Wednesday, 14 December 2016

“Berjalan dalam Roh – Berjalan dalam Kuasa” Bab 2 (The Walk of the Spirit – The Walk of Power”)


                                                                                               Oleh: Dave Roberson                                 Penterjemah: Geraldine V.

Bab 2
Perjalanan peribadi saya
untuk mendapatkan pengetahuan wahyu

Saya tidak masuk ke dalam rancangan Tuhan bagi hidupku sehingga saya menjadi dewasa. Tidak ada seorang pun yang mengajar saya sewaktu saya masih seorang anak.

Permulaannya

Ibu saya adalah seorang yang saya gelar sebagai “kaki botol” (pada tempoh masa tertentu). Dia meninggal pada awal lima puluhan dengan penyakit limpa pada hatinya.

            Bapa saya adalah anak gembala , tetapi saya tidak mendapat tahu tentang hal itu sehinggalah saya menyahut panggilan pelayanan sebagai seorang dewasa. Dia adalah seorang anak gembala yang telah menjadi liar, menghabiskan banyak masa hidupnya keluar masuk penjara. Dia datang dan pergi sewaktu saya masih kecil. Sewaktu saya sudah cukup dewasa untuk mengerti, ibuku akan menghalaunya keluar sewaktu saya berumur dua tahun kerana dia akan menghentam saya dengan begitu teruk sekali.

            Saya ingat semasa saya menyembunyikan pesawat mainan di bawah katilku. Ibu akan menyimpan wang kedai runcit untuk membelikannya kepadaku. Apabila bapa saya datang, saya perlu menyembunyikannya; saya memang agak dah. Dia selalu mengancam saya, dengan berkata, “Aku akan menembak kamu dengan senapang yang penuh dengan garam!” saya tidak begitu ingat tentang hentaman tersebut. Sedang saya membesar, saya mempunyai beberapa ayah sementara yang hanya datang dan pergi. Saya pun tidak begitu mengenal mereka.

            Kadang kala jiran-jiran akan datang mengenakan saya, saudara lelaki saya dan dua adik-beradik perempuan saya. Mereka akan mengoleskan muka kami, memasukkan kami ke dalam kereta, dan membawa kami ke gereja. Sangat nyata bahawa kami sangat diabaikan.

            Atuk saya akhirnya mengambil kami. Dia menjadikan saya seorang buruh kasar sewaktu tahun-tahun belajar saya di sekolah menengah – apabila saya menyebut kerja, saya memang kerja! Sehinggalah saya masuk ke Angkatan Laut United States, saya memiliki tubuh yang tegap. Saya tidak pernah melakukan sit-up atau push-up seumur hidupku, namun saya menang perlawanan lengan gusti sewaktu saya berada di atas kapal! Saya juga diminta melakukan pembungkusan bagi Angkatan Laut. Segala kekuatan jasmani dan latihan datangnya dari atuk saya yang mengerjakan saya seperti seekor haiwan semasa tahun-tahun remaja.

            Atuk saya dulunya berasal dari pendidikan sekolah “masa-masa sukar” dalam membesarkan anak-anak. Saya tidak pernah mengetahui tentang kasih Tuhan atau sesuatu yang dapat saya pergi. Boleh dikatakan setiap kesempatan yang Atuk ada, dia akan berkata, “kamu tidak akan menjadi apa-apa pun, tidak pernah! Kamu akan membesar menjadi seorang yang tidak berguna sama seperti Roberson lama itu.”

            Semasa saya berusia enam belas tahun, seorang teman saya (juga seorang preacher kid) menyakinkan saya untuk menghadiri gereja Pentekostal bersama dengannya setiap minggu dengan maksud untuk bertemu dengan gadis-gadis selepas ibadah, kemudian kami akan keluar minum.

            Baiklah, khutbah pastor tersebut benar-benar tidak menyentuh teman saya sekalipun, namun ianya mula mendapatkan saya. Satu malam saya begitu diinsafkan sehingga saya pergi ke rumah pastor setelah ibadah selesai. Saya mengetuk pintu rumah pastor. Apabila dia menjawab, saya beritahu dia, “Saya fikir ada sesuatu yang tidak kena terhadap saya.”

            “Itu ialah keinsafan”, Pastor itu menjawab. “Apa yang kamu perlu lakukan ialah menerima Yesus Kristus sebagai Juruselamat peribadimu.” Seterusnya dia memberitahu saya untuk bertelut di sebelah sebuah kerusi, kemudian dia memimpin saya dalam doa pertaubatan sebagai seorang berdosa.

            Saya meninggalkan rumah pastor dengan perasaan ringan dan gembira, hari berikutnya saya keluar sekali lagi bersama teman-teman, saya menolak untuk minum bersama mereka. Bagaimanapun, tidak ada seorang pun dari gereja “mencari saya” untuk dipenuhi dalam Roh Kudus atau menolong saya bertumbuh dalam perjalanan rohani saya. Oleh itu segala niat baik saya bertahan hanya dalam dua minggu, seterusnya saya kembali dengan gaya hidup berpesta pora.

            Saya menamatkan sekolah menengah dan meninggalkan rumah sewaktu saya tujuh belas tahun, tidak kembali lagi ke rumah. Itulah masa di mana saya melibatkan diri dengan Angkatan Laut. Tidak lama kemudian saya menamatkan pengajian dalam Angkatan Laut, saya kembali kepada Tuhan di sebuah gereja dipanggil ultra-Holiness (Gereja yang begitu ekstrim dengan kekudusan). Di sanalah saya bertemu dengan bakal isteri saya, Rosalie.

            Jemaat Kudus ini memberitahu saya bahawa Bapa Syurgawi adalah sama seperti bapa jasmani saya – menghukum saya apabila melakukan kesilapan-kesilapan. Mereka sedang mengajarkan saya tentang legalisma (hidup menurut hukum-hukum), tetapi saya tidak mengertinya sama sekali. Saya berfikir sendiri, baiklah saya fikir saya telah kehilangan bapa yang satu dan mendapat lagi yang satu!


Pengkhutbah di Kilang Papan
         
Tahun pertama selepas saya diselamatkan, saya mempunyai masalah untuk berada terus di gereja. Tetapi tidak lama kemudian saya menikah dengan Rosalie, saya dibaptiskan dalam Roh Kudus, dan saya tidak ingin kembali lagi ke hidup dahulu sebagai orang yang tidak beriman. Saya tidak ingin kembali lagi ke sana.

Beberapa tahun kemudian, kami berpindah ke sebuah perkampungan kecil di Oregon yang dipanggil LaPine, di mana hanya ada sebuah gereja Kudus yang kecil di mana lebih tegas berbanding sebelumnya yang kami sudah tinggalkan. Tidak ada gereja-gereja lain atau persekutuan Kristian. Saya mendapat kerja di sebuah kilang papan dan mula berkhutbah di tempat kerja!

     Semua orang yang berada di kilang papan hidup dalam keadaan yang berdosa, namun Tuhan telah menguatkan saya untuk terus berdiri dalam iman. Neraka seperti melemparkan segalanya terhadap saya untuk menjauhkan saya dari Tuhan. Tetapi oleh kerana tangan Tuhan yang menopang saya, saya mampu berdiri.

     Pernah sekali seorang pengkhutbah mengadakan kebangunan rohani di kawasan kami. Apabila hal itu berlaku, semua tujuh orang yang melakukan kerja menarik papan bersama saya akan menghadiri kebangunan rohani tersebut kerana saya telah bekerja keras bagi mereka, cuba untuk memujuk mereka untuk hadir.

Penglihatan
Yang Menolak Saya Masuk Ke Dalam Pelayanan

Pada usia tiga puluh tahun, saya masih hidup di dalam bayangan yang terbina di dalam saya sewaktu saya mula membesar. Saya tidak boleh menjadi apa-apa pun. Saya tidak layak menerima apa pun kecuali hukuman.

            Saya dilahir kembali, dan saya mempunyai suatu kelaparan dan kehausan akan Tuhan yang sangat kuat. Saya tahu di dalam hati saya saya telah dipanggil untuk memberitakan Injil. Namun saya tidak dapat melihat bagaimana Dia dapat atau menggunakan saya. Saya hanyalah seorang anak lelaki Kudus, sudah disesatkan oleh legalisma.

            Tetapi saya mengasihi Tuhan dengan segenap hati, dan Dia berbelas kasihan terhadap jiwaku memberikan saya penglihatan yang melancarkan diri saya ke dalam pelayanan sepenuh masa. Ini bukanlah sesuatu yang saya telah alami kerana saya telah makan begitu banyak pada waktu malam itu; tetapi sangat benar.

            Saya mungkin tidak pernah melupakannya. Kami telah berpindah berkali kali dan tinggal di sebuah pekan kecil yang dipanggil Oakridge, di mana saya meneruskan kerja di sebuah kilang papan tempatan. Pada awal pagi satu hari saya bangun dalam Hadirat Tuhan. Saya membuka mata, menjangkakan sesuatu yang sama di kamar bilik. Sebaliknya, saya melihat sebuah auditorium yang besar. Terdapat beberapa kerusi roda di atas pentas. Saya berada di barisan ketiga belakang sebelah kiri.

            Penolong pastor sedang mengadakan ibadah pujian dan penyembahan. Sesuatu seperti aliran elekrik yang menghidupkan ibadah tersebut, dan entah bagaimana saya tahu bahawa ibadah tersebut adalah dari ibadah saya.
           
            Penolong pastor itu kembali ke mimbar setelah selesai pujian dan penyembahan dan berkata, “Sekarang penginjil kita…” Sedang dia berkata-kata, dia melihat ke arah saya untuk bertindak balas. Saya mahu membuka Alkitab – kebetulan saya telah membuka ke Yudas 20 dan 21, perenggan yang kemudiannya melancarkan pelayanan saya!

Akan tetapi kamu, saudara-saudaraku yang kekasih, bangunlah dirimu sendiri di atas dasar imanmu yang paling suci dan berdoalah dalam Roh Kudus.
Peliharalah dirimu demikian dalam kasih Allah sambil menantikan rahmat Tuhan kita, Yesus Kristus, untuk hidup yang kekal.
-         Yudas 20 dan 21
Tetapi sejurus saya mula untuk berdiri, penolong pastor itu menoleh dan menunjuk ke arah seorang wanita yang berambut perang yang keluar ke atas pentas. Sangat kelihatan bahawa dia adalah seorang yang penuh akan kasih Tuhan, dan sangat diurapi – dengan kuasa Roh Kudus – mengalir ke luar dari dirinya seperti madu. Ianya sangat pekat dan manis, seperti kamu dapat memotongnya! Saya tenggalam kembali ke tempat duduk dan dalam keadaan yang sangat hairan. Saya tahu bahawa ibadah itu sebenarnya adalah dari saya.

           Wanita itu mengambil mikrofon dan melayani dengan kasih karunia Tuhan dengan sangat indah sekali. Kemudian kuasa Tuhan turun, dan semua orang bangun dari kerusi roda. Panggilan altar dipenuhi dengan orang-orang yang mengaku Yesus sebagai Juruselamat. Seluruh ibadah penuh dengan kuasa dan urapan.

           Apabila semua sudah selesai, semua orang yang lain lenyap; hanya tinggal saya dan wanita ini di auditorium. Kemudian dia menatap saya dan berkata, “Saya tidak tahu mengapa Tuhan telah memberikan pelayanan seperti ini; salah satu dari dari kamu kaum lelaki telah gagal.”

Saya keluar dari penglihatan tersebut dalam kegentaran. Saya membangunkan Rosalie dan memberitahu dia segala yang telah saya saksikan dalam penglihatan tersebut. Saya membuat keputusan bahawa saya tidak boleh hidup seperti dulu – terjepit di tengah-tengah panggilan untuk berkhutbah dan perasaan-perasaan saya yang tidak layak. Saya telah dihentam dari dalam ke luar.

Saya memberitahu isteri saya, “Saya perlu menjawab panggilan pelayanan ini – tenggelam, berenang atau mati lemas. Jika kita perlu makan kacang, tidur di bawah pokok, atau berpakaian seperti anak-anak dalam guni, adakah kamu masih mahu pergi bersama saya?”

Rosalie berkata ya. Oleh itu kami bersama-sama pada pagi itu, dia dan saya telah berkeputusan tidak kira apa pun yang terjadi, kami akan terus di dalam Tuhan. Dua minggu kemudian, saya berhenti bekerja dan masuk ke dalam pelayanan sepenuh masa.

Bilik Doa

Setelah berhenti dari pekerjaan saya di kilang papan, saya tidak tahu bagaimana menggunakan masa yang ada. Kemudian saya teringat akan gereja kecil yang telah saya dan Rosalie mulakan beberapa bulan yang sebelumnya. (Meskipun saya telah memulakan gereja tersebut, saya meminta seorang pelayan Tuhan dari daerah lain untuk datang setiap minggu untuk berkhutbah. Pada waktu itu, saya masih belum mempunyai keberanian untuk berkhutbah sendiri.)

            Di sebuah gelanggang bowling di mana kami adakan kebaktian-kebaktian, saya telah bahagikan kawasan kepada ukuran lapan-lapan yang pernah sekali digunakan sebagai bilik untuk anak-anak. Saya telah membuat keputusan bahawa saya akan menggunakan sebahagian kecil kawasan tersebut untuk dijadikan “bilik doa”. Saya membuat suatu gambaran sekiranya saya telah berdoa bersamaan dengan jam-jam waktu saya bekerja, Tuhan mungkin akan memberi “upah” untuk membekalkan keperluan kami.

            Saya tidak tahu betapa sukarnya untuk membuat keputusan berdoa selama lapan jam sehari. Pagi pada hari pertama itu saya pergi ke bilik, menutup pintu, berlutut, dan mula berdoa dalam bahasa Inggeris. “Oh, Tuhan sekarang saya adalah pelayan sepenuh masa. Oh, Tuhan, tolong penuhi almari-almari kami. Jangan biarkan anak-anak kami kelaparan. Pakailah saya, Tuhan, tolong pakailah saya! (Saya menghabiskan masa merayu-rayu kepada Tuhan. Saya hanyalah seorang anak lelaki Kudus yang belum pernah belajar tentang iman.)

            Saya berdoa segala yang dapat saya fikirkan. Saya berdoa untuk semua penginjil yang saya kenal di seluruh dunia. Saya juga menghabiskan masa mengutuk semua lipas dalam ruangan bilik itu, memerintahkan mereka supaya mati di dalam Nama Yesus! Meskipun usaha saya tersebut, saya berdoa semuanya hanya dalam masa lima belas minit.
           
Oleh itu, untuk saya mampu bertahan selama berjam-jam, di mana sudah menjadi pendirian saya, saya beralih kepada doa dalam bahasa lidah. Saya tidak mulakan doa dalam bahasa lidah sungguhpun saya tahu bahawa itu adalah suatu yang baik. Kebenarannya ialah, saya tidak tahu bahawa ianya benar menurut hukum Firman! Beberapa jemaat Kudus memberitahu saya bahawa saya tidak boleh berdoa dalam bahasa lidah mengikut kemahuan saya pada bila-bila waktu. Kemudian saya mendengar dari beberapa orang bahawa tidak mengapa menggunakan doa bahasa lidah sebagai bahasa doa.

            Saya pun tidak pasti kepercayaan mana satu yang benar. Apa yang saya tahu ialah saya perlu tinggal dalam bilik kerana saya telah berhenti kerja. Oleh itu saya mula berdoa dalam bahasa lidah pada hari pertama dalam ruang tersebut hanya untuk mematikan jam-jam tersebut.

            Saya terus berdoa dalam bahasa lidah. Saya telah berdoa sepertinya sudah berjam-jam, padahal tengahari pun belum menjelma!

            Kemudian bunyi wisel berteriak membawa saya kembali ke realiti jadual harian kerja teman-teman saya dan keputusan radikal yang telah saya lakukan bagi diri saya sendiri. Itu adalah masa rehat makan tengahari bagi pekerja-pekerja di kilang tersebut, dan kegelapan ruang bilik itu sepertinya semakin mendekati saya.

            Bekas teman-teman sekerja saya menghabiskan jam-jam terakhir di waktu matahari terik, memotong dan membentuk papan-papan kayu yang akan dihantar di seluruh dunia. Pada waktu wisel dibunyikan, masing-masing akan mengeluarkan bekal makanan tengahari dan duduk di bangku, sedia untuk makan, relaks, dan bergurau senda. Saya sudah tahu apa yang sedang mereka lakukan, tapi saya tidak bersama mereka. Benarkah saya percaya akan Tuhan? Benarkah kerja ini berhasil? Saya perlu percaya untuk ianya berlaku.

Memori-Memori Dalam Mencari Jawapan
              
Fikiran saya melayang kembali pada waktu senja di gereja Pentekosta di mana pada pertama kali saya mendengar dengan dicampur baur akan pengertian dan keseronokkan  akan wahyu dalam baptisan Roh Kudus dan karunia-karunia lidah yang disertai dengan pengalaman-pengalaman. Saya dan Rosalie telah membincangkan segala apa yang kami dengar sepanjang dalam perjalanan pulang ke rumah, sambil tiga anak kecil lelaki kami tidur berhimpit-himpit dalam bangku belakang Volkswagen kami yang kerdil.

Rosalie telah menerima baptisan Roh Kudus di akhir masa remajanya. Saya mula kehairanan sekiranya pengalaman ini mungkin adalah jawapan bagi saya akan kehidupan yang penuh kekecewaan dan berulang kali mengaku dosa saya yang sama seolah-olah tidak mampu ditanggalkan.

Nampaknya, ramai Kristian , transformasi berlaku sejurus selepas mereka dilahir kembali. Adakah ini benar, sekiranya benar, mengapa sangat sukar bagi saya untuk berubah? Mungkinkah bahasa doa melalui Roh Kudus adalah jawapan yang saya perlukan untuk melangkah garisan yang tak terlihat dan sungguh-sunguh menjadi pemenang?

Tidak lama kemudian, saya kembali ke rumah bersama Rosalie dan anak-anak lelaki saya selepas bersurai dari malam pergelutan akibat dari kegagalan rohani dan peribadi saya. Rupa kekecewaan yang terpancar pada wajah Rosalie sudah cukup untuk menghalau keluar pengaruh yan masih berlegar-legar setelah minum bersama teman-teman. Suatu perasaan bersalah bangkit dari dalam diri saya. Saya berada di pinggir jurang akan perasaan kasihan pada diri sendiri dan hilang harapan.

Rosalie membawa anak-anak ke kamar sedang saya duduk di dalam dapur, kepala saya tergantung dalam keadaan rasa malu dan penyesalan. Kemudian dia berjalan ke arah saya dengan senyap mengambil kedua-dua tangan saya, seolah-olah dia ingin katakan bahawa dia bersama-sama dengan saya dalam pergelutan ini.

Sejak malam tersebut, Rosalie dan saya mula berdoa dengan kerap kali bersama-sama, dan keinginan saya ialah untuk mengetahui lebih dalam baptisan dalam Roh Kudus semakin bertumbuh. Kami berbicara dengan lebih sering mengenai karunia ini. Saya sangat lapar dalam mengenal Tuhan, sangat lapar akan jawapan-jawapan bagi persoalan-persoalan saya.

Dari situ saya mula mengetahui tentang Ibrani 11: 6:

Tetapi tanpa iman tidak mungkin orang berkenan kepada Allah. Sebab barangsiapa berpaling kepada Allah, ia harus percaya bahwa Allah ada, dan bahwa Allah memberi upah kepada orang yang sungguh-sungguh mencari Dia.

Adakah berdoa dalam bahasa Roh adalah sebahagian daripada sungguh-sungguh mencari Dia?

Sekarang pada saat saya berlutut dalam bilik berdoa dalam bahasa lidah, jawapan bagi soalan tersebut sepertinya sangat penting. Saya kembali dari dunia memori-memori, pemikiran, Apakah yang sedang saya lakukan dalam ruang bilik kecil ini, yang seharusnya saya bekerja selama lapan jam di kilang papan? Adakah saya gila, atau adakah saya telah memulakan pengembaraan ke dalam air-air Tuhan yang dalam?

“Meletakkan Masa Saya ke Dalam” bersama Tuhan

Jawapan akan soalan-soalan ini masih jauh di depan sewaktu saya mulakan hari pertama di dalam bilik doa itu – meletakkan masa saya di dalam Tuhan. Dapatkah seseorang benar-benar “masuk ke dalam Tuhan” dengan tujuan – seperti yang Dia inginkan?

     Biar saya memberitahu kamu, jam-jam dalam bilik tersebut sangat panjang! Saya akan berdoa dalam bahasa lidah seolah-olah satu jam dan kemudian melihat pada jam tangan saya. “Oh, tidak, hanya lima belas minit!” Oleh itu saya mula berdoa lagi.

     Beberapa bulan seterusnya saya akan mulakan doa dalam bilik tersebut sama seperti masa kerja saya di kilang papan. Apabila wisel kilang dibunyikan untuk menandakan bermulanya waktu bekerja setiap hari, saya akan senantiasa berada dalam posisi berlutut, sedia untuk berdoa.

Setiap hari, jam-jam akan terus diheret, namun saya teruskan. Saya dapat menghafal warna-warna karpet yang pudar dan juga dinding-dinding. Saya masih dapat ingat akan keadaan ruang bilik tersebut sehingga sekarang, saya dapat mengambil pensil dan kertas dan melakarkannya dengan terperinci dalam beberapa minit. Saya merasakan diri saya dalam penjara.

Dari ruang bilik saya, saya dapat menghidu bau kayu-kayu dibakar sedang gergaji-gergaji membelah pokok-pokok yang tinggi. Saya dapat menggambarkan teman-teman saya membawa bekal dan menghirup cawan-cawan kopi yang panas.

Satu hari saya mengalami kesulitan mengenai waktu itu. Mengapa saya perlu berhenti dari pekerjaan untuk melakukan hal ini? Apakah hasilnya dari berbahasa luar biasa ini?

Roh saya bangkit dan mengucapkan Firman terhadap emosi saya yang bergelora: “Allah memberi upah kepada orang yang sungguh-sungguh mencari Dia.” (Ibrani 11:6). Kemudian fikiran saya memancarkan sebuah siri gambaran-gambaran emosi yang berterusan mengenai kegagalan saya yang tak berhujung. Saya mendapati diri saya tercekik dalam emosi yang membawa memori tersebut keluar. “Oh Tuhan,” Saya berseru, “biar firman itu menjadi benar!” Kedamaian secara beransur-ansur mula menenangkan fikiran saya yang sedang bermasalah.

 Tuhan tidak memberitahu saya supaya berhenti kerja dan berdoa dalam Roh selama lapan jam sehari. Ini adalah keputusan yang telah saya buat kerana berada dalam keadaan yang  terdesak. Saya ingin lebih akan Tuhan namun tidak pasti bagaimana untuk mencarinya.

Dari pembacaan Firman, saya telah belajar bahawa bahasa doa saya yang diberikan adalah untuk membangunkan diri saya sendiri agar saya dapat mendoakan rahsia-rahsia, tetapi saya tidak mempunyai genggaman akan kebenaran-kebenaran yang sesungguhnya. Masih tetap dengan pendirian saya sekiranya mungkin bagi saya untuk membangunkan diri saya sendiri dengan berdoa dalam bahasa lidah sehingga minda saya mampu menerima rahsia-rahsia ilahi, itulah sebabnya saya melakukan hal tersebut.

Sambutan semasa istirehat

Oleh itu saya terus berdoa, setelah masa waktu yang lama, hari yang panjang. Agaknya setelah dua bulan berikutnya. Datanglah seorang wanita di mana saya telah bertemu di sebuah Charimatic Bible Study yang mendengar tentang apa yang saya sedang lakukan. Pada suatu hari dia pergi ke gereja tersebut dan mengetuk pintu bilik saya.

 “Saudara Roberson, “ Dia memanggil, “Aku mendengar kamu telah berdoa berjam-jam dan  
  berhari-hari.”

  “Ya, Puan.”

  “Aku mahu tahu, “ Dia berkata, “Bolehkah kamu beritahu apa bezanya?”

  “Maksud kamu apa perbezaaannya dalam perjalanan saya bersama Tuhan atau apa?” Saya
   bertanya.

  “Tidak, Aku hanya mahu tahu, boleh kamu beritahu apa perbezaannya?”

  “Sebetulnya, boleh, “ Aku menjawab.

   “Adakah kamu keberatan untuk mengongsikannya?”

   “Tidaklah,” Saya berkata. “Lidah saya sudah letih, kerongkong saya kering, dan dagu saya
    lelah.”

  “Dengan gugup dia membalas, “Maafkan aku, aku perlu pergi.” Begitulah akhir  
   percakapan kami!

Setelah beberapa bulan berikutnya. Saya telah terkurung dalam bilik doa berdoa selama tiga bulan. Wanita yang sama juga kembali dan mengetuk pintu bilik tersebut.
  “Saudara Roberson,” sahutnya, “Tahukah kamu gereja mana yang aku sedang pergi.”

   “Ya, Puan, saya tahu,” Saya membalas.

   “Tahukah kamu mereka tidak percaya akan doa dalam bahasa lidah.”

   “Ya, saya tahu.”

“Baiklah, gerejaku sedang mengadakan ibadah kesaksian pada akhir minggu di mana beberapa orang awam dari beberapa daerah datang berkumpul untuk memberitahu hal-hal yang baik yang Tuhan telah lakukan pada mereka. Sudikah kamu datang?”

Saya berfikir, Seharusnya kamu percaya saya sudi untuk datang! Saya akan gunakan apa jua alasan untuk keluar dari ruang bilik ini! Saya beritahu wanita tersebut, “Kita jumpa di sana!”

Oleh itu saya berlari pulang ke rumah, menukar pakaian, dan tergesa-gesa ke rumah di mana mereka adakan pelajaran Alkitab pada waktu pagi. Saya tiba lewat di ibadah tersebut, oleh itu saya tidak tahu bahawa wanita tua yang duduk bersebelahan saya perlu berjalan dengan menggunakan tongkat ketiak, di mana seseorang perlu meletakkan tongkatnya di sudut yang berdekatan. Saya tidak tahu bahawa wanita tersebut lumpuh pada sebelah kakinya.

            Saya duduk di sana, sedang menunggu pembicara untuk memulakan penyampaiannya. Saya sangat teruja. Saya telah terkurung dalam bilik doa selama tiga bulan. Sekarang bukan sahaja saya bersama dengan orang-orang, tetapi juga mendengar khutbah secara langsung oleh orang yang hidup! Saya tidak sabar menantikannya.

            Akhirnya saudara tersebut berdiri untuk berbicara, memegang sejumlah besar timbunan nota. (Sekiranya nota itu dalam bentuk gulungan, mungkin dapat menggulung keluar sehingga di belakang rumah tersebut!). Dia tidak berbicara dengan panjang sehinggalah dia memberi maksud baharu iaitu tidak perlu dipenuhi dengan Roh Kudus!

            Dengan huraian yang panjang dan suara kaku dan nada datar, saudara tersebut bersyarah tentang “Yesus, Makhluk Syurgawi Besar yang adalah Perantara,” “Masalah umat manusia,” dan “A-l-a-h Maha Kuasa.” Saya yang duduk di kerusi, sedang berfikir, Apa yang sedang saya lakukan? Ini sungguh teruk! Lebih baik saya pulang ke bilik doa saya!




Tuhan beraksi tanpa disedari

Fikiran saya terapung-apung masuk dan keluar dari ibadah. Saya tidak tahu apa yang seharusnya saya lakukan. Bagi keseronokkan sendiri, saya mula menggoncangkan cawan kopi saya agar saya dapat melihat gelung-gelung riak pada sudut cawan tersebut.

Di tengah-tengah kebosanan, saya memandang wanita tua di sebelah saya. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi. Saya tidak merasakan apa-apa urapan. Saya tidak merasakan apa-apa pun! Tetapi pada waktu saya memandang pada wanita ini, tiba-tiba saya melihat sesuatu yang tergantung di antara saya dengan dia kelihatannya seperti sebuah X-ray pangkal pinggul pada seseorang. Pangkal tersebut mempunyai suatu yang gelap di sekeliling bulatan sendi, menyambungkan pada tiga atau empat inci ke bawah kaki.

Saya hampir menjatuhkan cawan saya dalam keadaan memeranjatkan! Saya terkerdip-kerdip, namun gambaran X-ray tersebut tetap tinggal di mata saya. Saya memandang sekeliling untuk melihat sesiapa lagi yang boleh melihat seperti apa yang sedang saya lihat. Nampaknya, tidak ada seorang pun yang boleh.

Tatkala saya duduk melihat pada X-ray tersebut, saya mula berdoa, Oh, Tuhan, oh, Tuhan – apakah semuanya ini? Adakah Engkau mahu saya untuk mendoakan wanita ini? Apa sebabnya Engkau mahu saya melakukan ini? Tuhan tetap tidak bersuara.

(Kemudian sewaktu saya sedang mengongsikan kesaksian ini semasa satu ibadah, Tuhan berbicara pada roh saya, berkata, “Anak, mahukah engkau mengetahui mengapa Aku tidak berbicara kepadamu pada waktu itu – mengapa Aku membiarkan engkau meneruskan dan mengacaukan ibadah tersebut? Kerana jikalau Aku tidak mendengarkan orang tersebut mengajar, mengapa Aku harus membuatkan kamu untuk mendengarkannya?” Sesungguhnya ianya adalah wahyu!)

Oleh itu saya mendekati wanita tua itu dan berkata, “Puan, kamu mempunyai masalah dengan pinggul!” Dia menoleh dan memerhatikan saya untuk waktu yang lama.

Tiba-tiba perkataan “arthritis” (radang sendi) melompat keluar dari roh saya. Saya mengeluarkan perkataan itu, “itu ialah arthritis pada sebelah kanan pinggulmu!”

Dia memerhatikan saya untuk waktu yang lama dan kemudian berkata, “Itulah yang doktor memberitahuku, ya orang muda.”

Saya berteriak, “kemuliaan bagi Tuhan!”

“Baiklah, maafkan saya!” Dia membalas.

“Oh, maksud saya, Tuhan mahu menyembuhkan kamu, Puan. Bolehkan saya doakan kamu?”

Wanita tua itu terus memandang saya. Ingatkah bahawa gereja ini tidak percaya dalam bahasa lidah. Begitu juga wanita tersebut, permintaan saya bermaksud bahawa di masa saya sendiri akan mengingati dalam waktu doa peribadi saya sendiri.

Namun itu bukan doa yang saya maksudkan. Saya adalah Pentekostal, seorang yang suka melompat dari kerusi dan seorang yang berseru lantang!

Akhirnya wanita tua itu menjawab, “Ya, kamu boleh doakan aku.”

Tidak lama setelah dia berkata demikian, saya melompat keluar dari kerusi saya, berlutut di depannya, mencapai kedua buku lalinya, dan menarik ke arah saya. (Manakala, si lidah-emas tersebut masih sedang “berbicara”!) Kemudian saya melihat ke bawah kakinya dan berfikir, Oh, oh! Sebelah kaki lebih pendek enam inci dari yang di sebelah!

Saya berfikir “Oh, tidak, ini sungguh mengerikan! Tidak pernah saya melihat mukjizat yang wanita ini perlukan! Saya sangat takut untuk menatapnya, oleh itu saya menutup mata, dengan berteriak “Di dalam Nama Yesus…!”dan mula berdoa yang paling lantang, lebih kuat dari jenis doa jemaat ultra-Kekudusan.

Mereka yang menyaksikan peristiwa tersebut memberitahu saya kemudian bahawa pada saat sebutan Nama yang maha kuasa itu, kaki wanita yang pendek sebelah retak dan muncul; kemudian tiba-tiba tumbuh keluar sehingga sama panjang dengan kaki di sebelah!

Wanita tersebut telah disembuhkan dengan begitu segera – tetapi saya tidak mengetahuinya! Saya masih menutup mata, dan sedang berdoa dengan lantang. Dan di dalam semangat saya, saya hampir bergelut dengan wanita tersebut untuk keluar dari tempat duduknya ke atas lantai sebelum yang lain melepaskan saya dari pegangan buku lalinya!

Namun Tuhan tidak memerlukan pertolongan saya. Dia munculkan kaki tersebut tanpa saya sedari! Pada akhir saya membuka mata dan melihat mukjizat ini, saya terkejut seperti semua orang yang lain!

Kira-kira pada waktu saya mula mendoakan wanita tersebut, orang yang sedang berbicara mendapatkan penolongnya dan berbisik, “Pergi dapatkan orang itu dan hentikannya!” (Saya benar-benar tidak menyalahkan dia; kerana saya telah merosakkan ibadahnya dengan doa saya yang begitu lantang!)

Penolong itu menuju ke arah yang penuh kekecohan itu dan, menurut mereka yang menyaksikan peristiwa tersebut, tiba pada saat mukjizat itu berlaku. Dia hampir mencapai saya setelah dia melihat kaki wanita yang pendek itu tiba-tiba tumbuh enam inci.

Oleh itu daripada mendiamkan kekecohan tersebut, orang ini membisu kerana ketakjuban. Dia belum pernah melihat mukjizat sebelumnya. Dia juga tidak berkata-kata dalam bahasa lidah! Apabila sesuatu yang luar biasa ini terjadi, orang ini sungguh tidak percaya akan segalanya. Sewaktu dia melihat mukjizat ini, dia termangu-mangu. Inilah masa Tuhan!

Si lidah-emas tersebut mengakhiri mesejnya dengan soalan. “Apakah peristiwa-peristiwa yang paling luar biasa yang mungkin diberikan kepada Tuhan dalam hidupmu?” sementara yang lain sedang kehairanan apa yang dimaksudkan, penolong tersebut menjawab soalan tersebut dengan menunjukkan kepada wanita tua yang sudah disembuhkan dan dengan pantas serta gugup berkata, “Di sini!” Penyembuhan wanita tua ini tentunya sungguh pasti peristiwa yang luar biasa yang pernah dilihat!

Selepas kebaktian, pembicara tersebut datang pada wanita tua yang kecil itu dan cuba memberitahu dia, “Puan, Tuhan tidak melakukan mukjizat pada masa kini mahupun pada zaman ini.”

Namun wanita tua itu membalas, “Kamu mahu bertaruh, Sonny? Kamu mahu bertaruh?” Kemudian dia merangkul tongkat tersebut dan mula berjalan di sekeliling ruang tersebut. Dia mengayunkan tongkat tersebut ke belakang dan ke depan, dan menggunakan tongkat tersebut untuk memegang orang-orang sementara menunjukkan kepada mereka bagaimana pinggulnya sudah disembuhkan.

Selepas persekutuan di rumah tersebut, segenap umat menghadiri majlis makan malam yang istimewa di gereja. Kerana ada sebab tertentu mereka tidak menjemput saya. (Saya hairan kenapa!) Tetapi Tuhan tidak memerlukan saya untuk dijemput bagi tujuan-Nya sudah digenapi – wanita tua tersebut hadir!

Sebelum orang-orang menjalankan tugas masing-masing, wanita kecil itu melompat dan memberi kesaksian di majlis makan. Setelah selesai, dia berteriak, “Apa yang Tuhan telah lakukan padaku, Dia juga akan lakukan pada kamu!” Tempat tersebut menjadi riuh dengan teruja.

Setelah itu, wanita yang menghadiri majlis makan mencari wanita tua itu. Wanita ini telah mengalami kemalangan kereta dan sekarang tidak mampu membengkokkan badannya. “Kamu fikir Tuhan boleh sembuhkan saya?” Dia bertanya.

Wanita tua itu berkata, “Aku fikir dia mungkin boleh. Mari panggil saudara yang mendoakan saya.”

Pada waktu itu, saya telah pulang ke rumah, menukar pakaian, dan sedang sibuk bekerja di halaman rumah. Telefon sedang berdering; itu adalah wanita tua yang telah menerima mukjizat. Dia menjelaskan keadaan wanita tersebut dan meminta supaya mereka dapat datang agar saya dapat mendoakan wanita tersebut.  

Saya hampir berkata, “Engkau boleh membawa dia dan sesiapa saja dari antara kamu untuk tumpangkan tangan atasnya!” (Saya masih Namun setelah itu Roh Kudus berbicara kepada roh saya dengan begitu lantang: “Pergi ke dewan utama gereja.” Oleh itu saya memberitahu wanita tersebut, “Saya akan bertemu dengan engkau dan rakanmu di gereja.”

Sesudah itu ada kesenyapan di akhir perbicaraaan. Tidak lama kemudian, saya mendengar kedua wanita tersebut berbisik di antara satu dengan yang lain. Kemudian wanita tua itu berkata kepada saya, “Baiklah, kami akan bertemu dengan engkau di depan gereja.”

Setibanya saya di gereja, kedua wanita tersebut bertemu dengan saya dan cuba untuk membawa saya ke sebuah bilik di bawah tanah gereja, jauh dari semua orang. Namun saya tetap berbicara dengan apa yang telah Roh Kudus bicarakan ke dalam roh saya: “Ruang utama dewan. Kita perlu pergi di ruang utama dewan.” Akhirnya, wanita-wanita tersebut menyerah dan membawa saya ke dewan utama, di mana orang-orang sedang berdiri di sebuah bulatan kecil, mengadakan persekutuan bersama.

Saya berdiri di sana, melihat pada orang-orang tersebut. Saya tidak tahu apa yang harus dilakukan. Saya berada di sana kerana saya sedang mentaati Roh Kudus. Kemudian penolong yang telah menyaksikan mukjizat tersebut berkata, “Uh, saya fikir orang ini mahu berbicara sesuatu.”

Saya fikir, Adakah saya? Saya belum pernah berkhutbah sebelum ini, dan saya sangat takut. Setiap orang memandang saya dengan rasa hormat. Dengan segan dan takut, saya memulakan dengan memberi kesaksian wanita tua tersebut. Tiba-tiba Roh Kudus jatuh ke atas saya, dan saya telah ditangkap oleh Hadirat Tuhan yang dasyat dan berkuasa. Karunia iman telah turun atasku (meskipun pada saat tersebut, saya tidak mengertinya), dan saya mendengar sendiri bahawa saya sedang berkata-kata akan hal-hal yang sangat baik, saya tahu tentunya bukan saya yang sedang berkhutbah; saya tidak pintar. Saya ingin keluar dari tubuh saya dan mengambil catatan-catatan tersebut!

Kemudian sementara karunia iman masih berlangsung, saya melihat pada seorang muda. Sedang saya berjalan ke arahnya, tiba-tiba bahagian bahunya menjadi kelihatan bening seperti sebuah X-ray, dan dalam Roh saya melihat sendi bahu dan masalah yang berkaitan. Orang muda itu hanya mampu mengangkat tangannya sedikit saja.


Saya berkata pada orang muda itu, “Bahumu akan disembuhkan!” Semakin dekat saya menghampirinya, semakin dia rasa mengerikan. Matannya menjadi besar, dia menyandar sejauh yang mungkin dari saya. Namun tidak dapat membantunya – saya berlari ke arahnya dan merangkul pada pergelangan tangannya. Kemudian saya berkata, “Dalam Nama Tuhan Yesus!” lalu menyentak tangannya di udara.

Orang muda itu menjerit sewaktu tangannya terangkat naik – kemudian dia melihat saya dalam takjuban lalu berkata, “Mengapa ianya tidak sakit!”

“Engkau mengagak ianya tidak sakit!” Saya membalas. Lihatlah, karunia iman ada di atasku. Saya mempunyai fikiran Tuhan. Saya beraksi bersama iman Tuhan, yang telah membebaskan bahu yang beku.

Tidak lama pada malam tersebut, sewaktu karunia iman tidak beracara lagi, saya berbaring di katil, sedang berfikir, Roberson, engkau sangat bodoh! Apa yang akan berlaku sekiranya tangan orang itu patah? Saya tidak tahu bahawa sewaktu karunia iman beroperasi, seseorang itu akan berfikir seperti apa yang Tuhan fikirkan, dan dia mungkin akan melakukan sesuatu yang tidak masuk akal secara alamiah.

Kemudian wanita tersebut yang tidak mampu membengkokkan badannya berlari ke arah saya. Iman yang luar biasa tersebut masih berada di atasku. Saya meletakkan tangan di belakang lehernya dan membengkokkan dia ke bawah sehingga dia menyentuh jari-jari kakinya. Dia dengan segera telah disembuhkan dengan kuasa Tuhan.

Mukjizat-mukjizat terus berlangsung. Akhirnya para tua-tua datang dari setiap sudut gereja dan berkata “Kami putuskan semuanya ini! Orang ini telah menjadikan tempat ini gila. Kami tidak akan benarkan semuanya ini!”

Tetapi sebelum sesuatu mereka dapat lakukan, saya berteriak, “Ada sesiapa mahu dapatkan apa yang saya telah peroleh?” Dengan segera semua anak muda datang berlari ke arah saya, dan saya mula mendoakan mereka. Mereka semua mula dipenuhi dengan Roh Kudus, berkata-kata dalam bahasa lidah dan jatuh di bawah kuasa Tuhan. Orang-orang dewasa tidak mengerti sama sekali apa yang sedang berlaku! Mereka mendekati anak-anak muda tersebut dan merasakan nadi mereka, “Adakah kamu okey?” Mereka bertanya. (Ramai di antara anak-anak muda tersebut masih melayani Tuhan sehingga sekarang; beberapa di antara mereka telah menghabiskan pengajian di sekolah Alkitab.)

Orang-orang ini berkata-kata dalam bahasa lidah di seluruh dewan, dan para tua-tua dalam keadaan kekalutan. Apabila mereka mencuba mengembalikan keadaan menjadi normal, saya menyelinap keluar di sudut pintu. Saya sangat tenggelam dalam Roh, sangat sukar bagi saya untuk mengetahui saya sedang berada di mana. Saya tidak mampu berbicara. Saya berjalan turun dengan terhuyung-hayang di sepanjang lorong jalan sehingga saya menemukan tiang besi yang menopang gereja tersebut. Saya menyandar pada tiang tersebut dan menangis seperti seorang bayi.

Tuhan baru saja menggunakan saya! Oleh kerana latar belakang saya, mindaku tidak mampu menyelami kebenaran bahawa Tuhan semesta alam – Peribadi yang sering menghukum seperti yang telah diajarkan oleh jemaat ultra-Kekudusan – sanggup memenuhi ruang dalam diri saya dan melaksanakan mukjizat melalui saya. Saya tidak dapat menjelaskan perasaan tersebut. Saya benar-benar tahu akan pelanggaran-pelanggaranku; saya benar-benar mengenal diri saya sendiri. Untuk memikirkan pekerjaan Tuhan bersama saya dan melalui saya bagi menubuhkan Kerajaan-Nya di bumi sangat sukar bagi saya untuk selami.

Mengapa harus Tuhan mengggunakan orang seperti saya? Segala hidupku yang lahir baru, tahun-tahun yang telah dipenuhi dengan Roh Kudus, saya baru mengetahui bahawa saya mempunyai panggilan Tuhan dalam hidup saya. Dan saya sering lapar unutk mengenal-Nya serta kuasa-Nya. Namun tiada seorang pun memberitahu saya bagaimana untuk berjalan dalam kuasa Tuhan dengan ada tujuan – tidak ada seorang pun! Mereka hanya mampu memberikan saya perkara umum dengan samar-samar yang tidak dapat memuaskan kelaparan saya yang dalam.

Mengungkapkan Hukum Rohani
Tanpa Disengajakan!

Kemudian, sewaktu saya menyandar pada tiang tersebut, tiba-tiba segala nubuat mula mengalir, dan saya menerima wahyu pengetahuan yang hati saya telah mencari selama ini. Saya tidak tahu bagaimana untuk menyatakannya dengan lantang apa yang telah saya dengar di dalam roh saya.

Roh Kudus berbicara kepada saya, “Anak, urapan ini tidak datang secara tiba-tiba atasmu kerana ianya telah didestinasikan bagi pertemuan tersebut sebelum dasar-dasar dunia dijadikan. Ianya tidak datang padamu kerana hormat akan panggilan penginjilanmu. Saya berharap kalaulah semua penginjil-Ku berjalan dalam kuasa-Ku.

“Urapan ini tidak datang padamu kerana panggilanmu, kepercayaanmu, warnamu, atau bangsamu. Ianya datang padamu kerana kamu telah mengungkapkan suatu hukum rohani: berdoa dalam bahasa lidah bagi membangunkan peribadimu sendiri. Hukum tersebut membawa dengan jaminan kuat untuk membina kamu di atas imanmu yang paling suci – bahagian daripadamu di mana iman itu timbul.

“Kamu telah mendapatkan sesuatu yang boleh kamu lakukan dengan tujuan untuk membangunkan diri kamu sendiri – sebanyak yang kamu mahu, selagi kamu mahu, di manapun kamu pergi. Melalui doa dalam Roh Kudus, kamu dapat membina dirimu sendiri di atas jalan di mana deria jasmanimu membantutkan dan menyakinkanmu bahawa Firman Tuhan tidak seperti demikian, untuk berjalan dalam jalan yang bersemangat, dicaskan oleh Roh, dan bebas dalam Roh Kudus.”

Setelah menjadi sangat lapar akan kuasa Tuhan pada waktu yang begitu lama, saya dengan tidak sengaja telah membongkarkan salah satu daripada kunci yang paling penting untuk bertumbuh sebagai penginjak-setan, iman yang dapat memindahkan gunung – berdoa dalam bahasa lidah bagi membangunkan diri sendiri. Adakah anda fikir setelah mendapat kunci utama untuk membongkarkan rahsia-rahsia ilahi, adakah sesiapa dapat menghalang saya keluar dari bilik doa saya? Tidak sesekali! Saya mempunyai rancangan ilahi yang perlu saya selidiki!

Terdapat sebuah perbuatan Roh Kudus
Di mana kamu tidak begitu mengetahuinya.
Namun sambil kamu terus bertumbuh dan berjalan
Dalam Roh-Ku
Aku akan menunjukkan pada kamu hal-hal di mana Gereja Mula-Mula
Telah berjalan melaluinya.
Aku akan menunjukkan pada kamu hal-hal yang telah mencetuskan
Perbuatan Roh-Kudus
yang ramai telah datang dari pelbagai kota di sekeliling,
dan Kuasa-Ku yang telah dinyatakan dan
sangat terbukti bahawa mereka telah disembuhkan,
setiap dari antara mereka.
Aku akan menunjukkan pada kamu Ruang Maha Kudus
Di mana pelayanan-pelayanan telah dilahirkan.
Aku akan menunjukkan pada kamu unsur-unsur
Yang telah ditinggalkan sekarang –
Unsur-unsur di mana orang-orang telah melihatnya dengan jelas,
Dan mereka telah berusaha sehingga mereka mendapatkan
Kepenuhan dari Roh.
Aku akan menunjukkan pada kamu hal-hal yang telah manusia lapar akan
sesuatu yang hanya dapat dipuaskan melalui perhubunganmu
Bersama Tuhan.