Keajaiban “Burung layang-layang di
Capistrano berlaku setiap tahun di Gereja Mubaligh San Juan, Capistrano pada
19hb Mac, mengikut tradisi katolik, ianya
bersamaan dengan Hari Perayaan St.Joseph.
Sekumpulan burung kecil yang setia kembali
ke sebuah perkampungan yang terkenal di California, San Juan Capistrano membawa
keriangan di suasana, dan para pelancong yang ramai dari seluruh dunia
berkumpul untuk menyaksikan ‘keajaiban’ pulang oleh burung layang-layang
tersebut.
Burung-burung ini melakukan penghijrahan
besar-besaran dari Benua Amerika Selatan ke Utara Amerika kerana musim sejuk
sudah mula melanda Amerika Selatan. Oleh itu kawanan burung ini terbang sejauh
beribu-ribu batu untuk mencari makanan, minuman dan tempat tinggal yang sesuai.
Namun begitu, burung-burung ini lebih
selesa berhijrah di San Juan, Capistrano California.
Di waktu subuh pada Hari St. Joseph, burung-burung kecil ini
tiba dan mula membina sarang-sarang lumpur yang tergantung pada reruntuhan
Gereja Great Stone yang musnah akibat gempa bumi yang kuat pada tahun
1812.
Kini sisa bangunan tersebut menjadi sarang kepada ribuan
burung layang-layang. Burung layang-layang menghabiskan masa mereka sepanjang musim
panas tersebut, iaitu pada bulan Mac sehingga Mei. Tempat tersebut sangat
sesuai kerana berdekatan dengan dua buah sungai.
Setelah musim panas berlalu, burung layang-layang ini akan
terbang pulang meninggalkan tersebut sehinggalah untuk tahun yang berikutnya.
Inilah keajaiban burung layang-layang, tidak ada jam dan
tidak ada kalendar yang memberitahu tentang masa dan waktu untuk berhijrah,
tetapi burung-burung ini telah mengajar kita untuk menjadi setia dalam menepati
waktu dalam kehidupan kita.
No comments:
Post a Comment