1. Sebaik-baiknya, jangan bersendirian
bersama seorang anak (berlainan jantina) di mana orang lain tidak melihat
kegiatan apa yang sedang kamu lakukan. Walaupun membiarkan pintu-pintu terbuka.
Jika tidak, (seperti contoh bilik kaunseling) seorang dewasa perlu di tempat
yang sama, memastikan kegiatan apa yang sedang berlaku. Anak tersebut perlu
tahu terdapat orang dewasa di situ dan mengenal siapa mereka.
2. Bersikap menghormati harga diri tidak
kira usia mereka; berjaga-jaga dengan bahasa, nada suara, dan bagaimana
menampilkan diri kamu yang sopan.
JANGAN TERLIBAT DALAM KEGIATAN-KEGIATAN DI BAWAH
INI:
1. Melanggar
tempat sulit anak-anak seperti mengintai sewaktu mereka berada di tandas atau
sedang mandi;
2. Bersikap
kasar secara fizikal atau bermain permainan yang merangsang seksual.
3. Memberi
komen secara seksual tentang anak atau kepada seorang anak walaupun di dalam gurau
senda.
4. Sentuhan
yang tidak wajar, tidak senonoh dalam bentuk apa pun;
5.
Mempermainkan, mencemuh atau menolak anak;
6. Belajar
mengawal dan mendisiplinkan anak tanpa menggunakan hukuman fizikal.
7. Pastikan
seorang dewasa yang lain turut hadir sekiranya, sebagai contoh seorang anak
kecil telah mengotorkan pakaiannya dan perlu dicuci, atau seorang anak yang
perlu menggantikan lampin.
8. Jangan
biarkan anak mencari perhatian secara seksual atau sentuhan fizikal yang
melampau. Dapatkan nasihat daripada pemimpin mengenai anak yang berkelakuan
sedemikian.
9. Jangan menjemput
seorang anak ke rumah kamu sendirian. Jemputlah secara berkumpulan, atau
pastikan ada orang lain di dalam rumah. Pastikan ibu bapa anak tahu di mana
mereka berada.
10. Jangan
tumpangkan anak pulang sendirian walaupun bagi perjalanan yang dekat. Jika
mereka bersendirian, minta anak itu duduk di belakang.
11. Asingkan
tempat tidur untuk kanak-kanak. Jangan berkongsi tempat tidur.
INGAT, KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UMUR 18 TAHUN KE
BAWAH.
a. Sekiranya
kamu mendapati seorang pelayan atau orang dewasa berkelakuan salah, bersiap
sedialah untuk menegur mereka atau laporkan kepada pemimpin gereja.
b. Kita harus
membimbing anak di dalam sikap mereka, menjadi tegas, tetapi juga pengasih dan
konsisten. Sebagai orang dewasa, kita harus menunjukkan kepada anak teladan
baik yang boleh dicontohi. Jangan sesekali menghentam, memukul atau menggoncang
seorang anak. Jangan berteriak atau merendah-rendahkan seorang anak.
c. Semasa
memberi arahan di dalam kumpulan, jangan mengucapkan kata-kata sumpahan,
bersifat perkauman, memanggil dengan nama olokkan; jaga harta benda.
d. Lebih baik
menegur secara peribadi, jangan di hadapan ramai orang.
e. Jelaskan
bagaimana kamu mahu mereka berkelakuan.
f. Menentang
kelakuan buruk, bukannya anak itu katakan: ‘Kamu sudah berbohong’ jangan ‘Kamu
adalah pembohong.”
g. Beri
galakan kepada setiap kanak-kanak, memerhatikan kelakuan baik dan memberi
pujian.
h. Beri
pandangan mata yang positif untuk mendorong anak.
i. Berdoa bagi
kumpulan (kelas) kamu dan bersama mereka.
No comments:
Post a Comment