhan, kerana Dia mahu sesiapa yang percaya dalam Kristus tidak
akan berjalan menuju kematian, tetapi hidup yang kekal; apa yang telah
dianugerahkan adalah kehidupan yang baru, seronok dan selama-lamanya
berkelimpahan. Sesiapa yang percaya dalam Yesus akan diberikan hidup yang kekal
oleh Tuhan, dan bukannya kematian; dia tidak lagi masuk ke dalam destinasi yang
gelap, kekosongan dan kematian, tetapi menuju tujuan yang penuh dengan cahaya
dan harapan. Dia telah dipindahkan daripada kematian dan telah bawa kepada
kehidupan, daripada kekosongan kepada kepuasan.
Kawan-kawan, tolonglah jangan
ragu-ragu lagi, buatlah keputusan yang penting ini secepat mungkin.