Sunday, 11 December 2016

PRINSIP ROHANI BAGI SEMUA YANG TERLIBAT DALAM PELAYANAN KANAK-KANAK


1.         Sebaik-baiknya, jangan bersendirian bersama seorang anak (berlainan jantina) di mana orang lain tidak melihat kegiatan apa yang sedang kamu lakukan. Walaupun membiarkan pintu-pintu terbuka. Jika tidak, (seperti contoh bilik kaunseling) seorang dewasa perlu di tempat yang sama, memastikan kegiatan apa yang sedang berlaku. Anak tersebut perlu tahu terdapat orang dewasa di situ dan mengenal siapa mereka.
2.         Bersikap menghormati harga diri tidak kira usia mereka; berjaga-jaga dengan bahasa, nada suara, dan bagaimana menampilkan diri kamu yang sopan.
JANGAN TERLIBAT DALAM KEGIATAN-KEGIATAN DI BAWAH INI:
1. Melanggar tempat sulit anak-anak seperti mengintai sewaktu mereka berada di tandas atau sedang mandi;
2. Bersikap kasar secara fizikal atau bermain permainan yang merangsang seksual.
3. Memberi komen secara seksual tentang anak atau kepada seorang anak walaupun di dalam gurau senda.
4. Sentuhan yang tidak wajar, tidak senonoh dalam bentuk apa pun;
5. Mempermainkan, mencemuh atau menolak anak;
6. Belajar mengawal dan mendisiplinkan anak tanpa menggunakan hukuman fizikal.
7. Pastikan seorang dewasa yang lain turut hadir sekiranya, sebagai contoh seorang anak kecil telah mengotorkan pakaiannya dan perlu dicuci, atau seorang anak yang perlu menggantikan lampin.
8. Jangan biarkan anak mencari perhatian secara seksual atau sentuhan fizikal yang melampau. Dapatkan nasihat daripada pemimpin mengenai anak yang berkelakuan sedemikian.
9. Jangan menjemput seorang anak ke rumah kamu sendirian. Jemputlah secara berkumpulan, atau pastikan ada orang lain di dalam rumah. Pastikan ibu bapa anak tahu di mana mereka berada.           
10. Jangan tumpangkan anak pulang sendirian walaupun bagi perjalanan yang dekat. Jika mereka bersendirian, minta anak itu duduk di belakang.
11. Asingkan tempat tidur untuk kanak-kanak. Jangan berkongsi tempat tidur.     
INGAT, KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UMUR 18 TAHUN KE BAWAH.
a. Sekiranya kamu mendapati seorang pelayan atau orang dewasa berkelakuan salah, bersiap sedialah untuk menegur mereka atau laporkan kepada pemimpin gereja.
b. Kita harus membimbing anak di dalam sikap mereka, menjadi tegas, tetapi juga pengasih dan konsisten. Sebagai orang dewasa, kita harus menunjukkan kepada anak teladan baik yang boleh dicontohi. Jangan sesekali menghentam, memukul atau menggoncang seorang anak. Jangan berteriak atau merendah-rendahkan seorang anak.
c. Semasa memberi arahan di dalam kumpulan, jangan mengucapkan kata-kata sumpahan, bersifat perkauman, memanggil dengan nama olokkan; jaga harta benda.
d. Lebih baik menegur secara peribadi, jangan di hadapan ramai orang.
e. Jelaskan bagaimana kamu mahu mereka berkelakuan.
f. Menentang kelakuan buruk, bukannya anak itu katakan: ‘Kamu sudah berbohong’ jangan ‘Kamu adalah pembohong.”
g. Beri galakan kepada setiap kanak-kanak, memerhatikan kelakuan baik dan memberi pujian.
h. Beri pandangan mata yang positif untuk mendorong anak.

i. Berdoa bagi kumpulan (kelas) kamu dan bersama mereka.