Apa yang membuatkan perhubungan itu sihat?
Diharapkan agar kamu dan si pasangan menjalani hubungan yang baik. Adakah kamu masih tidak pasti? Berhentilah sejenak dan fikir-fikirkanlah adakah perhubungan yang kamu alami mempunyai tujuh kualiti di bawah:
- Saling menghormati. Adakah si dia berasa kamu sangat hebat dan mengapa? (Berhati-hati apabila jawapan yang pertamanya adalah kamu seperti melakonkan watak seseorang!) Kuncinya adalah BF dan Gf kamu sedang mengarah pada kamu dan siapa dirimu - kerana lawak jenakamu, minat terhadap realiti TV dan sebagainya. Adakah pasanganmu mendengar apabila kamu berasa tidak selesa melakukan sesuatu ataupun dia terus pergi? Menghormati di dalam suatu perhubungan bermaksud setiap orang menghargai orang lain dan memahami - tidak pernah mencabar - batas seseorang.
- Kepercayaan. Kamu sedang bersembang bersama seorang pemuda sekuliah dan teman lelakimu berjalan lalu di hadapanmu. Adakah dia hilang kawalan diri atau dia berjalan terus kerana dia tahu kamu tidak akan pernah menipu dia. Adalah OK menjadi cemburu untuk seketika - cemburu adalah perasaan yang semulajadi. Namun, seseorang bertindak terhadap perasaan cemburu itulah yang penting. Tidak mungkin kamu menjalani hubungan yang sihat tanpa kepercayaan di antara satu dengan yang lain.
- Kejujuran. Ini juga sama seperti kepercayaan. Ini kerana kepercayaan itu sukar apabila satu daripada kamu tidak jujur. Pernahkah kamu mendapati teman wanitamu berbohong besar? Seperti contoh dia perlu bekerja pada malam Jumaat tetapi dia keluar bersama kawan-kawannya untuk menonton wayang? Kemudian hari dia berkata dia perlu bekerja, kamu mungkin dalam masalah besar untuk mempercayainya dan seterusnya kepercayaan menjadi mula goyah.
- Sokongan. Si dia bukan sahaja menyokong kamu dalam masa susah. Adakalanya orang menjadi hebat apabila duniamu jatuh namun tidak dapat berada di sana semasa dalam keadaan baik (atau sebaliknya). Dalam sebuah perhubungan yang sihat, apa yang penting adalah kamu dapat mengongsikan air matamu bersama dia apabila mendapati ibu bapamu akan bercerai atau merayakan bersamamu apabila kamu mendapat tawaran kerja yang lebih baik.
- Adil dan Saksama. Dalam perhubungan, adakalanya kamu perlu mengambil dan juga memberi. Adakah kamu mengambil giliran untuk memilih wayang yang perlu ditonton? Sebagai pasangan, adakah kamu keluar bersama rakan-rakan pasanganmu seperti yang kamu sering lakukan bersama rakan-rakanmu sendiri? Ini tentulah bukan sesuatu yang menjadi kewajipan, tetapi kamu mungkin menyedari ada sesuatu yang kurang seimbang. Ada hal-hal yang mungkin menjadi buruk dengan begitu cepat sekali apabila perhubungan bertukar menjadi pergelutan kuasa, seseorang yang berjuang mendapatkan keinginannya dalam setiap waktu.
- Mengasingkan identiti. Dalam sebuah perhubungan yang sihat, setiap orang perlu berkompromi. Tetapi ianya tidak bermaksud kamu harus membuang dirimu sendiri. Apabila kamu keluar, kamu berdua mempunyai kehidupan tersendiri (keluarga, rakan-rakan, minat, hobi dan sebagainya) dan itu tidak dapat diubah. Kamu berdua tidak perlu berpura-pura menyukai apa yang sebenarnya kamu tidak suka, atau berhenti keluar bersama rakan-rakan yang lain, ataupun meninggalkan aktiviti-aktiviti yang kamu suka. Kamu harus merasa bebas membangunkan bakat dan minat, membina persahabatan baru dan terus maju.
- Komunikasi yang baik. Kamu mungkin sudah pernah banyak mendengar mengenai kaum lelaki dan perempuan mempunyai bahasa yang berlainan. Kita semua tahu ada maksud yang berlainan dalam satu frasa kecil "tidak, tidak salah," tetapi ia bergantung pada siapa yang mengatakannya! Apa yang penting ialah bertanya jika kamu tidak pasti apa yang dimaksudkan oleh si dia, dan mengatakan dengan jujur secara terbuka agar komunikasi yang salah dapat dihindari di awal peringkat. Jangan pernah menyimpan perasaan dengan lama kerana takut temanmu tidak ingin mendengarnya atau kamu risau ianya kedengaran bodoh. Dan sekiranya kamu perlu masa untuk berfikir sebelum kamu bersedia untuk berkongsi, orang yang benar akan memberi kamu ruang apabila kamu memintanya.
Diterjemahkan dari http://kidshealth.org/en/teens/healthy-relationship.html?WT.ac=t-ra#
No comments:
Post a Comment