Thursday, 18 May 2017

Apabila Injil bertemu Hip Hop

Penolakan dan kehancuran boleh meruntuhkan seseorang - tetapi tidak semestinya. Kali ini mari bertemu dengan seorang penyanyi hip hop Beacon Light, menyanyikan rap bersama kebenaran Tuhan di tengah-tengah dunia yang sengsara.



       Video youtube memulakan lirik yang menenangkan, lagu yang seringkali dinyanyikan di sekolah minggu, dengan seorang anak perempuan kecil yang membuai dengan lembut-lembut sambil menyanyikan "Jesus loves me". Kemudian dengan suara sinis memotong lagu tersebut, menceritakan kisah bagaimana ayat-ayat yang sama telah mengajar dia sewaktu kecil, tidak membawa maksud apa-apa setelah dia dicabul.

Sedang lagu itu diteruskan, demikianlah kisah yang menghayat hati mengenai penolakan dan keluarga yang hancur, dengan perlahan membangkitkan suara lantang penuh kemarahan, penyanyi itu menggoncangkan kedua tangannya pada Tuhan dan bertanya, “kenapa?”

Selamat datang ke dunia Beacon Light.

        Ketepikan sejenak lagu-lagu pujian kristian yang biasa dinyanyikan di gereja. Brandom Clahassey (nama sebenar) telah membawa gelombang dengan gayanya yang unik dalam kristian hip hop, mencampurkan kesengsaraan dunia nyata dengan melagukan rap dalam kasih Tuhan bersama kebenaran firman.

“Sejak saya menjadi Kristian, saya tidak sedar saya masih dibenarkan menyanyikan lagu rap.” Beliau berkongsi dalam temu duga secara emel. “Saya fikir ianya mungkin salah. Tapi Tuhan telah menunjukkan kepada saya impak hip hop dalam budaya, impaknya terhadap saya.”

Dan kesannya, ianya sangat-sangat nyata. Membesar di kota Grand Rapids di Michigan, Amerika, kanak-kanak periang ini jatuh minat terhadap muzik, terutama sekali dalam hip hop. Namun anak yang tidak berdosa ini, dalam kehidupan yang sederhana telah diremukkan setelah mengalami penderaan seksual selama lima tahun. Ditenggelami oleh perasaan malu dan kesakitan semakin mendalam apabila ibu bapanya bercerai, beliau berusaha mencari ketenangan jiwa melalui pesta pora, clubbing, dan perjudian. Namun ianya sia-sia. Dia sedar bahawa tidak ada satu pun yang dapat mencabut perasaan hilang maruah, penolakan dan kesunyian.

Walau bagaimanapun, di universiti, Brandon bertemu dengan Tuhan sekali lagi – dan mendapati bahawa Sang Pencipta sesungguhnya adalah yang “sangat memuaskan” daripada segala yang beliau telah alami. Disembuhkan daripada kelukaan dan sukacita diberi dalam hidup yang baharu, beliau memutuskan untuk masuk ke Bible Kolej dan menggunakan bakat-bakatnya untuk memimpin orang-orang lain kepada terang dan kesembuhan dalam kasih Yesus Kristus. Kini, dia nyatakan tidak ada tempat yang lain yang dia dapat temukan kasih yang sejati, damai sejahtera, penghiburan dan kekuatan.

Sekarang, Beacon Light telah berjaya. Telah bernikah selama enam tahun dengan isterinya KellySue dengan seorang bayi perempuan, Helena Grace, beliau sekarang adalah pemimpin pujian penyembahan di The Edge, gereja hip-hop di Grand Rapids.

Apa yang membuatkan beliau berbeza ialah bagaimana dia memilih cara untuk mengongsikan kesaksiannya. Lirik-liriknya menyentuh jiwa, diiringi irama moden hip hop, Brandon telah mengagumkan ramai jiwa dengan albumnya Overcomin’, Lights On, dan Open Eyes, dengan beberapa album solo. Dia telah mempersembahkan lagu di hadapan orang-orang ternama termasuk pemenang Anugerah Grammy, Lecrae dan Andy Mineo. Tetapi muziknya sedikit berlainan, beliau percaya – ia berada di “haluannya sendiri”.

“Saya tidak  begitu “sesuai” dengan bunyi Kristian hip hop,” beliau berkata. “Mungkin kerana saya ingin menjadi diri saya sendiri dalam setiap track yang saya lakukan. Saya berfikir bahawa Kristian hip hop perlu bertumbuh banyak untuk menjadi impak…kita memerlukan kepelbagaian dan susunan yang luas dalam muzik.”


Beberapa pihak mempersendakan penggunaan hip hop dalam mengongsikan injil. Bukankah ianya sangat popular dalam media, ia dikaitkan dengan gengster, pesta pora, dadah dan keganasan. Namun Tuhan telah menunjukkan kepada Brandon melalui sebuah kesaksian dalam buku;  para misionari yang melayani sebuah suku di bahagian Tengah Amerika. Tuhan sanggup “menebus” muzik- muzik tersebut bagi kemuliaan-Nya.

Brandon kembali mengingat: “Suku kaum tersebut menjadi Kristian, tetapi muzik mereka kebanyakannya dalam kod minor. Oleh itu bunyinya kedengaran sangat berunsur gelap, sangat berunsur syaitan terhadap pendengaran misionari-misionari yang sudah membesar dalam budaya Barat, di mana muzik dalam penyembahan mereka kebanyakan dalam kod major. Kemudian beliau sedar bahawa orang-orang ini telah menyembah Yesus melalui budaya mereka, namun muziknya berbunyi begitu berlainan sekali. Namun mereka sebenarnya menyembah dalam Roh dan kebenaran. Itulah yang menjadi inspirasi besar terhadap saya – Tuhan itu sanggup mengambil muzik dan budaya di mana saya berada dan menebusnya.

             Inspirasi Brandon bagi lagu-lagunya datang dari “pelbagai tempat”. Kadang kala, sementara beliau menyembah, “sebuah melodi terus masuk ke dalam benak”. Tetapi Kristuslah yang menjadi impak dalam hidupnya yang memberi beliau banyak idea dalam lagu-lagunya. Apabila beliau melihat seseorang bergelutan dalam sebuah situasi, inilah yang menggerakkan beliau untuk menulis lagu-lagu bagi membantu mereka. Respon yang beliau terima adalah “sangat mengagumkan”.

“Beberapa telah menulis kepada saya bahawa mereka membuat keputusan untuk tidak membunuh diri melalui lagu-lagu yang mereka dengar,”. Secara nyata, ianya telah membawa impak terhadap saya. Muzik saya telah menjadi inspirasi agar orang-orang tidak mencederakan diri mereka, atau mencari orang-orang lain bagi mereka yang mengalami penderaan seksual.”

Sesungguhnya, upah Brandon yang terbesar bukanlah populariti atau kemasyuran, melainkan beliau tahu bahawa para pendengarnya mendapat pengharapan dalam Yesus melalui lagu-lagunya. Bahkan inilah mesej yang beliau sentiasa cari untuk disampaikan melalui genre hip hop.

“Yesus mempunyai jawapan bagi setiap masalah kerana Dialah Tuhan dalam daging,” beliau berkata secara ringkas. “Dia mengasihi semua orang dan mengampuni setiap orang yang berseru kepada-Nya dan ingin agar semua menjadi pengikut-Nya, sahabat dan keluarga.”

Namun Brandon sendiri telah membuktikan bahawa dalam perjalanan pemulihan dan penyembuhan memang memerlukan masa. Beliau telah belajar percaya pada rancangan dan masa Tuhan, bekerja keras, dan menjadi setia pada apa yang Tuhan telah berikan kepadanya. Beliau tekankan, “Sebagai seorang Kristian, sangatlah mudah untuk berfikir bahawa Tuhan peduli akan segala sesuatu dan kamu tidak perlu bekerja keras pada akhirnya, tetapi itu salah,”. “Bekerja bagi Tuhan adalah sesuatu yang kita telah diperintahkan untuk melakukan, dan apabila kita melakukan dengan segenap hati, dan apabila kita melakukannya dengan hormat akan Tuhan, Dia akan memberkati kita dan membuka lebih banyak pintu bagi kita. Kehendak-Nya menjadi keutamaan bukan kehendak kita.”

Ianya sebagai peringatan supaya setia benar terhadap misi-Nya. Beliau berkata “Sangat mudah terperangkap menjadi artis yang ternama kerana menjual banyak tiket.” Namun akhirnya, yang penting adalah memberi impak Yesus dalam kehidupan manusia. Sekiranya terdapat artis yang tidak melakukan sedemikian, mereka tidak boleh meneruskannya.

Brandon sering kali mengingatkan dirinya supaya peka terhadap suara Tuhan, pimpinan-Nya dan panggilan Tuhan, dan tidak membiarkan hidupnya menjadi “bahan buangan”. Beliau berkata “Saya mahu berdiri di hadapan-Nya dengan menyerahkan segalanya, hati saya telah hancur kerana dosa, dan saya ingin hidup bagi kemuliaan-Nya.”


Menjawab temu bual, beliau berkata “saya ingin melihat kehidupan manusia berubah, jika kehidupan masih tidak berubah dan tidak apa impak bagi Kristus, saya rela menamatkan kerjaya yang saya sedang kejar ini. Saya masih dapat menghormati Tuhan dengan karunia saya, menyembah Dia melalui hip hop. Saya mungkin tidak mengejarnya sebagai kerjaya, tetapi saya ingin menyembah Dia dalam Roh dan kebenaran melalui muzik saya.”
 

No comments:

Post a Comment