Sunday, 17 September 2017

Perkahwinan Kristian yang Sebenar

Mengapa perlu kahwin (kebahagiaan kekal bukan persoalannya!)

Orang berkahwin kerana banyak maksud. Dalam masyarakat moden, alasan yang sering kita dengar adalah kerana keinginan untuk bahagia. Kita semua tahu akan cerita dongeng orang ”jatuh cinta” berkahwin, dan hidup ”bahagia selamanya.” namun realitinya jauh berbeza. Bagaimana anda tahu bahawa anda akan bahagia? Mengapa berkahwin dahulu jikalau perkahwinan sering kali berakhir dengan keperitan?
Berkahwin untuk menjadi bahagia adalah fenomena moden. Budaya masa lalu menyatakan alasan untuk berkahwin begitu jauh berbeza. Orang berkahwin – dan sehingga kini melakukannya – atas sebab perlindungan, wang, mempunyai anak, melakukan seks, publisiti, kemudahan, dan lain-lain. Sedihnya, mengikut statistik, perkahwinan-perkahwinan tersebut berakhir dengan penceraian, lebih banyak berbanding perkahwinan “bahagia” di masa sekarang.
Jangan salah faham. Berkahwin atas alasan-alasan di atas tidak semestinya menuju kebahagiaan! Justeru berkahwin atas dasar emosi sememangnya membawa kekecewaan. 

Secara teologi, perkahwinan secara umumnya jauh lebih mendalam dari sekadar mencari kebahagiaan. Kebahagiaan selalunya adalah hasil keluarannya, tetapi kebahagiaan juga menjadikan alasan yang kurang baik untuk berkahwin. Dalam banyak hal, gereja-gereja Barat telah memeluk banyak nilai daripada masyarakat luar mengenai perkahwinan, dan kesannya banyak sumber menunjukkan perkahwinan berakhir dengan lebih kerap berbanding yang bukan kristian. Kita telah meluluskan banyak penceraian tetapi kita telah gagal membantu mereka untuk membina perkahwinan yang benar.
Mengapa tidak bahagia?
Emosi -  termasuk perasaan bahagia dan cinta – selalunya berubah. Perasaan dan emosi adalah sebahagian daripada kehidupan, namun ianya hadir sebagai rekod lemah dalam dasar perkahwinan. Perasan dasarnya adalah seperti pasir; PERKAHWINAN YANG BERJAYA HARUS DIBINA ATAS SEBUAH BATU.
Apabila anda berkahwin dan berharap agar pasanganmu membuat kamu bahagia dan mereka telah mengecewakan kamu memang mudah untuk percaya perkahwinan kamu sudah salah. Apabila anda tidak bahagia, anda berfikir bahawa jawapannya adalah cerai. tetapi ramai yang telah bercerai akan berkata bahawa sekarang mereka tidak lagi bahagia berbanding sewaktu mereka berkahwin. (Terdapat beberapa perkahwinan yang sangat memusnahkan sehingga perceraian menjadi satu-satunya jalan.)
Bagi kristian yang percaya akan perkahwinan, ianya adalah untuk menjaga, meletakkan perkahwinan pada sesuatu yang mudah berubah akan membawa kegagalan. Seks, penampilan luar, wang, kebahagiaan – tidak ada satu pun yang dapat bertahan tekanan hidup dalam perkahwinan. Sesungguhnya terdapat alasan lain yang jauh lebih penting.
Perkahwinan Kristian - Rencana Tuhan bagi perkahwinan.
Artikel ini bukan bermaksud sebuah pelajaran Alkitab secara mendalam mengenai teologi perkahwinan. Tetapi, idea-idea ini sumbernya adalah dari Alkitab. Saya tidak membesar dengan gambaran yang sihat atau pengertian dalam tentang perkahwinan, oleh itu apabila saya sedang bergumul dengan berkahwin atau tidak saya telah menghabiskan banyak waktu untuk berfikir, belajar dan berdoa menerusi ayat-ayat dalam Firman. Terdapat banyak ayat tentang perkahwinan, tetapi idea dasar-dasar perkahwinan datang daripada ayat-ayat berikut Kejadian 1 dan 1, Kidung Agung dan Efesus 5.
Berkahwin mempunyai banyak kelebihan. Kajian menunjukkan, secara umum wanita yang tetap dalam perkahwinan memmpunyai kewangan yang kukuh, lelaki yang tetap dalam perkahwinan akan hidup lebih lama dan lebih sihat, anak-anak akan membesar dengan baik. Kesihatan, kekayaan dan kebahagiaan berhubung rapat dengan perkahwinan yang berjaya. Seperti Firman Tuhan, tidak baik kalau manusia itu seorang diri saja. (Kejadian 2:18) tetapi bukan bermaksud bahawa menjadi bujang tidak dapat memiliki kesihatan, kekayaan dan kebahagiaan.
Di dalam ekonomi Tuhan, alasan untuk berkahwin adalah sangat mendalam.
Berkahwin adalah untuk belajar mengasihi
Tuhan itu kasih. Kita diciptakan menurut gambaran Tuhan, dan menjadi semakin serupa seperti Dia. Maksudnya panggilan tertinggi adalah untuk mengasihi dengan baik, seperti Tuhan lakukan. Dan perkahwinan adalah makmal di mana segala yang baik berlaku.
Di sini terdapat cara-cara untuk perkahwinan yang sihat yang mesti berlaku untuk mempelajari cinta dengan baik.
  • Komunikasi yang sihat
Mengasihi dengan baik memerlukan komunikasi. Anda belajar mendengar perkataan dan hati pasanganmu, untuk mengongsikan hati yang lemah, mencari pengertian. Berkomunikasi memerlukan anda memahami diri sendiri dan orang lain. Ia memperluaskan pengertian anda.
  • Pengampunan yang sihat
Perkahwinan adalah penyatuan dua orang berdosa. Mengampuni bukan bermaksud menerima kelakuan yang buruk dari pasanganmu. Mengampuni termasuk belajar meletakkan batas-batas yang sihat apabila diperlukan. Hubungan sesama manusia memerlukan pengampunan – melepaskannya. (Bukankah seperti sifat Tuhan terhadap kita?) 
  • Menangani konflik
Sekiranya anda dan pasangan anda kembar, salah seorang daripada kamu mungkin akan akan menjadi tidak penting. Kadang kala bertentangan itu menjadi sebuah daya tarikan. Belajar kerjakan perbezaaan untuk meregangkan kehidupan anda, mematangkan anda, dan membuat anda lebih berguna pada bahagian lain dalam kehidupan.
  • Jangan berpusat pada diri sendiri
Kasih yang sejati sangat murah hati luar biasa. Anda perlu belajar untuk mengambil berat akan seseorang daripada diri anda sendiri, fokuskan lebih kepada keperluan mereka daripada keperluan anda sendiri, dan letakkan sikap anda untuk diubah agar menjadi kebaikan bagi orang lain.
  • Keintiman yang dalam
keintiman adalah kesatuan secara jasmani, mengikat emosi, mengerjakan kehidupan seperti sahabat, dan bagi hubungan rohani. Sebagai manusia adalah lumrah bagi kita menjadi yang terutama, ingin dilihat dan diterima oleh orang lain.
  • Menjadi seperti diri sendiri adalah yang terbaik
Perkahwinan yang terbaik adalah di mana setiap orang menerima diri mereka sepenuhnya. Tetapi bukan itu sahaja. Ia adalah tempat di mana luka-luka disembuhkan, yang paling indah di mana kamu berdua dapat membangunkan diri bersama, dan bersama-sama menjadi unit untuk mengembangkan kerajaan Tuhan. Perkahwinan adalah makmal perubahan hidup.
  • Memantulkan hubungan kita terhadap Tuhan
Tuhan mengasihi kita. Oleh kerana Dia telah memberi yang terbaik, yang kekal. Tuhan telah menerima diri kita seadanya dan pada masa yang sama, Dia telah menawarkan peluang dan ingin supaya kita berubah. Kita tidak mempermainkan Tuhan sesama dengan yang lain. Apabila dua orang mencintai dengan baik antara satu dengan yang lain, ini akan memantulkan kasih Tuhan terhadap orang lain.
Bagaimana dengan perkahwinan anda?
Adakah anda telah berkahwin? Tanyala diri anda sendiri. Bagaimana anda dapat belajar untuk mengasihi pada saat ini? Bagaimana anda melihat pada pasangan anda dalam pandangan yang berbeza? Bagaimana anda dapat menjaga diri anda sendiri dengan baik agar anda dapat memberi dengan lebih banyak? Bagaimana supaya kasih anda bertumbuh?
Adakah anda ingin berkahwin? Mulai sekarang belajarlah aspek-aspek tersebut untuk mengasihi sehingga tahap yang anda boleh capai. Jadilah seperti seseorang yang pasangan anda impikan. Bertumbuhlah dalam cara-cara Tuhan bekerja dalam diri kamu saat ini. Dan sambil anda menjalinkan hubungan dengan seseorang, carilah bimbingan dari Tuhan dalam segala aspek percintaanmu.
Belajar bagaimana untuk mengasihi adalah pergelutan yang berbaloi.


#Perkahwinankristian

Friday, 14 July 2017

Boikot Israel

Senarai Produk & Perkhidmatan yang perlu anda tahu dari Israel.

Bahagian Pertama – Teknologi dan Makanan

Langkah-1, buang semua Intell Pentium dan Celeron Komputer Cip Prosesor dari komputer peribadi (desktop dan komputer riba) kerana semua ini dimajukan atau dibuat di Israel.

Perlu diingatkan bahawa revolusi prosesor Ivy Bridge akan dikilangkan di Israel. Sebarang komputer yang menggunakan sistem operasi Windows XT perlu dipadamkan segera kerana ia dicipta di Israel. Semua sistem operasi Microsoft tidak dibenarkan kerana Microsoft bergantung sepenuhnya pada pusat R&D di Israel.

Langkah ke-2. Sebarang komputer yang masih menggunakan perisian anti-virus dan firewalls perlu dibuang kerana teknologi ini berasal dari negara Israel. Organisasi firewall perlu dipadamkan juga. Pekerja tidak lagi dapat membuka external emel kerana ia akan dijangkiti dengan virus. Tiada lagi emel yang dapat dihantar. Algoritma (kod) yang digunakan masa kini bagi menghantar emel dicipta oleh seorang dari Israel yang telah bekerja di Universiti Ben-Gurion di Be’er-Sheva pada 1980.

Langkah ke-3. Buang semua telefon bimbit, kerana teknologi ini dimajukan di Israel, di mana telefon bimbit pertama dikeluarkan. Teknologi cip telefon bimbit daripada sebuah syarikat di Israel telah dipasang pada 100 juta alat. Telefon bimbit boleh digunakan hanya apabila berada di dalam situasi kecemasan. Walau bagaimanapun penggunaan SMS tidak dibenarkan sama sekali kerana kemudahan ini dimajukan oleh Israel. Penggunaan 4G perlu dibatalkan kerana chipsetnya berasal dari Israel.

Langkah ke-4. Sila padamkan perkhidmatan mel suara (voice-mail) dan semua mesej yang telah dirakam. Syarikat-syarikat di Israel telah mencipta sistem mel suara. Pusat panggilan dan teknologi telefon telah beroperasi secara meluas di UK.

Langkah ke-5. Sebelum menerima apa-apa bahan cetakan, sila pastikan pengeluar tidak menggunakan alat-alat dari Israel yang telah menjimatkan penggunakan dakwat sebanyak 50%.

Langkah ke-6. Di rumah, jangan gunakan Facebook kerana ia dicipta dan dimajukan di Israel. Jangan menonton video di internet sebagai platform untuk memuat naik berkemungkinan berasal dari AOL iaitu syarikat dari Israel. Jangan gunakan internet untuk mencari jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan anda kerana ini melibatkan penggunaan teknologi oleh Israel.

 Langkah ke-7. Pada skrin TV atau hiburan di rumah, jangan gunakan Video On Demand  (VOD) untuk menonton wayang-wayang kerana anda akan menggunakan perisian Israel. Jangan membeli apa-apa permainan video yang mungkin dimajukan oleh teknologi Israel.  

Langkah ke-8. Jangan membaca buku menggunakan e-buku (e-books) kerana ia mengandungi teknologi Israel. Jangan gunakan data storage kerana ia dimajukan di pusat teknologi R&D, Israel.

Langkah ke-9. Jangan membeli kereta elektrik kerana ia menggunakan bateri yang dimajukan oleh Israel atau menggunakan cas dari Israel. Teruskan duduk di laluan trafik yang boleh mencemarkan persekitaran dan meningkatkan harga minyak kereta. 

Langkah ke-10. Hindari semua produk pertanian daripada negara-negara ini kerana mereka menggunakan teknologi yang dibekalkan secara langsung dari Israel. Ini termasuk Afrika, China, India, Indonesia, Nepal dan banyak lagi. Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran organik yang diimport ke UK telah dimajukan menggunakan teknologi Israel. Ini telah menyelamatkan jutaan orang di seluruh dunia daripada kebuluran. 

Bahagian ke-2

Musnahkan semua perubatan. Teva Pharmaceuticals, syarikat perubatan Israel adalah yang terbesar di dunia, telah mengeluarkan banyak ubat-ubatan bagi anda.

Kanser – Jangan mengambil sebarang perubatan atau rawatan. Para saintis dari Israel telah bekerja di barisan hadapan dalam bidang onkologi selama berdekad-dekad lamanya. 

AIDS and HIV – Berjaga-jaga; para pengkaji di Israel Weizmann Institute atau Hebrew University telah memajukan atau menaik taraf  perubatan AZT dan Hypericin; mereka telah meningkatkan kemajuan rawatan yang boleh memusnahkan sel HIV yang telah dijangkiti tanpa merosakkan sel-sel yang baik.

Diabetes – Jangan menyukat atau menyuntik Insulin menggunakan alat-alatan yang dimajukan oleh para saintis di Israel.

Hindari pembedahan laser, X-ray,  pembedahan jantung tiruan, Stem-Cell bahkan rawatan gigi yang menggunakan dental scanner kerana semua teknologi dalam perubatan dimajukan dari Israel.


Bahagian 3 – Lain-lain yang dimajukan oleh Israel.

Kad debit dan kad kredit 
COCA-COLA
NESTLE
DISNEY

Banyak lagi..
sila layari https://www.facebook.com/notes/jesus-love-is-so-great/so-you-want-to-boycott-israel-heres-a-list-of-products-and-services-you-need-to-/820698877940154/
Jesus Love Is So Great


Thursday, 18 May 2017

Apabila Injil bertemu Hip Hop

Penolakan dan kehancuran boleh meruntuhkan seseorang - tetapi tidak semestinya. Kali ini mari bertemu dengan seorang penyanyi hip hop Beacon Light, menyanyikan rap bersama kebenaran Tuhan di tengah-tengah dunia yang sengsara.



       Video youtube memulakan lirik yang menenangkan, lagu yang seringkali dinyanyikan di sekolah minggu, dengan seorang anak perempuan kecil yang membuai dengan lembut-lembut sambil menyanyikan "Jesus loves me". Kemudian dengan suara sinis memotong lagu tersebut, menceritakan kisah bagaimana ayat-ayat yang sama telah mengajar dia sewaktu kecil, tidak membawa maksud apa-apa setelah dia dicabul.

Sedang lagu itu diteruskan, demikianlah kisah yang menghayat hati mengenai penolakan dan keluarga yang hancur, dengan perlahan membangkitkan suara lantang penuh kemarahan, penyanyi itu menggoncangkan kedua tangannya pada Tuhan dan bertanya, “kenapa?”

Selamat datang ke dunia Beacon Light.

        Ketepikan sejenak lagu-lagu pujian kristian yang biasa dinyanyikan di gereja. Brandom Clahassey (nama sebenar) telah membawa gelombang dengan gayanya yang unik dalam kristian hip hop, mencampurkan kesengsaraan dunia nyata dengan melagukan rap dalam kasih Tuhan bersama kebenaran firman.

“Sejak saya menjadi Kristian, saya tidak sedar saya masih dibenarkan menyanyikan lagu rap.” Beliau berkongsi dalam temu duga secara emel. “Saya fikir ianya mungkin salah. Tapi Tuhan telah menunjukkan kepada saya impak hip hop dalam budaya, impaknya terhadap saya.”

Dan kesannya, ianya sangat-sangat nyata. Membesar di kota Grand Rapids di Michigan, Amerika, kanak-kanak periang ini jatuh minat terhadap muzik, terutama sekali dalam hip hop. Namun anak yang tidak berdosa ini, dalam kehidupan yang sederhana telah diremukkan setelah mengalami penderaan seksual selama lima tahun. Ditenggelami oleh perasaan malu dan kesakitan semakin mendalam apabila ibu bapanya bercerai, beliau berusaha mencari ketenangan jiwa melalui pesta pora, clubbing, dan perjudian. Namun ianya sia-sia. Dia sedar bahawa tidak ada satu pun yang dapat mencabut perasaan hilang maruah, penolakan dan kesunyian.

Walau bagaimanapun, di universiti, Brandon bertemu dengan Tuhan sekali lagi – dan mendapati bahawa Sang Pencipta sesungguhnya adalah yang “sangat memuaskan” daripada segala yang beliau telah alami. Disembuhkan daripada kelukaan dan sukacita diberi dalam hidup yang baharu, beliau memutuskan untuk masuk ke Bible Kolej dan menggunakan bakat-bakatnya untuk memimpin orang-orang lain kepada terang dan kesembuhan dalam kasih Yesus Kristus. Kini, dia nyatakan tidak ada tempat yang lain yang dia dapat temukan kasih yang sejati, damai sejahtera, penghiburan dan kekuatan.

Sekarang, Beacon Light telah berjaya. Telah bernikah selama enam tahun dengan isterinya KellySue dengan seorang bayi perempuan, Helena Grace, beliau sekarang adalah pemimpin pujian penyembahan di The Edge, gereja hip-hop di Grand Rapids.

Apa yang membuatkan beliau berbeza ialah bagaimana dia memilih cara untuk mengongsikan kesaksiannya. Lirik-liriknya menyentuh jiwa, diiringi irama moden hip hop, Brandon telah mengagumkan ramai jiwa dengan albumnya Overcomin’, Lights On, dan Open Eyes, dengan beberapa album solo. Dia telah mempersembahkan lagu di hadapan orang-orang ternama termasuk pemenang Anugerah Grammy, Lecrae dan Andy Mineo. Tetapi muziknya sedikit berlainan, beliau percaya – ia berada di “haluannya sendiri”.

“Saya tidak  begitu “sesuai” dengan bunyi Kristian hip hop,” beliau berkata. “Mungkin kerana saya ingin menjadi diri saya sendiri dalam setiap track yang saya lakukan. Saya berfikir bahawa Kristian hip hop perlu bertumbuh banyak untuk menjadi impak…kita memerlukan kepelbagaian dan susunan yang luas dalam muzik.”


Beberapa pihak mempersendakan penggunaan hip hop dalam mengongsikan injil. Bukankah ianya sangat popular dalam media, ia dikaitkan dengan gengster, pesta pora, dadah dan keganasan. Namun Tuhan telah menunjukkan kepada Brandon melalui sebuah kesaksian dalam buku;  para misionari yang melayani sebuah suku di bahagian Tengah Amerika. Tuhan sanggup “menebus” muzik- muzik tersebut bagi kemuliaan-Nya.

Brandon kembali mengingat: “Suku kaum tersebut menjadi Kristian, tetapi muzik mereka kebanyakannya dalam kod minor. Oleh itu bunyinya kedengaran sangat berunsur gelap, sangat berunsur syaitan terhadap pendengaran misionari-misionari yang sudah membesar dalam budaya Barat, di mana muzik dalam penyembahan mereka kebanyakan dalam kod major. Kemudian beliau sedar bahawa orang-orang ini telah menyembah Yesus melalui budaya mereka, namun muziknya berbunyi begitu berlainan sekali. Namun mereka sebenarnya menyembah dalam Roh dan kebenaran. Itulah yang menjadi inspirasi besar terhadap saya – Tuhan itu sanggup mengambil muzik dan budaya di mana saya berada dan menebusnya.

             Inspirasi Brandon bagi lagu-lagunya datang dari “pelbagai tempat”. Kadang kala, sementara beliau menyembah, “sebuah melodi terus masuk ke dalam benak”. Tetapi Kristuslah yang menjadi impak dalam hidupnya yang memberi beliau banyak idea dalam lagu-lagunya. Apabila beliau melihat seseorang bergelutan dalam sebuah situasi, inilah yang menggerakkan beliau untuk menulis lagu-lagu bagi membantu mereka. Respon yang beliau terima adalah “sangat mengagumkan”.

“Beberapa telah menulis kepada saya bahawa mereka membuat keputusan untuk tidak membunuh diri melalui lagu-lagu yang mereka dengar,”. Secara nyata, ianya telah membawa impak terhadap saya. Muzik saya telah menjadi inspirasi agar orang-orang tidak mencederakan diri mereka, atau mencari orang-orang lain bagi mereka yang mengalami penderaan seksual.”

Sesungguhnya, upah Brandon yang terbesar bukanlah populariti atau kemasyuran, melainkan beliau tahu bahawa para pendengarnya mendapat pengharapan dalam Yesus melalui lagu-lagunya. Bahkan inilah mesej yang beliau sentiasa cari untuk disampaikan melalui genre hip hop.

“Yesus mempunyai jawapan bagi setiap masalah kerana Dialah Tuhan dalam daging,” beliau berkata secara ringkas. “Dia mengasihi semua orang dan mengampuni setiap orang yang berseru kepada-Nya dan ingin agar semua menjadi pengikut-Nya, sahabat dan keluarga.”

Namun Brandon sendiri telah membuktikan bahawa dalam perjalanan pemulihan dan penyembuhan memang memerlukan masa. Beliau telah belajar percaya pada rancangan dan masa Tuhan, bekerja keras, dan menjadi setia pada apa yang Tuhan telah berikan kepadanya. Beliau tekankan, “Sebagai seorang Kristian, sangatlah mudah untuk berfikir bahawa Tuhan peduli akan segala sesuatu dan kamu tidak perlu bekerja keras pada akhirnya, tetapi itu salah,”. “Bekerja bagi Tuhan adalah sesuatu yang kita telah diperintahkan untuk melakukan, dan apabila kita melakukan dengan segenap hati, dan apabila kita melakukannya dengan hormat akan Tuhan, Dia akan memberkati kita dan membuka lebih banyak pintu bagi kita. Kehendak-Nya menjadi keutamaan bukan kehendak kita.”

Ianya sebagai peringatan supaya setia benar terhadap misi-Nya. Beliau berkata “Sangat mudah terperangkap menjadi artis yang ternama kerana menjual banyak tiket.” Namun akhirnya, yang penting adalah memberi impak Yesus dalam kehidupan manusia. Sekiranya terdapat artis yang tidak melakukan sedemikian, mereka tidak boleh meneruskannya.

Brandon sering kali mengingatkan dirinya supaya peka terhadap suara Tuhan, pimpinan-Nya dan panggilan Tuhan, dan tidak membiarkan hidupnya menjadi “bahan buangan”. Beliau berkata “Saya mahu berdiri di hadapan-Nya dengan menyerahkan segalanya, hati saya telah hancur kerana dosa, dan saya ingin hidup bagi kemuliaan-Nya.”


Menjawab temu bual, beliau berkata “saya ingin melihat kehidupan manusia berubah, jika kehidupan masih tidak berubah dan tidak apa impak bagi Kristus, saya rela menamatkan kerjaya yang saya sedang kejar ini. Saya masih dapat menghormati Tuhan dengan karunia saya, menyembah Dia melalui hip hop. Saya mungkin tidak mengejarnya sebagai kerjaya, tetapi saya ingin menyembah Dia dalam Roh dan kebenaran melalui muzik saya.”
 

Monday, 9 January 2017

Apa Maksud Mezbah Tembaga


Doa Tabernakel Part 1

Mezbah Tembaga

Ketika kita datang pada khemah suci, pertama-tama kita akan menjumpai Mezbah Tembaga. Orang yang berdosa membawa haiwan pada Mezbah Tembaga, imam akan memercikkan darahnya pada sekeliling mezbah, lalu membakar persembahan itu. Melalui kematian dari korban itu, dosa kita diampuni.

Di dalam perjanjian lama, dosa tidak dapat diampuni tanpa penumpahan darah. Dalam perjanjian baru kita semua adalah imam, oleh itu kita dapat mempersembahkan korban, tetapi di manakah korban mezbah itu?   Ia ada di Golgotha.   Golgotha adalah mezbah korban, Yesus Kristus telah disalibkan untuk kita di sana, menjadi korban bakaran dan korban penghapus dosa yang kekal bagi kita. Itulah sebabnya kita tidak perlu lagi membawa haiwan sebagai persembahan korban bakaran. Di perjanjian lama imam akan membunuh korban, tetapi pada saat kita datang ke Golgotha, kita memandang kepada darah Yesus Kristus yang berharga. Di perjanjian lama, penyembahan dimulai dari mezbah persembahan. Di perjanjian baru penyembahan kita bermula di Golgotha. Oleh itu, kita harus melihat diri kita datang ke Golgotha. Yesus Kristus adalah korban bagi kita.

Berkat terbesar yang Tuhan berikan kepada manusia adalah kasih karunia dari salib.
Melalui kasih karunia salib, kita boleh menerima berkat Tuhan.
Tuhan Yesus Kristus, terima kasih kerana dua ribu tahun yang lalu Engkau telah menanggung kesedihanku, memikul dukacitaku. Kerana dosaku Engkau diseksa, kerana kejahatanku Engkau diremukkan, kerana dosaku Engkau didera, dihukum, mencurahkan darah-Mu yang berharga dan mati di atas kayu salibEngkau telah untuk sekali dan selama-lamanya mempersembahkan diri-Mu untuk melakukan hal-hal yang besar bagiku. Sekarang dalam nama Yesus Kristus aku nyatakan:

1. Sekarang aku hidup dalam berkat-Mu dan tidak lagi di bawah kutuk.
2. Sekarang aku hidup dalam kemuliaan-Mu dan tidak lagi hidup dalam dosa.
3. Sekarang aku hidup dalam kesembuhan-Mu dan tidak lagi dalam sakit penyakit.
4. Sekarang aku hidup dalam naungan perlindungan kuasa darah-Mu dan tidak lagi hidup dalam ikatan dosa.
5. Sekarang aku hidup dalam perjanjian yang lebih baik berdasar pada janji yang lebih baik dan tidak lagi hidup tanpa pengharapan.
6. Sekarang aku hidup dalam kuasa kebangkitan-Mu dan tidak lagi hidup dalam maut dan ketakutan.
7. Sekarang aku hidup dalam kasih-Mu yang besar dan tidak lagi hidup dalam penolakan.
8. Sekarang aku hidup dalam kelimpahan anugerah dan belas kasihan-Mu dan tidak lagi hidup dalam murka Tuhan.

#Sumber
#Ps.Lee
#Johor