Kem Muda-Mudi
Draf Pertama
A) Membentuk Sebuah Ahli Jawatan Kuasa Kem Muda-Mudi.
·
Siapakah yang perlu terlibat
dalam merancangkan Kem muda-mudi?
(cth. Ibu bapa, pekerja belia, gembala,
lain-lain?)
·
Apakah peranan dalam
perancangan dan penyediaan bagi Kem muda-mudi dan siapakah yang
bertanggungjawab bagi setiap peranan?
B)
Tentukan Tujuan bagi Kem Muda-Mudi
·
Apakah tujuan Kem?
·
Siapakah kumpulan target?
Siapakah yang kamu ingin hadir dalam kem tersebut? (golongan usia, Kristian,
kawan-kawan daripada muda-mudi dll.)
·
Tuliskan penerangan yang jelas
mengenai Kem muda-mudi dan tujuan-tujuannya.
C) Rancangkan
dengan Teliti Kem Tersebut.
·
Apakah nama rasmi bagi kem
muda-mudi? Adakah nama tersebut menghubungkan tujuan dan isi kandungan yang
jelas? Apakah tema bagi Kem? Bagaimanakah tema menggabungkan semua aspek daripada Kem muda-mudi?
·
Adakah kamu memerlukan sebuah
kurikulum Kem muda-mudi?
·
Bilakah tarikh dan masa bagi Kem
tersebut?
D)
Program dan Jadual Sementara.
·
Apakah aktiviti yang akan
memenuhi masa sepanjang Kem tersebut? RANCANGKAN DENGAN LEBIH dan cari
ALTERNATIF. (contoh pecah ais, pelajaran Alkitab, rekreasi, permainan luar dan
dalam, tayangan video,) permainan bagi kumpulan besar, sukan, perbincangan,
khidmat awam dan sbg.) Sekiranya kamu menggunakan kawasan luar, lakukan
penelitian yang khusus agar dapat membantu kamu menyediakan permainan dan
aktiviti dengan lebih baik.
Tetapkan waktu tidur dan waktu
bangun. Jangan mengharapkan muda-mudi akan tidur pada waktu yang seharusnya,
tetapi ambil masa di mana semua orang akan terlena dengan aktiviti yang senyap
dan ambilah kesempatan untuk memadamkan semua lampu dan tiada suara lantang
pada masa tersebut. Dan juga tetapkan masa untuk bangun, terutamanya jika kamu
menyediakan sarapan pada waktu pagi. Ramai muda-mudi tidak akan tidur pada hari
pertama dan hari terakhir semasa Kem muda-mudi.
E)
Kewangan Kem Muda-Mudi
·
Apakah bajet bagi kem tersebut?
·
Apakah anggaran perbelanjaan
yang sebenar bagi semua aktiviti.
·
Perbelanjaan bagi pengkhutbah
undangan (pengangkutan, penginapan dan makanan)
·
Perbelanjaan kemudahan (Tempat
tinggal, ruang dewan, perlengkapan)
·
Pengangkutan bagi muda-mudi
·
Kurikulum (nota pengajaran),
risalah, kemeja-T, dan barangan lain-lain bagi peserta Kem.
·
Bekalan bagi kraftangan.
·
Perlengkapan khusus/
perlengkapan rekreasi.
·
Apakah terdapat sponsor /
sumber bekalan makanan bagi kem tersebut?
·
Apakah anggaran sebenar bagi
yuran peserta Kem? Adakah terdapat kos subsidi?
·
Adakah sokongan kewangan
disediakan? (bagi yang kurang mampu)
·
Adakah yuran berubah bagi yang
awal dan yang lambat mendaftar?
·
Bilakah tarikh penyertaan Kem?
·
Bilakah tarikh akhir penyertaan
Kem?
F) Aturan Kem Muda-Mudi
· Lokasi Kem ?
·
Rekrutkan sukarelawan.
·
Siapakah pengkhutbah undangan?
·
Adakah sesiapa yang sudah
terlatih di dalam mengendalikan rawatan kecemasan atau kecederaan.
·
Apakah makanan yang boleh
disediakan bagi kem tersebut? Makan malam? Snek? Sarapan? Kuantiti? Makanan dan
snek yang dihidangkan seharusnya memenuhi keperluan bagi setiap peserta. Adakah
terdapat sebarang had di dalam penyediaan makanan? Snek?
·
Pengangkutan bagi kem?
·
Apakah barang-barang yang perlu
dibawa oleh peserta? (beg tidur, bantal, snek, permainan, baju renang, tuala,
berus gigi dan ubat gigi, pakaian dan kasut yang selesa?)
·
Apakah maklumat ibu bapa yang
perlu disediakan bagi setiap peserta yang hadir?
·
Adakah kamu menyediakan senarai
maklumat peribadi bagi mereka yang bertanggungjawab bagi peranan besar dan
tugas-tugas yang dijalankan pada kem tersebut?
·
Penyusunan masa tidur –
asingkan ruang tidur bagi lelaki dan perempuan. Setiap ruang bilik memerlukan
pengawas yang berjaga-jaga.
·
Bilakah masa bagi peserta untuk
sampai di kem tersebut?
·
Apakah undang-undang yang
dikuatkuasakan pada kem muda-mudi tersebut?
·
Pengumuman secara lisan
ØPengumuman semasa kebaktian
ØSkit? (Lakonan yang pendek dan lucu)
ØPerjumpaan sebelum kem
ØPanggilan telefon
·
Publisiti yang dicetak
ØRisalah promosi
ØBuletin gereja
ØKalendar Muda-Mudi/ acara Gereja
ØUndangan
ØBorang pengisian
ØPoster
ØLaman web/emel/ mesej bertulis
H)
Perlengkapan dan sumber-sumber yang diperlukan semasa kem.
·
Adakah meja dan kerusi
mencukupi?
·
Ruang tempat tidur?
·
Sound system? Muzik?
·
Lampu/ special lighting?
·
Perlengkapan khusus?
·
Papan permainan? Perlengkapan
sukan, bahan-bahan bagi permainan?
·
Sekuriti?
·
Borang peminjaman
barang/Mengembalikan peralatan yang dipinjam.
I)
Penyediaan terakhir bagi Kem.
·
Menyelesaikan program jadual
bagi kem.
·
Sediakan suatu senarai peserta
– borang kebenaran daripada ibu bapa/ penjaga sebelum menghadiri perKeman.
Pastikan maklumat peribadi disimpan dalam sebuah fail dan sediakan maklumat
asal dan maklumat salinan.
·
Sediakan senarai staf/ sukarelawan.
·
Sediakan senarai maklumat ibu
bapa.
J)
Latihan bagi sukarelawan.
·
Pastikan sukarelawan sangat
jelas dengan peraturan kem.
·
Tugaskan dari beberapa orang
yang bertanggungjawab bagi membersihkan sebarang kotoran? Dapur? Tandas? Bilik
tempat tidur? Kawasan koridor?
·
Ingatkan kepada sukarelawan
agar mereka dalam keadaan yang bersedia untuk memberi bantuan dan fleksibel.
K) Struktur organisasi Kem
·
Sediakan senarai sebarang
keperluan yang perlu dijalankan sebelum ketibaan peserta.
·
Sediakan senarai sebarang
keperluan yang perlu disiapkan selepas peserta meninggalkan kem.
L) Hari pertama Kem muda-mudi
·
Sediakan permainan/ aktiviti
·
Pamerkan peraturan-peraturan di
dalam kem. Setibanya peserta kem ingatkan kepada
mereka peraturan-peraturan penting. Pastikan penerangan yang disampaikan itu
jelas. Ini akan membantu mengurangkan konflik yang bakal hadir semasa Kem
tersebut.
·
Penyediaan identiti peserta
dengan kemeja-T, tag nama atau topi?
M) Selepas Kem muda-mudi
·
Kembalikan semua barang yang
dipinjam.
·
Ucapkan terima kasih kepada
semua yang hadir dan semua yang terlibat dalam menjayakan kem tersebut.
·
Bertemu dengan semua ahli
jawatan kuasa dan lakukan evaluasi dengan bertanya. Apakah semuanya baik?
Apakah pengajaran yang telah kita terima? Apakah pembaikan yang perlu?
·
Ulasan daripada laporan dan
langkah-langkah untuk menaik taraf kem.
·
Senaraikan perancangan untuk
masa depan.
Peringatan khusus bagi Kem muda-mudi
·
Sediakan aktiviti yang lebih
supaya muda-mudi tidak berasa bosan semasa kem tersebut.
·
Rancangkan pelajaran Alkitab
dan perbincangan rohani pada permulaan hari di mana ramai yang dalam keadaan
yang segar dan perbincangan haruslah dilakukan bukan pada masa mereka kurang
tidur atau terlebih makan gula! Pada awal malam, sebelum lewat sangat penting
bagi waktu penyembahan dan kebaktian.
·
Jadualkan rekreasi dan
akitiviti-aktiviti yang menyeronokkan pada waktu petang (di mana peserta sering
kali merasa mengantuk dan mudah terganggu.)
·
Pastikan aktiviti yang
memerlukan tenaga yang banyak disediakan (Supaya di malam hari mereka terus
merasa letih dan mudah terlena.)
diterjemah oleh Geraldine V.
#sumberdarilamanweb.