Selama bertahun-tahun membaca buku ini tergerak pula hati saya untuk menterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia. Setelah mendapat tahu buku ini boleh dimuat turun secara percuma, saya dengan berbesar hati saya ingin mengongsikan sebahagian bab dari buku ini.
Pengenalan
Beberapa tahun yang lepas
merupakan yang paling hebat dalam kehidupan saya. Saya telah berada dalam
pelayanan lebih dari dua puluh lima tahun dan telah mengalami banyak pertemuan
yang indah bersama Tuhan, namun dengan benar saya katakan bahawa pengetahuan
wahyu yang Tuhan telah berikan kepada saya pada beberapa tahun yang lalu
sesungguhnya telah mengubahkan kehidupan saya sepenuhnya, membawa saya ke
tempat Tuhan yang belum pernah saya bayangkan sebelum ini.
Walaubagaimanapun, anda tidak
akan meletakkan dinding-dinding di mana tidak ada dasarnya. Anda tidak boleh
menambahkan sekeping atap di mana tidak ada dinding-dinding. Kebenaran yang
mengubah hidup yang Tuhan telah tunjukkan kepada saya ianya tidak diletakkan
jikalau saya tidak mempunyai dasar yang kuat akan Firman Tuhan yang telah
dibina dalam saya baris demi baris, ayat demi ayat melalui banyak waktu dan
banyak tahun berdoa dalam bahasa lidah semasa merenungkan Ayat-ayat Firman.
Kini saya lebih banyak tahu
berbanding sebelumnya bahawa berdoa dalam bahasa lidah ialah karunia wahyu yang
membantu meletakkan dasar ayat-ayat Firman dalam hidup saya. Tuhan telah
mempersiapkan saya bagi sesuatu yang mengagumkan, kebenaran yang kekal yang Dia
telah curahkan sekarang ke dalam roh saya untuk mempersiapkan hari-hari yang
akan datang. Dia sedang menggunakan kesemua tahun tersebut dengan berbahasa
lidah untuk membuka bagi saya kesemua alam roh yang baru akan pengertian dalam
Kristus.
Ukuran kuasa Tuhan dalam
kehidupan orang percaya bergantung kepada berapa banyak hidupnya diatur oleh
Roh Kudus. Oleh itu, mulai dari awal, mesej utama pelayanan ini adalah berdoa
dalam bahasa lidah. Setelah berdekad-dekad, Tuhan telah menyampaikan suatu
kekayaan pengetahuan wahyu ke dalam roh saya tentang subjek ini. Langkah demi
langkah, Dia telah mengajar saya bagaimana untuk berjalan keluar dari hidup
yang dikuasai oleh daging ke pada hidup baru yang dikuasai oleh Roh Kudus
melalui karunia yang tak terbanding ini doa dalam bahasa syurgawi.
Kemudian pada 1997, Tuhan
berbicara dengan sangat kuat di dalam roh saya, berkata, "Mesej
mengenai bahasa lidah telah menjadi matang."
Pada mulanya, saya berfikir Tuhan bermaksud bahawa mesej ini telah
menjadi matang dalam saya. Akhirnya saya mengerti bahawa Dia bukan
berkata kepada saya secara khusus sama sekali. Dia berkata bahawa waktunya
sudah tiba untuk mengongsikan secara meluas mengenai pengetahuan wahyu yang Dia
telah berikan kepada saya tahun-tahun semasa berdoa dalam bahasa lidah. Mesej
ini telah menjadi matang bagi Tubuh Kristus.
Tuhan telah memberi amanat agung
kepada saya untuk mengajar kepada orang-orang percaya bagaimana untuk hidup
dalam kuasa apabila mereka berjalan dalam Roh, senantiasa membina atas dasar
Firman Tuhan dan berdoa berbahasa lidah apabila Roh Kudus memberi ucapan. Buku
ini ditulis dari keinginan saya untuk menjadi setia terhadap amanat ilahi itu.
Saya bukan sahaja mengajar
kebenaran-kebenaran yang terkandung dalam buku ini bagi banyak tahun; saya juga
mengejarnya dengan segenap hati dalam perjalanan peribadi saya bersama Tuhan.
Jadi, percayalah saya apabila saya memberitahukan ini kepadamu: Sambil kamu
membaca buku ini dan dengan tekun melatih prinsip-prinsipnya, hari itu akan
datang apabila kamu melihat kembali hidupmu dan berkata dengan kagum dan
hairan, "Saya bukan peribadi yang sama lagi. Saya telah belajar berjalan
dalam Roh, dan ini telah mengubah kehidupan saya sepenuhnya untuk
selama-lamanya!" Dave Roberson
Ker'na Roh-Ku ialah kedalaman hikmat
Melalui Roh-Ku kamu dapat
mengutip,
Demikianlah Roh Kasih Karunia
berbicara.
Ker'na inilah yang tersembunyi secara misteri.
Oh, Aku telah membuatkan misteri-misteri ini terungkap
Kepada mereka yang dalam Jemaat kasih karunia-Ku
Belajarlah tinggal dalam hadirat-Ku.
Belajarlah menatap wajahmu.
Dan Aku akan membuka harta-harta yang terpendam di padang.
Dan kamu akan melihat, demikianlah Roh Kasih Karunia berbicara,
Bahkan yang jahat akan menyerah tempat.
Bab 1
Roh Kudus bekerja di dalam.
Keabdian dari masa lalu, sesuatu
yang sangat luas, rancangan rumit bagi manusia untuk membentangkan dari dalam
Tuhan. Hikmat-Nya yang tak terhitung, Dia tidak meninggalkan apa-apa apabila
Dia melihat ke bawah melalui zaman ke zaman. Dia melimpasi generasi demi
generasi, merancangkan sesuatu dengan kerumitan secara terperinci bagi setiap
yang akan hidup di muka bumi. Keinginan Tuhan ialah untuk memulihkan sebanyak
mungkin daripada kem pemberontakkan Iblis dan mengumpulkan kepada-Nya suatu
umat yang mungkin Dia gelar sebagai keluarga-Nya.
Sesuatu di tengah-tengah
sesi rancangan ilahi ini, jauh sebelum waktu bermula, Tuhan bertemu dengan namamu! Kemudian Dia melakukan formulasi
rancangan sempurna khusus bagi kamu yang tidak dapat disamakan oleh sesiapa pun
yang pernah dilahirkan. Bayangkan – Tuhan Bapa melihat jauh dari kekosongan
ruang angkasa yang besar ini dan waktu serta melihat pada saat di mana kamu
yang akan hidup di bumi ini. Lalu Dia membuat keputusan dengan tepat bagaimana
saat itu akan dipenuhi!
Kita Mesti Pilih Rancangan-Nya
Tuhan memikirkan suatu rancangan
yang indah bagi setiap kita. Dalam rancagan-Nya, kita telah didestinasikan
untuk menjadi anak-anak-Nya perempuan dan lelaki di Salib. Namun satu halangan
yang pasti berdiri di tengah-tengah antara kita dengan rancangan sempurna Tuhan
ialah: Menggunakan pilihan bebas (free
will) yang Tuhan telah berikan kepada kita, kita mesti memilih untuk
berjalan dalam rancangan yang telah ditahbiskan dalam kehidupan kita.
Tuhan mencari jalan untuk
menghampiri setiap kita supaya dapat memperlihatkan rancangan keperibadian-Nya
bagi hidup kita. Dia memulakan dengan khotbah Salib yang mendorong kita untuk
menerima Yesus Kristus sebagai Juruselamat dan Tuhan. Jika kita menerima Yesus,
kita mengambil langkah pertama ke dalam rancangan destinasi Tuhan bagi kita
sebelum dasar-dasar dunia ada. Tetapi jika kita menolak Dia, lalu seperti ramai
di antara kita, kita akan hidup dan mati tanpa mengambil langkah pertama
tersebut – keselamatan – masuk ke dalam rancangan ilahi bagi kewujudan kita.
Pernah sekali saya melayani di
India, saya melihat ribuan orang berkerumun di hadapan saya dan kagum akan
Tuhan yang pasti mempunyai rancangan yang spesifik bagi setiap individu dalam
sejumlah besar yang sangat luas itu. Kebenarannya ialah, Tuhan telah memformulasikan
rancangan yang sempurna setiap orang yang dilahirkan sejak masa Adam. Dia hanya
menanti akan setiap orang untuk mencari apakah rancangan itu, lalu memilih
untuk berjalan ke situ.
Yesus berkata tentang
rancangan-Nya hidup yang kekal bagi manusia dalam Matius 7: 13,14:
Masuklah melalui pintu yang sesak itu, karena
lebarlah pintu dan luaslah jalan yang menuju kepada kebinasaan, dan banyak
orang yang masuk melaluinya;
karena sesaklah pintu dan sempitlah jalan yang
menuju kepada kehidupan, dan sedikit orang yang mendapatinya."
Perkataan Yesus menunjukkan
bahawa ramai orang serta perjalanan hidup mereka akan berakhir tanpa Tuhan buat
selama-lamanya. Seseorang boleh hidup dan mati dan pergi ke neraka tanpa mengenal
Yesus atau memenuhi rancangan Tuhan dalam hidup mereka. Walaubagaimanapun, itu
tidak akan mengubah kenyataan bahawa Tuhan mempunyai rancangan penebusan yang
sempurna dan tujuan bagi peribadi tersebut; hanya kerana dia tidak pernah
menyelidikinya.
Namun,
syukur kepada Tuhan, kamu tidak perlu menjadi salah satu dari bilangan itu!
Kamu telah menemukan Salib yang diperbuat oleh Yesus Juruselamat peribadi kamu,
tiada yang dapat menghentikan kamu dari menyelidiki rancangan Tuhan yang lain
dalam hidup mu. Yang perlu kamu lakukan ialah memilih dan mentaati-Nya.
Roh Kudus
berdoa bagi kita
Entah bila atau
bagaimana, dalam rancangan Tuhan yang besar dan menabjubkan bagi ciptaan-Nya
namamu muncul. Lalu Tuhan, dalam hikmat dan nasihat-Nya yang abadi itu,
meletakkan rancangan yang sempurna dalam hidupmu.
Kemudian Roh Kudus telah
melakukan sesuatu yang indah. Dia mendengar dengan teliti dari setiap
keperibadian hidupmu sewaktu Tuhan merencanakan kelahiranmu, pelayananmu,
kekayaanmu, dan setiap aspek penebusan dan hidup peribadi.
Sebenarnya, Roh Kudus
ialah yang Satu telah ditugaskan untuk memantau rancangan Tuhan bagi hidup
peribadimu. Tiada seorang pun dapat rancangan itu lebih baik dari Dia. Dia ada
di situ. Dia telah mendengar rancangan Tuhan Bapa setiap minit.
Dan bukan itu sahaja.
Peribadi ketiga dari Ketuhanan ini berdiri muka ke muka dan pasti sama dengan
dua ahli dalam Ketuhanan, Jehovah dan Logos yang hebat (Yesus). Namun dalam
kelahiran semula sebagai anak Tuhan, Roh Kudus sebenarnya ingin mengambil
tempat tinggal dalam rohmu dan memberikan layanan-layanan kepadamu! Dan satu
dari sebab utama Dia datang ialah berdoa bagi kamu.
Mengapa Tuhan mengutus
Roh Kuds untuk hidup di dalam kamu? Supaya Dia dapat mengubah kamu menjadi imej
anak-Nya. Dan untuk mencapai tujuan itu, Roh Kudus memberikan bahasa doa-Nya supaya
Dia dapat berdoa semua yang berkaitan dengan kamu.
Dengan bahasa doa itu,
Dia akan melibatkan diri bersama kamu secara langsung di dalam perhubungan satu
dengan satu iaitu bebas daripada yang lain, bahkan daripada fikiranmu. Apabila
Roh Kudus berdoa bagi kamu, Dia mengambil rancangan yang Dia dengar dari ucapan
Bapa dan mencurahkan melalui rohmu. Dan bahasa yang Dia gunakan untuk
mengungkapkan rancangan yang mengalir melalui kamu ialah bahasa lidah yang luar biasa.
Setiap kali kamu memberi
Roh Kudus peluang, Dia akan menggunakan bahasa tersebut untuk berdoa bagi
panggilanmu, berdoa bagi panggilan Tuhan, membangunkan kamu, dan untuk mengecas
kamu dengan kuasa Roh Kudus-Nya. Dia akan memberi pinjam Diri-Nya kepadamu
sambil imanmu dibenarkan untuk diaktifkan dalam rohmu. Dia akan menarik keluar dari semuanya yang Yesus ingin
kamu supaya dibebaskan dan masuk ke dalam
semua yang Yesus katakan bahawa kamu ada dalam Dia.
Jika kamu mahu, kamu
boleh pergi ke kamarmu dan berdoa dalam bahasa yang luar biasa bagi dua, empat
bahkan dua belas jam, dan Tuhan Roh Kuds akan menciptakan setiap perkataan yang
keluar dari mulutmu. Adalah pilihanmu untuk berdoa atau tidak berdoa. Tetapi
setiap kali kamu pilih untuk berdoa, kamu akan keluar dari masa berdoa lebih
dibangunkan dalam rancangan-Nya dan tujuan kamu daripada kamu tidak
melakukannya.
Rancangan Tuhan bagi
kamu ialah dalam Roh, dan Roh Kudus ada di dalammu. Roh Kudus diperlengkapi
dengan pengetahuan yang segalanya didengar daripada rancangan penebusan Tuhan bagi
kamu sebelum dasar-dasar bumi diletakkan. Dan setiap kali Dia menyelidiki
hatimu, Dia bertindak demikian supaya dapat berdoa bagi rancangan – Fikiran
Tuhan mengenai kamu – ke dalam kewujudan hidupmu.
Hukum
alamiah ditaklukkan ke bawah
Saya telah lama saya dipenuhi
oleh Roh Kudus, saya masih dalam keadaan kagum bahawa ketiga Peribadi dari
Ketuhanan sanggup memilih untuk datang dan diam bersama kita! Fikirkanlah itu,
semasa kita menyambut-Nya, Dia memenuhi kita semasa baptisan dan rancangan
Tuhan jauh yang dilihat dalam kehidupan kita lebih daripada anugerah yang
pernah kita harapkan. Dan bahasa luar biasa yang Dia dibawakan bersama-Nya
adalah untuk menolong kita mencari rancangan sempurna yang mungkin adalah
fenomena yang paling hebat pernah yang berlaku.
Lebih banyak rancangan
Tuhan yang kita cari, lebih banyak Roh Kudus (Pelaksana hukum rohani) akan
memampukan hukum alamiah ditaklukkan di bawah kehidupan kita. Hukum alamiah
memerintah keadaan-keadaan sekeliling kita, membuatkan sesuatu perkara terjadi
atau menentang kita – membuatkan kita kaya, atau miskin, sakit atau sihat,
gembira atau sedih.
Namun Tuhan menciptakan
hukum alamiah untuk menjadikannya lebih rendah daripada hukum rohani. Oleh
kerana rancangan ilahi bagi hidup kita yang berasal sesungguhnya dari hati
Tuhan yang paling dalam, ianya dikuatkuasakan sebagai hukum rohani.
Apabila kita meluangkan
berapa banyak masa untuk berdoa dalam bahasa Roh, kita sedang mengucapkan
rahsia-rahsia ilahi, atau hukum-hukum rohani. Roh kudus kemudian akan menjalankan
hukum-hukum tersebut untuk melihat keadaan-keadaan – hukum alamiah – selaras
dengan tujuan dan rancangan Tuhan dalam hidup kita. Kita tidak boleh berdoa
secara konsisten dalam jangka masa yang panjang sebelum perkara-perkara yang
bukan berasal dari rancangan Tuhan dijatuhkan.
Pernah sekali saya
bertanya kepada Tuhan, “Mengapa Engkau memberikan kepada kami bahasa yang
begitu pelik untuk digunakan semasa berdoa?” Inilah yang Dia bicarakan dalam
roh saya:
“Di antara manusia
sebuah bahasa yang tidak pernah timbul semasa kewujudan itulah yang membawa daftar
kata untuk mengungkapkan segala sesuatu Aku di dalam kamu melalui Kristus
Yesus. Oleh kerana tidak ada bahasa dengan sebuah daftar kata tersebut, Aku
perlu menciptakannya sendiri dan meminjamkannya kepadamu sementara kamu masih
berada di bumi. Aku hanya meminjamkannya kepadamu sehingga kamu kembali ke
Syurga; barulah ia akan berhenti.”
Pertukaran
Hebat:
Menukarkan
rancangan kita kepada rancangan Tuhan
Terdapat pertukaran rohani berlaku semasa kita berdoa dalam bahasa lidah.
Lihatlah dalam Roma 8: 27, 28 berkata:
Dan Allah [Roh Kudus] yang
menyelidiki hati nurani, mengetahui maksud Roh itu, yaitu bahwa Ia, sesuai
dengan kehendak Allah, berdoa untuk orang-orang kudus.
Kita tahu sekarang, bahwa Allah turut
bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang
mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Allah.
Apakah ertinya, “Allah yang
menyelidiki hati”? Ini bermaksud bahawa Roh Kudus akan senantiasa menyelidiki
hati kamu dengan niat menyingkirkan semua yang bertentangan dengan kehendak
Tuhan, Bapamu yang adalah Perancang. Kemudian Roh Kudus menggantikannya dengan
rancangan yang telah Dia dengar bagi hidup peribadimu sebelum permulaan waktu
semasa Tuhan memformulasikan rancangan-Nya bagi kamu. Dia mendoakan rancangan
Tuhan yang sempurna ke dalam rohmu supaya kamu bukan sahaja tahu apa panggilan kamu tetapi juga bagaimana supaya panggilan tersebut
berlaku dalam waktu yang sempurna, sesuai dengan kehendak dan kuasa Tuhan.
Tuhan menukarkan rancangan-rancangan
alamiah kita dan idea-idea bagi-Nya melalui alat penukaran yang luar biasa
iaitu, lidah-lidah untuk membangun secara
peribadi. Kamu dapat mengetahui
di luar bayangan keraguan apabila kamu menyerah terhadap penukaran ilahi
tersebut, semua perkara baik dikerjakan bagimu, kerana kamu mengasihi Tuhan dan
dipanggil sesuai dengan tujuan-Nya.
Dia menolong mencari panggilan kita
Bagaimanapun, kamu tidak mungkin
dapat menyelidiki tujuan yang Tuhan telah panggil daripada kamu dengan hanya
membaca Firman. Sekarang, kamu boleh
mencari dalam Firman segala yang kamu perlu tahu mengenai warisan yang dimiliki
oleh setiap yang percaya. Kamu boleh belajar semua tentang keselamatan,
penyembuhan, kekayaan, kebenaran, Syurga, darah dan jabatan-jabatan pelayanan.
Tetapi kamu tidak mungkin dapat mencari dari Firman sahaja apa panggilan Tuhan
yang harus kamu penuhi sebagai seorang individu dari Tubuh Kristus.
Tidak ada “Kitab Roberson” di
mana saya perlu mencari arahan peribadi. Saya perlu menyelidiki panggilan ilahi
dengan wahyu melalui perkerjaan peribadi oleh Roh Kudus.
Tiada seorang pun yang tahu
dengan lebih baik panggilan kita daripada Roh Kudus. Dia telah berada di
hadirat Tuhan sewaktu pada awal panggilan kita dirancangkan. Itulah sebabnya
mengapa Dia memberikan bahasa yang luar biasa bersama dengan Dia sewaktu Dia
datang untuk hidup bersama dengan kita. Kita terlalu tidak ambil peduli akan
bagaimana untuk berdoa berkenaan panggilan kita. Oleh itu, empangan besar
hikmat dan nasihat yang diam di dalam roh kita, hanya menanti untuk dilepaskan
melalui bahasa lidah.
1
Korintus 14: 14 berkata bahawa apabila kita berkata-kata dalam bahasa asing, roh
manusiawi itulah yang melakukan doa, dan pengertian kita tidak berbuah. Oleh itu,
Roh Kudus menciptakan bahasa luar biasa di dalam roh manusiawi kita. Kemudian
barulah bahasa dan kuasa autoriti mengambil tempat dari Peribadioleh Roh Kudus
ke dalam roh manusiawi kita.
Pemindahan
ilahi membolehkan kita sebagai ahli individu dari Tubuh Kristus di Bumi ini
adalah berdoa dalam bahasa lidah dengan kuasa autoriti daripada Tuhan, tahu
bahwa kedua ahli daripada Ketuhanan akan menjawab doa kita. Jika pemindahan ini
berlaku, Roh Kuduslah yang akan berdoa, bukannya kita. Tetapi dengan pemindahan
tersebut, adalah roh kita yang berdoa sambil Roh Kudus menciptakan doa
tersebut.
Jalan Tuhan adalah yang terbaik
Kita mungkin tahu bagaimana
menuntut warisan kita. Kita mungkin baik dalam mengiyshtiharkan, “Penyembuhan
adalah milik saya. Kekayaaan adalah milik saya!” Tetapi bagaimana kita dapat
kuasa Roh Kudus yang tinggal di dalam kita dengan begitu hebat sekali – kuasa
yang membangkitkan Yesus daripada alam maut – sehinggalah kepada masalah yang
kita hadapi untuk menjadikan berkat-berkat ini nyata dalam hidup kita? Dan yang
paling penting, bagaimanakah kita dapat menyelidiki panggilan ilahi kita?
Baiklah,
kita semua sangat bijak kononnya dapat mencari sesuatu dengan lebih banyak
untuk menjawab soalan-soalan tersebut lebih daripada apa yang Tuhan telah
berikan kepada kita semasa Dia menciptakan Roh Kudus untuk datang dan mewakili
kita?
Dapatkah kamu melihat, Tuhan tidak
mempercayakan kita kepada mana-mana ribuan malaikat dalam pelayanan-Nya. Kita
lebih bernilai bagi-Nya berbanding semuanya itu. Tidak, Dia telah pergi sejauh
mungkin yang boleh dan mempercayakan kepada kita Roh-Nya sendiri, yang
kemudiannya datang kembali untuk diam di dalam kita. Jadi bagaimanakah kita
dapat gagal sekiranya Peribadi ketiga dari Ketuhanan menciptakan doa dan kedua
ahli dari Ketuhanan melihatnya dan terus menjadikan semuanya itu? Saya
menggelarnya sebagai rancangan yang sangat mudah!
Hikmat Tuhan Dalam Menentang Strategi-Strategi Iblis
Pada
hari di mana kamu memutuskan untuk menguncikan dirimu dalam kamar doa untuk
menghabiskan masa berkualiti bersama Tuhan dalam doa – itulah hari di mana kamu
akan masuk ke dalam ruang kelas Syurgawi di bumi ini bersama dengan Roh Kudus
sebagai Gurumu. Kamu perlukan “ruang kelas” jika kamu ingin memenuhi panggilan
ilahimu.
Ingat,
Tuhan memberitahu kita supaya menjadi cerdik seperti ular dan tulus seperti
merpati (Mat. 10: 16). Mengapa Tuhan berkata demikian? Kerana gudang senjata
dan persenjataan Setan hanya boleh dilawan dengan hikmat Tuhan.
Misalnya,
Setan kononnya sedang berjalan dalam kamar dengan tanduk-tanduknya dan ekornya
dan berkata, “Maafkan aku ya, Kristian yang baik, aku sedang menyingkirkan
Firman Tuhan keluar dari hatimu.” Kamu mungkin akan melihat dia dan berkata,
“Mana mungkin kamu mengambil Firman dari saya!”
Dia berkata, “Mengapa tidak?”
“Kerana kamu adalah si jahat!”
“Apa sebabnya?” Dia bertanya.
“Tanduk-tandukmu dan ekormu.”
(Ini adalah cara tradisional iblis berpakaian dalam cerita rakyat Kristian.)
Pada
saat itu, iblis itu berkata, “Aku tidak akan berpakaian semacam ini lagi. Aku
akan mendapatkan kulit domba dan memakainya. Kemudian aku akan menyelinap ke dalam
keadaan yang tidak sedar lalu mencuri Firman itu keluar dari kamu. Kamu mungkin
tidak akan pernah tahu siapa yang melakukannya kerana aku menggunakan agama untuk
memikat hatimu. Aku akan menggunakan keadaan-keadaan. Aku akan menyalahkannya
terhadap ekonomi. Atau aku akan menyalahkannya terhadap suamimu atau isterimu.
Tetapi satu atau cara yang lain bagaimanapun, Aku akan mengambil Firman Tuhan keluar dari kamu, dan kamu tidak
mungkin dapat tahu siapa yang melakukannya!”
Yesus
memberitahu kita bahawa Setan hanya datang kerana satu sebab dalam tiga
bahagian: untuk membunuh, mencuri dan membinasakan (Yoh 10: 10). Dan kamu
mungkin tahu – iblis sangat licik dalam kegiatan ini! Dia tidak akan melakukan
apa-apa kecuali tiga hal tersebut. Membunuh, mencuri, dan membinasakan adalah
kepakarannya sejak terangnya hilang dan dia jatuh dari Syurga (Yes. 14: 12).
Dan jika kamu salah menghakiminya – jika kamu tidak mengambil dia secara serius
– dia boleh membinasakan kamu!
Sekarang kamu mengerti kenapa
kita harus cerdik seperti ular dan tulus seperti merpati. Sekalipun demikian
terdapat beberapa yang mengatakan mereka tidak memerlukan pertolongan Roh Kudus
sewaktu berdoa. Mereka menolak bahasa-Nya dan enggan membenarkan Dia berdoa
dengan fikiran Tuhan bagi mereka jam demi jam. Dan jika kamu tidak mengambil
peduli strategi-strateginya dengan hikmat Tuhan, dia akan berhasil dalam
membunuh segala yang baik dalam hidupmu.
Oleh
sebab ini adalah benar, bagaimana mungkin seorang percaya mempertimbangkan dengan
menghabiskan dua atau tiga jam sewaktu berdoa adalah suatu korban? Apakah yang
sebenarnya dia sedang berkata-kata? “Aku telah membuat korban peribadi yang
besar semalam. Aku membenarkan Tuhan berdoa bagiku selama 3 jam!”
Tidak, orang percaya ini
sebenarnya tidak membuat korban yang besar. Dia hanya menikmati keistimewaan
yang tak ternilai ini dengan berdoa di dalam Roh. Roh Kudus menciptakan sebuah
bahasa doa dalam peribadi tersebut yang membuatkan fikirannya masuk ke dalam
fikiran Kristus dan hikmat yang tak terhitung banyaknya daripada Tuhan yang
Maha Besar ke dalam hidupnya!
Adalah
di luar pengertian saya bagaimana proses luar biasa ini bekerja. Namun saya
menjamin kamu, saya akan gunakan apa yang Dia telah berikan kepada saya!
Bapa
Syurgawi saya telah menjanjikan ini, dan saya boleh memberikannya kepadamu:
Jika kamu setia meneruskan untuk mengetahui Tuhan melalui Roh-Nya – dan bahagian
penting dari proses ini ialah berdoa dalam bahasa lidah – kemudian pada lima
tahun dari sekarang, kamu tidak akan menjadi sama lagi. Kamu tidak akan melihat
ke belakang beberapa tahun yang lepas dan meratapinya setiap hari adalah sama,
satu bulan adalah sama tiap-tiap masa seterusnya, sehingga tiga dan kemudian
empat tahun berganti, kamu akhirnya menjadi seorang yang tertewas dan tidak
berubah seperti pada mulanya.
Tidak,
jika kamu mengejar Tuhan melalui Roh-Nya, lalu pada akhir lima tahun kemudian,
kamu akan menoleh ke belakang dan melihat bahawa kamu telah mengalami pertumbuhan rohani. Kamu telah berubah bagi yang terbaik. Kamu sedang mengenal Yesus secara
peribadi apabila Roh Kudus menyatakan diri-Nya kepadamu. Dan kamu sedang
berjalan baik dalam memenuhi panggilan ilahimu apabila ianya diungkapkan
kepadamu!
Oleh itu masuklah dan mengenallah
Aku melalui Roh
Dan Aku akan membawa kamu dari
kemulian kepada kemulian,
Memuaskan
kamu dengan sebuah warisan
Yang
akan membuatkan kamu
Bagaimana
untuk menghilangkan kelaparan
Dan
membakar ke dalam
Untuk
mengetahui kuasa-Ku
Aku akan menunjukkan kamu semua
ini,
Tetapi kamu harus masuk ke dalam
Hadirat-Ku
Dan
tinggal di sana sehingga Aku memberi makan kepadamu
Bersama
pelayananmu, demikianlah Roh Kasih Karunia berbicara.