Sunday, 17 September 2017

Perkahwinan Kristian yang Sebenar

Mengapa perlu kahwin (kebahagiaan kekal bukan persoalannya!)

Orang berkahwin kerana banyak maksud. Dalam masyarakat moden, alasan yang sering kita dengar adalah kerana keinginan untuk bahagia. Kita semua tahu akan cerita dongeng orang ”jatuh cinta” berkahwin, dan hidup ”bahagia selamanya.” namun realitinya jauh berbeza. Bagaimana anda tahu bahawa anda akan bahagia? Mengapa berkahwin dahulu jikalau perkahwinan sering kali berakhir dengan keperitan?
Berkahwin untuk menjadi bahagia adalah fenomena moden. Budaya masa lalu menyatakan alasan untuk berkahwin begitu jauh berbeza. Orang berkahwin – dan sehingga kini melakukannya – atas sebab perlindungan, wang, mempunyai anak, melakukan seks, publisiti, kemudahan, dan lain-lain. Sedihnya, mengikut statistik, perkahwinan-perkahwinan tersebut berakhir dengan penceraian, lebih banyak berbanding perkahwinan “bahagia” di masa sekarang.
Jangan salah faham. Berkahwin atas alasan-alasan di atas tidak semestinya menuju kebahagiaan! Justeru berkahwin atas dasar emosi sememangnya membawa kekecewaan. 

Secara teologi, perkahwinan secara umumnya jauh lebih mendalam dari sekadar mencari kebahagiaan. Kebahagiaan selalunya adalah hasil keluarannya, tetapi kebahagiaan juga menjadikan alasan yang kurang baik untuk berkahwin. Dalam banyak hal, gereja-gereja Barat telah memeluk banyak nilai daripada masyarakat luar mengenai perkahwinan, dan kesannya banyak sumber menunjukkan perkahwinan berakhir dengan lebih kerap berbanding yang bukan kristian. Kita telah meluluskan banyak penceraian tetapi kita telah gagal membantu mereka untuk membina perkahwinan yang benar.
Mengapa tidak bahagia?
Emosi -  termasuk perasaan bahagia dan cinta – selalunya berubah. Perasaan dan emosi adalah sebahagian daripada kehidupan, namun ianya hadir sebagai rekod lemah dalam dasar perkahwinan. Perasan dasarnya adalah seperti pasir; PERKAHWINAN YANG BERJAYA HARUS DIBINA ATAS SEBUAH BATU.
Apabila anda berkahwin dan berharap agar pasanganmu membuat kamu bahagia dan mereka telah mengecewakan kamu memang mudah untuk percaya perkahwinan kamu sudah salah. Apabila anda tidak bahagia, anda berfikir bahawa jawapannya adalah cerai. tetapi ramai yang telah bercerai akan berkata bahawa sekarang mereka tidak lagi bahagia berbanding sewaktu mereka berkahwin. (Terdapat beberapa perkahwinan yang sangat memusnahkan sehingga perceraian menjadi satu-satunya jalan.)
Bagi kristian yang percaya akan perkahwinan, ianya adalah untuk menjaga, meletakkan perkahwinan pada sesuatu yang mudah berubah akan membawa kegagalan. Seks, penampilan luar, wang, kebahagiaan – tidak ada satu pun yang dapat bertahan tekanan hidup dalam perkahwinan. Sesungguhnya terdapat alasan lain yang jauh lebih penting.
Perkahwinan Kristian - Rencana Tuhan bagi perkahwinan.
Artikel ini bukan bermaksud sebuah pelajaran Alkitab secara mendalam mengenai teologi perkahwinan. Tetapi, idea-idea ini sumbernya adalah dari Alkitab. Saya tidak membesar dengan gambaran yang sihat atau pengertian dalam tentang perkahwinan, oleh itu apabila saya sedang bergumul dengan berkahwin atau tidak saya telah menghabiskan banyak waktu untuk berfikir, belajar dan berdoa menerusi ayat-ayat dalam Firman. Terdapat banyak ayat tentang perkahwinan, tetapi idea dasar-dasar perkahwinan datang daripada ayat-ayat berikut Kejadian 1 dan 1, Kidung Agung dan Efesus 5.
Berkahwin mempunyai banyak kelebihan. Kajian menunjukkan, secara umum wanita yang tetap dalam perkahwinan memmpunyai kewangan yang kukuh, lelaki yang tetap dalam perkahwinan akan hidup lebih lama dan lebih sihat, anak-anak akan membesar dengan baik. Kesihatan, kekayaan dan kebahagiaan berhubung rapat dengan perkahwinan yang berjaya. Seperti Firman Tuhan, tidak baik kalau manusia itu seorang diri saja. (Kejadian 2:18) tetapi bukan bermaksud bahawa menjadi bujang tidak dapat memiliki kesihatan, kekayaan dan kebahagiaan.
Di dalam ekonomi Tuhan, alasan untuk berkahwin adalah sangat mendalam.
Berkahwin adalah untuk belajar mengasihi
Tuhan itu kasih. Kita diciptakan menurut gambaran Tuhan, dan menjadi semakin serupa seperti Dia. Maksudnya panggilan tertinggi adalah untuk mengasihi dengan baik, seperti Tuhan lakukan. Dan perkahwinan adalah makmal di mana segala yang baik berlaku.
Di sini terdapat cara-cara untuk perkahwinan yang sihat yang mesti berlaku untuk mempelajari cinta dengan baik.
  • Komunikasi yang sihat
Mengasihi dengan baik memerlukan komunikasi. Anda belajar mendengar perkataan dan hati pasanganmu, untuk mengongsikan hati yang lemah, mencari pengertian. Berkomunikasi memerlukan anda memahami diri sendiri dan orang lain. Ia memperluaskan pengertian anda.
  • Pengampunan yang sihat
Perkahwinan adalah penyatuan dua orang berdosa. Mengampuni bukan bermaksud menerima kelakuan yang buruk dari pasanganmu. Mengampuni termasuk belajar meletakkan batas-batas yang sihat apabila diperlukan. Hubungan sesama manusia memerlukan pengampunan – melepaskannya. (Bukankah seperti sifat Tuhan terhadap kita?) 
  • Menangani konflik
Sekiranya anda dan pasangan anda kembar, salah seorang daripada kamu mungkin akan akan menjadi tidak penting. Kadang kala bertentangan itu menjadi sebuah daya tarikan. Belajar kerjakan perbezaaan untuk meregangkan kehidupan anda, mematangkan anda, dan membuat anda lebih berguna pada bahagian lain dalam kehidupan.
  • Jangan berpusat pada diri sendiri
Kasih yang sejati sangat murah hati luar biasa. Anda perlu belajar untuk mengambil berat akan seseorang daripada diri anda sendiri, fokuskan lebih kepada keperluan mereka daripada keperluan anda sendiri, dan letakkan sikap anda untuk diubah agar menjadi kebaikan bagi orang lain.
  • Keintiman yang dalam
keintiman adalah kesatuan secara jasmani, mengikat emosi, mengerjakan kehidupan seperti sahabat, dan bagi hubungan rohani. Sebagai manusia adalah lumrah bagi kita menjadi yang terutama, ingin dilihat dan diterima oleh orang lain.
  • Menjadi seperti diri sendiri adalah yang terbaik
Perkahwinan yang terbaik adalah di mana setiap orang menerima diri mereka sepenuhnya. Tetapi bukan itu sahaja. Ia adalah tempat di mana luka-luka disembuhkan, yang paling indah di mana kamu berdua dapat membangunkan diri bersama, dan bersama-sama menjadi unit untuk mengembangkan kerajaan Tuhan. Perkahwinan adalah makmal perubahan hidup.
  • Memantulkan hubungan kita terhadap Tuhan
Tuhan mengasihi kita. Oleh kerana Dia telah memberi yang terbaik, yang kekal. Tuhan telah menerima diri kita seadanya dan pada masa yang sama, Dia telah menawarkan peluang dan ingin supaya kita berubah. Kita tidak mempermainkan Tuhan sesama dengan yang lain. Apabila dua orang mencintai dengan baik antara satu dengan yang lain, ini akan memantulkan kasih Tuhan terhadap orang lain.
Bagaimana dengan perkahwinan anda?
Adakah anda telah berkahwin? Tanyala diri anda sendiri. Bagaimana anda dapat belajar untuk mengasihi pada saat ini? Bagaimana anda melihat pada pasangan anda dalam pandangan yang berbeza? Bagaimana anda dapat menjaga diri anda sendiri dengan baik agar anda dapat memberi dengan lebih banyak? Bagaimana supaya kasih anda bertumbuh?
Adakah anda ingin berkahwin? Mulai sekarang belajarlah aspek-aspek tersebut untuk mengasihi sehingga tahap yang anda boleh capai. Jadilah seperti seseorang yang pasangan anda impikan. Bertumbuhlah dalam cara-cara Tuhan bekerja dalam diri kamu saat ini. Dan sambil anda menjalinkan hubungan dengan seseorang, carilah bimbingan dari Tuhan dalam segala aspek percintaanmu.
Belajar bagaimana untuk mengasihi adalah pergelutan yang berbaloi.


#Perkahwinankristian

No comments:

Post a Comment