Oleh: Dave Roberson Penterjemah: Geraldine V.
Bab 2
Perjalanan peribadi saya
untuk mendapatkan pengetahuan wahyu
Saya tidak masuk ke dalam rancangan Tuhan bagi hidupku sehingga saya
menjadi dewasa. Tidak ada seorang pun yang mengajar saya sewaktu saya masih
seorang anak.
Permulaannya
Ibu saya adalah seorang yang saya gelar sebagai “kaki botol” (pada tempoh
masa tertentu). Dia meninggal pada awal lima puluhan dengan penyakit limpa pada
hatinya.
Bapa saya adalah anak
gembala , tetapi
saya tidak mendapat tahu tentang hal itu sehinggalah saya menyahut panggilan
pelayanan sebagai seorang dewasa. Dia adalah seorang anak gembala yang telah
menjadi liar, menghabiskan banyak masa hidupnya keluar masuk penjara. Dia
datang dan pergi sewaktu saya masih kecil. Sewaktu saya sudah cukup dewasa
untuk mengerti, ibuku akan menghalaunya keluar sewaktu saya berumur dua tahun
kerana dia akan menghentam saya dengan begitu teruk sekali.
Saya ingat semasa saya
menyembunyikan pesawat mainan di bawah katilku. Ibu akan menyimpan wang kedai
runcit untuk membelikannya kepadaku. Apabila bapa saya datang, saya perlu
menyembunyikannya; saya memang agak dah. Dia selalu mengancam saya, dengan
berkata, “Aku akan menembak kamu dengan senapang yang penuh dengan garam!” saya
tidak begitu ingat tentang hentaman tersebut. Sedang saya membesar, saya
mempunyai beberapa ayah sementara yang hanya datang dan pergi. Saya pun tidak
begitu mengenal mereka.
Kadang kala jiran-jiran
akan datang mengenakan saya, saudara lelaki saya dan dua adik-beradik perempuan
saya. Mereka akan mengoleskan muka kami, memasukkan kami ke dalam kereta, dan
membawa kami ke gereja. Sangat nyata bahawa kami sangat diabaikan.
Atuk saya akhirnya
mengambil kami. Dia menjadikan saya seorang buruh kasar sewaktu tahun-tahun
belajar saya di sekolah menengah – apabila saya menyebut kerja, saya memang
kerja! Sehinggalah saya masuk ke Angkatan Laut United States, saya memiliki
tubuh yang tegap. Saya tidak pernah melakukan sit-up atau push-up
seumur hidupku, namun saya menang perlawanan lengan gusti sewaktu saya berada
di atas kapal! Saya juga diminta melakukan pembungkusan bagi Angkatan Laut.
Segala kekuatan jasmani dan latihan datangnya dari atuk saya yang mengerjakan
saya seperti seekor haiwan semasa tahun-tahun remaja.
Atuk saya dulunya berasal dari
pendidikan sekolah “masa-masa sukar” dalam membesarkan anak-anak. Saya tidak pernah mengetahui tentang kasih Tuhan atau sesuatu yang dapat
saya pergi. Boleh dikatakan setiap kesempatan yang Atuk ada, dia akan berkata,
“kamu tidak akan menjadi apa-apa pun, tidak
pernah! Kamu akan membesar menjadi seorang yang tidak berguna sama seperti
Roberson lama itu.”
Semasa saya berusia enam
belas tahun, seorang teman saya (juga seorang preacher kid) menyakinkan saya untuk menghadiri gereja Pentekostal
bersama dengannya setiap minggu dengan maksud untuk bertemu dengan gadis-gadis
selepas ibadah, kemudian kami akan keluar minum.
Baiklah, khutbah pastor
tersebut benar-benar tidak menyentuh teman saya sekalipun, namun ianya mula
mendapatkan saya. Satu malam saya begitu diinsafkan sehingga saya pergi ke
rumah pastor setelah ibadah selesai. Saya mengetuk pintu rumah pastor. Apabila
dia menjawab, saya beritahu dia, “Saya fikir ada sesuatu yang tidak kena
terhadap saya.”
“Itu ialah keinsafan”,
Pastor itu menjawab. “Apa yang kamu perlu lakukan ialah menerima Yesus Kristus
sebagai Juruselamat peribadimu.” Seterusnya dia memberitahu saya untuk bertelut
di sebelah sebuah kerusi, kemudian dia memimpin saya dalam doa pertaubatan
sebagai seorang berdosa.
Saya meninggalkan rumah
pastor dengan perasaan ringan dan gembira, hari berikutnya saya keluar sekali
lagi bersama teman-teman, saya menolak untuk minum bersama mereka.
Bagaimanapun, tidak ada seorang pun dari gereja “mencari saya” untuk dipenuhi
dalam Roh Kudus atau menolong saya bertumbuh dalam perjalanan rohani saya. Oleh
itu segala niat baik saya bertahan hanya dalam dua minggu, seterusnya saya
kembali dengan gaya hidup berpesta pora.
Saya menamatkan sekolah
menengah dan meninggalkan rumah sewaktu saya tujuh belas tahun, tidak kembali
lagi ke rumah. Itulah masa di mana saya melibatkan diri dengan Angkatan Laut.
Tidak lama kemudian saya menamatkan pengajian dalam Angkatan Laut, saya kembali
kepada Tuhan di sebuah gereja dipanggil ultra-Holiness
(Gereja yang begitu ekstrim dengan kekudusan). Di sanalah saya bertemu dengan
bakal isteri saya, Rosalie.
Jemaat Kudus ini
memberitahu saya bahawa Bapa Syurgawi adalah sama seperti bapa jasmani saya –
menghukum saya apabila melakukan kesilapan-kesilapan. Mereka sedang mengajarkan
saya tentang legalisma (hidup menurut hukum-hukum), tetapi saya tidak
mengertinya sama sekali. Saya berfikir sendiri, baiklah saya fikir saya telah kehilangan bapa yang satu dan mendapat
lagi yang satu!
Pengkhutbah
di Kilang Papan
Tahun pertama selepas saya
diselamatkan, saya mempunyai masalah untuk berada terus di gereja. Tetapi tidak
lama kemudian saya menikah dengan Rosalie, saya dibaptiskan dalam Roh Kudus,
dan saya tidak ingin kembali lagi ke hidup dahulu sebagai orang yang tidak
beriman. Saya tidak ingin kembali lagi ke sana.
Beberapa tahun kemudian, kami
berpindah ke sebuah perkampungan kecil di Oregon yang dipanggil LaPine, di mana
hanya ada sebuah gereja Kudus yang kecil di mana lebih tegas berbanding
sebelumnya yang kami sudah tinggalkan. Tidak ada gereja-gereja lain atau
persekutuan Kristian. Saya mendapat kerja di sebuah kilang papan dan mula
berkhutbah di tempat kerja!
Semua
orang yang berada di kilang papan hidup dalam keadaan yang berdosa, namun Tuhan
telah menguatkan saya untuk terus berdiri dalam iman. Neraka seperti
melemparkan segalanya terhadap saya untuk menjauhkan saya dari Tuhan. Tetapi
oleh kerana tangan Tuhan yang menopang saya, saya mampu berdiri.
Pernah
sekali seorang pengkhutbah mengadakan kebangunan rohani di kawasan kami.
Apabila hal itu berlaku, semua tujuh orang yang melakukan kerja menarik papan
bersama saya akan menghadiri kebangunan rohani tersebut kerana saya telah
bekerja keras bagi mereka, cuba untuk memujuk mereka untuk hadir.
Penglihatan
Yang
Menolak Saya Masuk Ke Dalam Pelayanan
Pada usia tiga puluh tahun, saya
masih hidup di dalam bayangan yang terbina di dalam saya sewaktu saya mula
membesar. Saya tidak boleh menjadi apa-apa pun. Saya tidak layak menerima apa
pun kecuali hukuman.
Saya dilahir kembali,
dan saya mempunyai suatu kelaparan dan kehausan akan Tuhan yang sangat kuat.
Saya tahu di dalam hati saya saya telah dipanggil untuk memberitakan Injil.
Namun saya tidak dapat melihat bagaimana Dia dapat atau menggunakan saya. Saya
hanyalah seorang anak lelaki Kudus, sudah disesatkan oleh legalisma.
Tetapi saya mengasihi
Tuhan dengan segenap hati, dan Dia berbelas kasihan terhadap jiwaku memberikan
saya penglihatan yang melancarkan diri saya ke dalam pelayanan sepenuh masa.
Ini bukanlah sesuatu yang saya telah alami kerana saya telah makan begitu
banyak pada waktu malam itu; tetapi sangat benar.
Saya mungkin tidak pernah
melupakannya. Kami telah berpindah berkali kali dan tinggal di sebuah pekan
kecil yang dipanggil Oakridge, di mana saya meneruskan kerja di sebuah kilang
papan tempatan. Pada awal pagi satu hari saya bangun dalam Hadirat Tuhan. Saya
membuka mata, menjangkakan sesuatu yang sama di kamar bilik. Sebaliknya, saya
melihat sebuah auditorium yang besar. Terdapat beberapa kerusi roda di atas
pentas. Saya berada di barisan ketiga belakang sebelah kiri.
Penolong pastor sedang
mengadakan ibadah pujian dan penyembahan. Sesuatu seperti aliran elekrik yang
menghidupkan ibadah tersebut, dan entah bagaimana saya tahu bahawa ibadah
tersebut adalah dari ibadah saya.
Penolong pastor itu
kembali ke mimbar setelah selesai pujian dan penyembahan dan berkata, “Sekarang
penginjil kita…” Sedang dia berkata-kata, dia melihat ke arah saya untuk
bertindak balas. Saya mahu membuka Alkitab – kebetulan saya telah membuka ke
Yudas 20 dan 21, perenggan yang kemudiannya melancarkan pelayanan saya!
Akan tetapi kamu, saudara-saudaraku yang kekasih,
bangunlah dirimu sendiri di atas dasar imanmu yang paling suci dan berdoalah
dalam Roh Kudus.
Peliharalah dirimu demikian dalam kasih Allah sambil
menantikan rahmat Tuhan kita, Yesus Kristus, untuk hidup yang kekal.
-
Yudas 20 dan 21
Tetapi sejurus saya mula untuk
berdiri, penolong pastor itu menoleh dan menunjuk ke arah seorang wanita yang
berambut perang yang keluar ke atas pentas. Sangat kelihatan bahawa dia adalah
seorang yang penuh akan kasih Tuhan, dan sangat diurapi – dengan kuasa Roh
Kudus – mengalir ke luar dari dirinya seperti madu. Ianya sangat pekat dan
manis, seperti kamu dapat memotongnya! Saya tenggalam kembali ke tempat duduk
dan dalam keadaan yang sangat hairan. Saya tahu bahawa ibadah itu sebenarnya
adalah dari saya.
Wanita
itu mengambil mikrofon dan melayani dengan kasih karunia Tuhan dengan sangat
indah sekali. Kemudian kuasa Tuhan turun, dan semua orang bangun dari kerusi
roda. Panggilan altar dipenuhi dengan orang-orang yang mengaku Yesus sebagai
Juruselamat. Seluruh ibadah penuh dengan kuasa dan urapan.
Apabila
semua sudah selesai, semua orang yang lain lenyap; hanya tinggal saya dan
wanita ini di auditorium. Kemudian dia menatap saya dan berkata, “Saya tidak
tahu mengapa Tuhan telah memberikan pelayanan seperti ini; salah satu dari dari
kamu kaum lelaki telah gagal.”
Saya keluar dari penglihatan
tersebut dalam kegentaran. Saya membangunkan Rosalie dan memberitahu dia segala
yang telah saya saksikan dalam penglihatan tersebut. Saya membuat keputusan
bahawa saya tidak boleh hidup seperti dulu – terjepit di tengah-tengah
panggilan untuk berkhutbah dan perasaan-perasaan saya yang tidak layak. Saya
telah dihentam dari dalam ke luar.
Saya memberitahu isteri saya,
“Saya perlu menjawab panggilan pelayanan ini – tenggelam, berenang atau mati
lemas. Jika kita perlu makan kacang, tidur di bawah pokok, atau berpakaian
seperti anak-anak dalam guni, adakah kamu masih mahu pergi bersama saya?”
Rosalie berkata ya. Oleh itu kami
bersama-sama pada pagi itu, dia dan saya telah berkeputusan tidak kira apa pun
yang terjadi, kami akan terus di dalam Tuhan. Dua minggu kemudian, saya
berhenti bekerja dan masuk ke dalam pelayanan sepenuh masa.
Bilik Doa
Setelah berhenti dari pekerjaan
saya di kilang papan, saya tidak tahu bagaimana menggunakan masa yang ada.
Kemudian saya teringat akan gereja kecil yang telah saya dan Rosalie mulakan
beberapa bulan yang sebelumnya. (Meskipun saya telah memulakan gereja tersebut,
saya meminta seorang pelayan Tuhan dari daerah lain untuk datang setiap minggu
untuk berkhutbah. Pada waktu itu, saya masih belum mempunyai keberanian untuk
berkhutbah sendiri.)
Di
sebuah gelanggang bowling di mana kami adakan kebaktian-kebaktian, saya telah bahagikan
kawasan kepada ukuran lapan-lapan yang pernah sekali digunakan sebagai bilik
untuk anak-anak. Saya telah membuat keputusan bahawa saya akan menggunakan
sebahagian kecil kawasan tersebut untuk dijadikan “bilik doa”. Saya membuat suatu
gambaran sekiranya saya telah berdoa bersamaan dengan jam-jam waktu saya
bekerja, Tuhan mungkin akan memberi “upah” untuk membekalkan keperluan kami.
Saya
tidak tahu betapa sukarnya untuk membuat keputusan berdoa selama lapan jam
sehari. Pagi pada hari pertama itu saya pergi ke bilik, menutup pintu,
berlutut, dan mula berdoa dalam bahasa Inggeris. “Oh, Tuhan sekarang saya
adalah pelayan sepenuh masa. Oh, Tuhan, tolong penuhi almari-almari kami.
Jangan biarkan anak-anak kami kelaparan. Pakailah saya, Tuhan, tolong pakailah
saya! (Saya menghabiskan masa merayu-rayu kepada Tuhan. Saya hanyalah seorang
anak lelaki Kudus yang belum pernah belajar tentang iman.)
Saya
berdoa segala yang dapat saya fikirkan. Saya berdoa untuk semua penginjil yang
saya kenal di seluruh dunia. Saya juga menghabiskan masa mengutuk semua lipas
dalam ruangan bilik itu, memerintahkan mereka supaya mati di dalam Nama Yesus!
Meskipun usaha saya tersebut, saya berdoa semuanya hanya dalam masa lima belas
minit.
Oleh itu, untuk saya mampu
bertahan selama berjam-jam, di mana sudah menjadi pendirian saya, saya beralih
kepada doa dalam bahasa lidah. Saya tidak mulakan doa dalam bahasa lidah sungguhpun
saya tahu bahawa itu adalah suatu yang baik. Kebenarannya ialah, saya tidak
tahu bahawa ianya benar menurut hukum Firman! Beberapa jemaat Kudus memberitahu
saya bahawa saya tidak boleh berdoa dalam bahasa lidah mengikut kemahuan saya
pada bila-bila waktu. Kemudian saya mendengar dari beberapa orang bahawa tidak
mengapa menggunakan doa bahasa lidah sebagai bahasa doa.
Saya
pun tidak pasti kepercayaan mana satu yang benar. Apa yang saya tahu ialah saya
perlu tinggal dalam bilik kerana saya telah berhenti kerja. Oleh itu saya mula
berdoa dalam bahasa lidah pada hari pertama dalam ruang tersebut hanya untuk
mematikan jam-jam tersebut.
Saya
terus berdoa dalam bahasa lidah. Saya telah berdoa sepertinya sudah berjam-jam,
padahal tengahari pun belum menjelma!
Kemudian
bunyi wisel berteriak membawa saya kembali ke realiti jadual harian kerja teman-teman
saya dan keputusan radikal yang telah saya lakukan bagi diri saya sendiri. Itu
adalah masa rehat makan tengahari bagi pekerja-pekerja di kilang tersebut, dan
kegelapan ruang bilik itu sepertinya semakin mendekati saya.
Bekas
teman-teman sekerja saya menghabiskan jam-jam terakhir di waktu matahari terik,
memotong dan membentuk papan-papan kayu yang akan dihantar di seluruh dunia.
Pada waktu wisel dibunyikan, masing-masing akan mengeluarkan bekal makanan
tengahari dan duduk di bangku, sedia untuk makan, relaks, dan bergurau senda.
Saya sudah tahu apa yang sedang mereka lakukan, tapi saya tidak bersama mereka.
Benarkah saya percaya akan Tuhan? Benarkah kerja ini berhasil? Saya perlu
percaya untuk ianya berlaku.
Memori-Memori
Dalam Mencari Jawapan
Fikiran saya melayang kembali
pada waktu senja di gereja Pentekosta di mana pada pertama kali saya mendengar
dengan dicampur baur akan pengertian dan keseronokkan akan wahyu dalam baptisan Roh Kudus dan
karunia-karunia lidah yang disertai dengan pengalaman-pengalaman. Saya dan Rosalie
telah membincangkan segala apa yang kami dengar sepanjang dalam perjalanan
pulang ke rumah, sambil tiga anak kecil lelaki kami tidur berhimpit-himpit
dalam bangku belakang Volkswagen kami yang kerdil.
Rosalie telah menerima baptisan
Roh Kudus di akhir masa remajanya. Saya mula kehairanan sekiranya pengalaman
ini mungkin adalah jawapan bagi saya akan kehidupan yang penuh kekecewaan dan
berulang kali mengaku dosa saya yang sama seolah-olah tidak mampu ditanggalkan.
Nampaknya, ramai Kristian ,
transformasi berlaku sejurus selepas mereka dilahir kembali. Adakah ini benar,
sekiranya benar, mengapa sangat sukar bagi saya untuk berubah? Mungkinkah
bahasa doa melalui Roh Kudus adalah jawapan yang saya perlukan untuk melangkah
garisan yang tak terlihat dan sungguh-sunguh menjadi pemenang?
Tidak lama kemudian, saya kembali
ke rumah bersama Rosalie dan anak-anak lelaki saya selepas bersurai dari malam
pergelutan akibat dari kegagalan rohani dan peribadi saya. Rupa kekecewaan yang
terpancar pada wajah Rosalie sudah cukup untuk menghalau keluar pengaruh yan
masih berlegar-legar setelah minum bersama teman-teman. Suatu perasaan bersalah
bangkit dari dalam diri saya. Saya berada di pinggir jurang akan perasaan
kasihan pada diri sendiri dan hilang harapan.
Rosalie membawa anak-anak ke
kamar sedang saya duduk di dalam dapur, kepala saya tergantung dalam keadaan rasa
malu dan penyesalan. Kemudian dia berjalan ke arah saya dengan senyap mengambil
kedua-dua tangan saya, seolah-olah dia ingin katakan bahawa dia bersama-sama
dengan saya dalam pergelutan ini.
Sejak malam tersebut, Rosalie dan
saya mula berdoa dengan kerap kali bersama-sama, dan keinginan saya ialah untuk
mengetahui lebih dalam baptisan dalam Roh Kudus semakin bertumbuh. Kami berbicara
dengan lebih sering mengenai karunia ini. Saya sangat lapar dalam mengenal
Tuhan, sangat lapar akan jawapan-jawapan bagi persoalan-persoalan saya.
Dari situ saya mula mengetahui
tentang Ibrani 11: 6:
Tetapi tanpa iman tidak mungkin orang berkenan kepada
Allah. Sebab barangsiapa berpaling kepada Allah, ia harus percaya bahwa Allah
ada, dan bahwa Allah memberi upah kepada orang yang sungguh-sungguh mencari
Dia.
Adakah berdoa dalam bahasa Roh
adalah sebahagian daripada sungguh-sungguh mencari Dia?
Sekarang pada saat saya berlutut
dalam bilik berdoa dalam bahasa lidah, jawapan bagi soalan tersebut sepertinya
sangat penting. Saya kembali dari dunia memori-memori, pemikiran, Apakah yang sedang saya lakukan dalam ruang
bilik kecil ini, yang seharusnya saya bekerja selama lapan jam di kilang papan?
Adakah saya gila, atau adakah saya telah memulakan pengembaraan ke dalam
air-air Tuhan yang dalam?
“Meletakkan Masa Saya ke Dalam” bersama Tuhan
Jawapan akan soalan-soalan ini
masih jauh di depan sewaktu saya mulakan hari pertama di dalam bilik doa itu –
meletakkan masa saya di dalam Tuhan. Dapatkah seseorang benar-benar “masuk ke
dalam Tuhan” dengan tujuan – seperti yang Dia inginkan?
Biar
saya memberitahu kamu, jam-jam dalam bilik tersebut sangat panjang! Saya akan berdoa dalam bahasa lidah seolah-olah satu jam
dan kemudian melihat pada jam tangan saya. “Oh, tidak, hanya lima belas minit!”
Oleh itu saya mula berdoa lagi.
Beberapa
bulan seterusnya saya akan mulakan doa dalam bilik tersebut sama seperti masa kerja
saya di kilang papan. Apabila wisel kilang dibunyikan untuk menandakan
bermulanya waktu bekerja setiap hari, saya akan senantiasa berada dalam posisi
berlutut, sedia untuk berdoa.
Setiap hari, jam-jam akan terus
diheret, namun saya teruskan. Saya dapat menghafal warna-warna karpet yang
pudar dan juga dinding-dinding. Saya masih dapat ingat akan keadaan ruang bilik
tersebut sehingga sekarang, saya dapat mengambil pensil dan kertas dan
melakarkannya dengan terperinci dalam beberapa minit. Saya merasakan diri saya
dalam penjara.
Dari ruang bilik saya, saya dapat
menghidu bau kayu-kayu dibakar sedang gergaji-gergaji membelah pokok-pokok yang
tinggi. Saya dapat menggambarkan teman-teman saya membawa bekal dan menghirup
cawan-cawan kopi yang panas.
Satu hari saya mengalami
kesulitan mengenai waktu itu. Mengapa saya perlu berhenti dari pekerjaan untuk
melakukan hal ini? Apakah hasilnya dari berbahasa luar biasa ini?
Roh saya bangkit dan mengucapkan
Firman terhadap emosi saya yang bergelora: “Allah memberi upah kepada orang yang
sungguh-sungguh mencari Dia.” (Ibrani 11:6). Kemudian fikiran saya memancarkan
sebuah siri gambaran-gambaran emosi yang berterusan mengenai kegagalan saya
yang tak berhujung. Saya mendapati diri saya tercekik dalam emosi yang membawa
memori tersebut keluar. “Oh Tuhan,” Saya berseru, “biar firman itu menjadi
benar!” Kedamaian secara beransur-ansur mula menenangkan fikiran saya yang
sedang bermasalah.
Tuhan tidak memberitahu saya supaya berhenti kerja dan berdoa dalam Roh
selama lapan jam sehari. Ini adalah keputusan yang telah saya buat kerana
berada dalam keadaan yang terdesak. Saya
ingin lebih akan Tuhan namun tidak pasti bagaimana untuk mencarinya.
Dari pembacaan Firman, saya telah
belajar bahawa bahasa doa saya yang diberikan adalah untuk membangunkan diri
saya sendiri agar saya dapat mendoakan rahsia-rahsia, tetapi saya tidak
mempunyai genggaman akan kebenaran-kebenaran yang sesungguhnya. Masih tetap
dengan pendirian saya sekiranya mungkin bagi saya untuk membangunkan diri saya
sendiri dengan berdoa dalam bahasa lidah sehingga minda saya mampu menerima
rahsia-rahsia ilahi, itulah sebabnya saya melakukan hal tersebut.
Sambutan
semasa istirehat
Oleh itu
saya terus berdoa, setelah masa waktu yang lama, hari yang panjang. Agaknya
setelah dua bulan berikutnya. Datanglah seorang wanita di mana saya telah
bertemu di sebuah Charimatic Bible Study yang mendengar tentang apa yang saya
sedang lakukan. Pada suatu hari dia pergi ke gereja tersebut dan mengetuk pintu
bilik saya.
“Saudara Roberson, “ Dia memanggil, “Aku
mendengar kamu telah berdoa berjam-jam dan
berhari-hari.”
“Ya, Puan.”
“Aku mahu tahu, “ Dia berkata, “Bolehkah kamu
beritahu apa bezanya?”
“Maksud kamu apa perbezaaannya dalam
perjalanan saya bersama Tuhan atau apa?” Saya
bertanya.
“Tidak, Aku hanya mahu tahu, boleh kamu
beritahu apa perbezaannya?”
“Sebetulnya, boleh, “ Aku menjawab.
“Adakah kamu keberatan untuk
mengongsikannya?”
“Tidaklah,” Saya berkata. “Lidah saya sudah
letih, kerongkong saya kering, dan dagu saya
lelah.”
“Dengan gugup dia membalas, “Maafkan aku, aku
perlu pergi.” Begitulah akhir
percakapan kami!
Setelah
beberapa bulan berikutnya. Saya telah terkurung dalam bilik doa berdoa selama
tiga bulan. Wanita yang sama juga kembali dan mengetuk pintu bilik tersebut.
“Saudara Roberson,” sahutnya, “Tahukah kamu
gereja mana yang aku sedang pergi.”
“Ya, Puan, saya tahu,” Saya membalas.
“Tahukah kamu mereka tidak percaya akan doa
dalam bahasa lidah.”
“Ya, saya tahu.”
“Baiklah, gerejaku sedang
mengadakan ibadah kesaksian pada akhir minggu di mana beberapa orang awam dari
beberapa daerah datang berkumpul untuk memberitahu hal-hal yang baik yang Tuhan
telah lakukan pada mereka. Sudikah kamu datang?”
Saya berfikir, Seharusnya kamu percaya saya sudi untuk
datang! Saya akan gunakan apa jua alasan untuk keluar dari ruang bilik ini! Saya
beritahu wanita tersebut, “Kita jumpa di sana!”
Oleh itu saya berlari pulang ke
rumah, menukar pakaian, dan tergesa-gesa ke rumah di mana mereka adakan
pelajaran Alkitab pada waktu pagi. Saya tiba lewat di ibadah tersebut, oleh itu
saya tidak tahu bahawa wanita tua yang duduk bersebelahan saya perlu berjalan
dengan menggunakan tongkat ketiak, di mana seseorang perlu meletakkan tongkatnya
di sudut yang berdekatan. Saya tidak tahu bahawa wanita tersebut lumpuh pada
sebelah kakinya.
Saya
duduk di sana, sedang menunggu pembicara untuk memulakan penyampaiannya. Saya
sangat teruja. Saya telah terkurung dalam bilik doa selama tiga bulan. Sekarang
bukan sahaja saya bersama dengan orang-orang, tetapi juga mendengar khutbah
secara langsung oleh orang yang hidup! Saya tidak sabar menantikannya.
Akhirnya
saudara tersebut berdiri untuk berbicara, memegang sejumlah besar timbunan
nota. (Sekiranya nota itu dalam bentuk gulungan, mungkin dapat menggulung
keluar sehingga di belakang rumah tersebut!). Dia tidak berbicara dengan
panjang sehinggalah dia memberi maksud baharu iaitu tidak perlu dipenuhi dengan
Roh Kudus!
Dengan
huraian yang panjang dan suara kaku dan nada datar, saudara tersebut bersyarah
tentang “Yesus, Makhluk Syurgawi Besar yang adalah Perantara,” “Masalah umat
manusia,” dan “A-l-a-h Maha Kuasa.” Saya yang duduk di kerusi, sedang berfikir,
Apa yang sedang saya lakukan? Ini sungguh
teruk! Lebih baik saya pulang ke bilik doa saya!
Tuhan
beraksi tanpa disedari
Fikiran saya terapung-apung masuk
dan keluar dari ibadah. Saya tidak tahu apa yang seharusnya saya lakukan. Bagi
keseronokkan sendiri, saya mula menggoncangkan cawan kopi saya agar saya dapat
melihat gelung-gelung riak pada sudut cawan tersebut.
Di tengah-tengah kebosanan, saya
memandang wanita tua di sebelah saya. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi.
Saya tidak merasakan apa-apa urapan. Saya tidak merasakan apa-apa pun! Tetapi
pada waktu saya memandang pada wanita ini, tiba-tiba saya melihat sesuatu yang
tergantung di antara saya dengan dia kelihatannya seperti sebuah X-ray pangkal pinggul
pada seseorang. Pangkal tersebut mempunyai suatu yang gelap di sekeliling bulatan
sendi, menyambungkan pada tiga atau empat inci ke bawah kaki.
Saya hampir menjatuhkan cawan
saya dalam keadaan memeranjatkan! Saya terkerdip-kerdip, namun gambaran X-ray
tersebut tetap tinggal di mata saya. Saya memandang sekeliling untuk melihat
sesiapa lagi yang boleh melihat seperti apa yang sedang saya lihat. Nampaknya,
tidak ada seorang pun yang boleh.
Tatkala saya duduk melihat pada
X-ray tersebut, saya mula berdoa, Oh,
Tuhan, oh, Tuhan – apakah semuanya ini? Adakah Engkau mahu saya untuk mendoakan
wanita ini? Apa sebabnya Engkau mahu saya melakukan ini? Tuhan tetap tidak
bersuara.
(Kemudian sewaktu saya sedang
mengongsikan kesaksian ini semasa satu ibadah, Tuhan berbicara pada roh saya,
berkata, “Anak, mahukah engkau mengetahui mengapa Aku tidak berbicara kepadamu
pada waktu itu – mengapa Aku membiarkan engkau meneruskan dan mengacaukan
ibadah tersebut? Kerana jikalau Aku tidak mendengarkan orang tersebut mengajar,
mengapa Aku harus membuatkan kamu untuk mendengarkannya?” Sesungguhnya ianya
adalah wahyu!)
Oleh itu saya mendekati wanita
tua itu dan berkata, “Puan, kamu mempunyai masalah dengan pinggul!” Dia menoleh
dan memerhatikan saya untuk waktu yang lama.
Tiba-tiba perkataan “arthritis” (radang sendi) melompat
keluar dari roh saya. Saya mengeluarkan perkataan itu, “itu ialah arthritis pada sebelah kanan pinggulmu!”
Dia memerhatikan saya untuk waktu
yang lama dan kemudian berkata, “Itulah yang doktor memberitahuku, ya orang
muda.”
Saya berteriak, “kemuliaan bagi
Tuhan!”
“Baiklah, maafkan saya!” Dia
membalas.
“Oh, maksud saya, Tuhan mahu
menyembuhkan kamu, Puan. Bolehkan saya doakan kamu?”
Wanita tua itu terus memandang
saya. Ingatkah bahawa gereja ini tidak percaya dalam bahasa lidah. Begitu juga
wanita tersebut, permintaan saya bermaksud bahawa di masa saya sendiri akan
mengingati dalam waktu doa peribadi saya sendiri.
Namun itu bukan doa yang saya
maksudkan. Saya adalah Pentekostal, seorang yang suka melompat dari kerusi dan
seorang yang berseru lantang!
Akhirnya wanita tua itu menjawab,
“Ya, kamu boleh doakan aku.”
Tidak lama setelah dia berkata
demikian, saya melompat keluar dari kerusi saya, berlutut di depannya, mencapai
kedua buku lalinya, dan menarik ke arah saya. (Manakala, si lidah-emas tersebut
masih sedang “berbicara”!) Kemudian saya melihat ke bawah kakinya dan berfikir,
Oh, oh! Sebelah kaki lebih pendek enam
inci dari yang di sebelah!
Saya berfikir “Oh, tidak, ini sungguh mengerikan! Tidak pernah saya melihat mukjizat yang wanita ini perlukan! Saya
sangat takut untuk menatapnya, oleh itu saya menutup mata, dengan berteriak “Di
dalam Nama Yesus…!”dan mula berdoa yang paling lantang, lebih kuat dari
jenis doa jemaat ultra-Kekudusan.
Mereka yang menyaksikan peristiwa
tersebut memberitahu saya kemudian bahawa pada saat sebutan Nama yang maha kuasa
itu, kaki wanita yang pendek sebelah retak dan muncul; kemudian tiba-tiba
tumbuh keluar sehingga sama panjang dengan kaki di sebelah!
Wanita tersebut telah disembuhkan
dengan begitu segera – tetapi saya tidak mengetahuinya! Saya masih menutup
mata, dan sedang berdoa dengan lantang. Dan di dalam semangat saya, saya hampir
bergelut dengan wanita tersebut untuk keluar dari tempat duduknya ke atas
lantai sebelum yang lain melepaskan saya dari pegangan buku lalinya!
Namun Tuhan tidak memerlukan
pertolongan saya. Dia munculkan kaki tersebut tanpa saya sedari! Pada akhir
saya membuka mata dan melihat mukjizat ini, saya terkejut seperti semua orang
yang lain!
Kira-kira pada waktu saya mula
mendoakan wanita tersebut, orang yang sedang berbicara mendapatkan penolongnya
dan berbisik, “Pergi dapatkan orang itu dan hentikannya!” (Saya benar-benar
tidak menyalahkan dia; kerana saya telah merosakkan ibadahnya dengan doa saya
yang begitu lantang!)
Penolong itu menuju ke arah yang
penuh kekecohan itu dan, menurut mereka yang menyaksikan peristiwa tersebut,
tiba pada saat mukjizat itu berlaku. Dia hampir mencapai saya setelah dia
melihat kaki wanita yang pendek itu tiba-tiba tumbuh enam inci.
Oleh itu daripada mendiamkan
kekecohan tersebut, orang ini membisu kerana ketakjuban. Dia belum pernah
melihat mukjizat sebelumnya. Dia juga tidak berkata-kata dalam bahasa lidah!
Apabila sesuatu yang luar biasa ini terjadi, orang ini sungguh tidak percaya
akan segalanya. Sewaktu dia melihat mukjizat ini, dia termangu-mangu. Inilah
masa Tuhan!
Si lidah-emas tersebut mengakhiri
mesejnya dengan soalan. “Apakah peristiwa-peristiwa yang paling luar biasa yang
mungkin diberikan kepada Tuhan dalam hidupmu?” sementara yang lain sedang
kehairanan apa yang dimaksudkan, penolong tersebut menjawab soalan tersebut
dengan menunjukkan kepada wanita tua yang sudah disembuhkan dan dengan pantas
serta gugup berkata, “Di sini!” Penyembuhan wanita tua ini tentunya sungguh
pasti peristiwa yang luar biasa yang pernah dilihat!
Selepas kebaktian, pembicara
tersebut datang pada wanita tua yang kecil itu dan cuba memberitahu dia, “Puan,
Tuhan tidak melakukan mukjizat pada masa kini mahupun pada zaman ini.”
Namun wanita tua itu membalas,
“Kamu mahu bertaruh, Sonny? Kamu mahu bertaruh?” Kemudian dia merangkul tongkat
tersebut dan mula berjalan di sekeliling ruang tersebut. Dia mengayunkan
tongkat tersebut ke belakang dan ke depan, dan menggunakan tongkat tersebut
untuk memegang orang-orang sementara menunjukkan kepada mereka bagaimana
pinggulnya sudah disembuhkan.
Selepas persekutuan di rumah
tersebut, segenap umat menghadiri majlis makan malam yang istimewa di gereja.
Kerana ada sebab tertentu mereka tidak menjemput saya. (Saya hairan kenapa!)
Tetapi Tuhan tidak memerlukan saya untuk dijemput bagi tujuan-Nya sudah
digenapi – wanita tua tersebut hadir!
Sebelum orang-orang menjalankan
tugas masing-masing, wanita kecil itu melompat dan memberi kesaksian di majlis
makan. Setelah selesai, dia berteriak, “Apa yang Tuhan telah lakukan padaku,
Dia juga akan lakukan pada kamu!” Tempat tersebut menjadi riuh dengan teruja.
Setelah itu, wanita yang
menghadiri majlis makan mencari wanita tua itu. Wanita ini telah mengalami
kemalangan kereta dan sekarang tidak mampu membengkokkan badannya. “Kamu fikir
Tuhan boleh sembuhkan saya?” Dia bertanya.
Wanita tua itu berkata, “Aku
fikir dia mungkin boleh. Mari panggil saudara yang mendoakan saya.”
Pada waktu itu, saya telah pulang
ke rumah, menukar pakaian, dan sedang sibuk bekerja di halaman rumah. Telefon
sedang berdering; itu adalah wanita tua yang telah menerima mukjizat. Dia
menjelaskan keadaan wanita tersebut dan meminta supaya mereka dapat datang agar
saya dapat mendoakan wanita tersebut.
Saya hampir berkata, “Engkau
boleh membawa dia dan sesiapa saja dari antara kamu untuk tumpangkan tangan
atasnya!” (Saya masih Namun
setelah itu Roh Kudus berbicara kepada roh saya dengan begitu lantang: “Pergi
ke dewan utama gereja.” Oleh itu saya memberitahu wanita tersebut, “Saya akan
bertemu dengan engkau dan rakanmu di gereja.”
Sesudah itu ada kesenyapan di
akhir perbicaraaan. Tidak lama kemudian, saya mendengar kedua wanita tersebut
berbisik di antara satu dengan yang lain. Kemudian wanita tua itu berkata
kepada saya, “Baiklah, kami akan bertemu dengan engkau di depan gereja.”
Setibanya saya di gereja, kedua
wanita tersebut bertemu dengan saya dan cuba untuk membawa saya ke sebuah bilik
di bawah tanah gereja, jauh dari semua orang. Namun saya tetap berbicara dengan
apa yang telah Roh Kudus bicarakan ke dalam roh saya: “Ruang utama dewan. Kita
perlu pergi di ruang utama dewan.” Akhirnya, wanita-wanita tersebut menyerah
dan membawa saya ke dewan utama, di mana orang-orang sedang berdiri di sebuah
bulatan kecil, mengadakan persekutuan bersama.
Saya berdiri di sana, melihat
pada orang-orang tersebut. Saya tidak tahu apa yang harus dilakukan. Saya
berada di sana kerana saya sedang mentaati Roh Kudus. Kemudian penolong yang
telah menyaksikan mukjizat tersebut berkata, “Uh, saya fikir orang ini mahu
berbicara sesuatu.”
Saya fikir, Adakah saya? Saya belum pernah berkhutbah sebelum ini, dan saya
sangat takut. Setiap orang memandang saya dengan rasa hormat. Dengan segan dan
takut, saya memulakan dengan memberi kesaksian wanita tua tersebut. Tiba-tiba
Roh Kudus jatuh ke atas saya, dan saya telah ditangkap oleh Hadirat Tuhan yang
dasyat dan berkuasa. Karunia iman telah turun atasku (meskipun pada saat
tersebut, saya tidak mengertinya), dan saya mendengar sendiri bahawa saya
sedang berkata-kata akan hal-hal yang sangat baik, saya tahu tentunya bukan saya yang sedang berkhutbah; saya tidak
pintar. Saya ingin keluar dari tubuh saya dan mengambil catatan-catatan
tersebut!
Kemudian sementara karunia iman
masih berlangsung, saya melihat pada seorang muda. Sedang saya berjalan ke
arahnya, tiba-tiba bahagian bahunya menjadi kelihatan bening seperti sebuah
X-ray, dan dalam Roh saya melihat sendi bahu dan masalah yang berkaitan. Orang
muda itu hanya mampu mengangkat tangannya sedikit saja.
Saya berkata pada orang muda itu,
“Bahumu akan disembuhkan!” Semakin dekat saya menghampirinya, semakin dia rasa
mengerikan. Matannya menjadi besar, dia menyandar sejauh yang mungkin dari
saya. Namun tidak dapat membantunya – saya berlari ke arahnya dan merangkul
pada pergelangan tangannya. Kemudian saya berkata, “Dalam Nama Tuhan Yesus!”
lalu menyentak tangannya di udara.
Orang muda itu menjerit sewaktu
tangannya terangkat naik – kemudian dia melihat saya dalam takjuban lalu
berkata, “Mengapa ianya tidak sakit!”
“Engkau mengagak ianya tidak
sakit!” Saya membalas. Lihatlah, karunia iman ada di atasku. Saya mempunyai
fikiran Tuhan. Saya beraksi bersama iman Tuhan, yang telah membebaskan bahu
yang beku.
Tidak lama pada malam tersebut,
sewaktu karunia iman tidak beracara lagi, saya berbaring di katil, sedang
berfikir, Roberson, engkau sangat bodoh!
Apa yang akan berlaku sekiranya tangan
orang itu patah? Saya tidak tahu bahawa sewaktu karunia iman beroperasi,
seseorang itu akan berfikir seperti apa yang Tuhan fikirkan, dan dia mungkin
akan melakukan sesuatu yang tidak masuk akal secara alamiah.
Kemudian wanita tersebut yang
tidak mampu membengkokkan badannya berlari ke arah saya. Iman yang luar biasa
tersebut masih berada di atasku. Saya meletakkan tangan di belakang lehernya
dan membengkokkan dia ke bawah sehingga dia menyentuh jari-jari kakinya. Dia
dengan segera telah disembuhkan dengan kuasa Tuhan.
Mukjizat-mukjizat terus
berlangsung. Akhirnya para tua-tua datang dari setiap sudut gereja dan berkata
“Kami putuskan semuanya ini! Orang ini telah menjadikan tempat ini gila. Kami tidak
akan benarkan semuanya ini!”
Tetapi sebelum sesuatu mereka
dapat lakukan, saya berteriak, “Ada sesiapa mahu dapatkan apa yang saya telah
peroleh?” Dengan segera semua anak muda datang berlari ke arah saya, dan saya
mula mendoakan mereka. Mereka semua mula dipenuhi dengan Roh Kudus,
berkata-kata dalam bahasa lidah dan jatuh di bawah kuasa Tuhan. Orang-orang
dewasa tidak mengerti sama sekali apa yang sedang berlaku! Mereka mendekati
anak-anak muda tersebut dan merasakan nadi mereka, “Adakah kamu okey?” Mereka
bertanya. (Ramai di antara anak-anak muda tersebut masih melayani Tuhan
sehingga sekarang; beberapa di antara mereka telah menghabiskan pengajian di
sekolah Alkitab.)
Orang-orang ini berkata-kata
dalam bahasa lidah di seluruh dewan, dan para tua-tua dalam keadaan kekalutan.
Apabila mereka mencuba mengembalikan keadaan menjadi normal, saya menyelinap
keluar di sudut pintu. Saya sangat tenggelam dalam Roh, sangat sukar bagi saya
untuk mengetahui saya sedang berada di mana. Saya tidak mampu berbicara. Saya
berjalan turun dengan terhuyung-hayang di sepanjang lorong jalan sehingga saya
menemukan tiang besi yang menopang gereja tersebut. Saya menyandar pada tiang
tersebut dan menangis seperti seorang bayi.
Tuhan baru saja menggunakan saya!
Oleh kerana latar belakang saya, mindaku tidak mampu menyelami kebenaran bahawa
Tuhan semesta alam – Peribadi yang sering menghukum seperti yang telah
diajarkan oleh jemaat ultra-Kekudusan – sanggup memenuhi ruang dalam diri saya
dan melaksanakan mukjizat melalui saya. Saya tidak dapat menjelaskan perasaan
tersebut. Saya benar-benar tahu akan pelanggaran-pelanggaranku; saya
benar-benar mengenal diri saya sendiri. Untuk memikirkan pekerjaan Tuhan
bersama saya dan melalui saya bagi menubuhkan Kerajaan-Nya di bumi sangat sukar
bagi saya untuk selami.
Mengapa harus Tuhan mengggunakan
orang seperti saya? Segala hidupku yang lahir baru, tahun-tahun yang telah
dipenuhi dengan Roh Kudus, saya baru mengetahui bahawa saya mempunyai panggilan
Tuhan dalam hidup saya. Dan saya sering lapar unutk mengenal-Nya serta
kuasa-Nya. Namun tiada seorang pun memberitahu saya bagaimana untuk berjalan
dalam kuasa Tuhan dengan ada tujuan – tidak ada seorang pun! Mereka hanya mampu
memberikan saya perkara umum dengan samar-samar yang tidak dapat memuaskan
kelaparan saya yang dalam.
Mengungkapkan Hukum Rohani
Tanpa Disengajakan!
Kemudian, sewaktu saya menyandar pada tiang tersebut, tiba-tiba segala
nubuat mula mengalir, dan saya menerima wahyu pengetahuan yang hati saya telah
mencari selama ini. Saya tidak tahu bagaimana untuk menyatakannya dengan
lantang apa yang telah saya dengar di dalam roh saya.
Roh Kudus berbicara kepada saya, “Anak, urapan ini tidak datang secara
tiba-tiba atasmu kerana ianya telah didestinasikan bagi pertemuan tersebut
sebelum dasar-dasar dunia dijadikan. Ianya tidak datang padamu kerana hormat
akan panggilan penginjilanmu. Saya berharap kalaulah semua penginjil-Ku
berjalan dalam kuasa-Ku.
“Urapan ini tidak datang padamu kerana panggilanmu, kepercayaanmu,
warnamu, atau bangsamu. Ianya datang padamu kerana kamu telah mengungkapkan suatu hukum rohani: berdoa dalam bahasa lidah
bagi membangunkan peribadimu sendiri. Hukum tersebut membawa dengan jaminan
kuat untuk membina kamu di atas imanmu yang paling suci – bahagian daripadamu
di mana iman itu timbul.
“Kamu telah mendapatkan sesuatu yang boleh kamu lakukan dengan tujuan
untuk membangunkan diri kamu sendiri – sebanyak yang kamu mahu, selagi kamu
mahu, di manapun kamu pergi. Melalui doa dalam Roh Kudus, kamu dapat membina
dirimu sendiri di atas jalan di mana deria jasmanimu membantutkan dan
menyakinkanmu bahawa Firman Tuhan tidak seperti demikian, untuk berjalan dalam
jalan yang bersemangat, dicaskan oleh Roh, dan bebas dalam Roh Kudus.”
Setelah menjadi sangat lapar akan kuasa Tuhan pada waktu yang begitu
lama, saya dengan tidak sengaja telah membongkarkan salah satu daripada kunci
yang paling penting untuk bertumbuh sebagai penginjak-setan, iman yang dapat
memindahkan gunung – berdoa dalam bahasa lidah bagi membangunkan diri sendiri.
Adakah anda fikir setelah mendapat kunci utama untuk membongkarkan
rahsia-rahsia ilahi, adakah sesiapa dapat menghalang saya keluar dari bilik doa
saya? Tidak sesekali! Saya mempunyai rancangan ilahi yang perlu saya selidiki!
Terdapat sebuah perbuatan Roh
Kudus
Di mana kamu tidak begitu
mengetahuinya.
Namun sambil kamu terus bertumbuh
dan berjalan
Dalam Roh-Ku
Aku akan menunjukkan pada kamu
hal-hal di mana Gereja Mula-Mula
Telah berjalan melaluinya.
Aku akan menunjukkan pada kamu
hal-hal yang telah mencetuskan
Perbuatan Roh-Kudus
yang ramai telah datang dari
pelbagai kota di sekeliling,
dan Kuasa-Ku yang telah
dinyatakan dan
sangat terbukti bahawa mereka
telah disembuhkan,
setiap dari antara mereka.
Aku akan menunjukkan pada kamu
Ruang Maha Kudus
Di mana pelayanan-pelayanan telah
dilahirkan.
Aku akan menunjukkan pada kamu
unsur-unsur
Yang telah ditinggalkan sekarang
–
Unsur-unsur di mana orang-orang
telah melihatnya dengan jelas,
Dan mereka telah berusaha
sehingga mereka mendapatkan
Kepenuhan dari Roh.
Aku akan menunjukkan pada kamu
hal-hal yang telah manusia lapar akan
sesuatu yang hanya dapat
dipuaskan melalui perhubunganmu
Bersama Tuhan.
No comments:
Post a Comment