Tuesday, 29 November 2016

Berjalan dalam Roh, berjalan dalam kuasa (The Walk of the Spirit, the walk of Power)


Selama bertahun-tahun membaca buku ini tergerak pula hati saya untuk menterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia. Setelah mendapat tahu buku ini boleh dimuat turun secara percuma, saya dengan berbesar hati saya ingin mengongsikan sebahagian bab dari buku ini.

Pengenalan
Beberapa tahun yang lepas merupakan yang paling hebat dalam kehidupan saya. Saya telah berada dalam pelayanan lebih dari dua puluh lima tahun dan telah mengalami banyak pertemuan yang indah bersama Tuhan, namun dengan benar saya katakan bahawa pengetahuan wahyu yang Tuhan telah berikan kepada saya pada beberapa tahun yang lalu sesungguhnya telah mengubahkan kehidupan saya sepenuhnya, membawa saya ke tempat Tuhan yang belum pernah saya bayangkan sebelum ini.
Walaubagaimanapun, anda tidak akan meletakkan dinding-dinding di mana tidak ada dasarnya. Anda tidak boleh menambahkan sekeping atap di mana tidak ada dinding-dinding. Kebenaran yang mengubah hidup yang Tuhan telah tunjukkan kepada saya ianya tidak diletakkan jikalau saya tidak mempunyai dasar yang kuat akan Firman Tuhan yang telah dibina dalam saya baris demi baris, ayat demi ayat melalui banyak waktu dan banyak tahun berdoa dalam bahasa lidah semasa merenungkan Ayat-ayat Firman.
Kini saya lebih banyak tahu berbanding sebelumnya bahawa berdoa dalam bahasa lidah ialah karunia wahyu yang membantu meletakkan dasar ayat-ayat Firman dalam hidup saya. Tuhan telah mempersiapkan saya bagi sesuatu yang mengagumkan, kebenaran yang kekal yang Dia telah curahkan sekarang ke dalam roh saya untuk mempersiapkan hari-hari yang akan datang. Dia sedang menggunakan kesemua tahun tersebut dengan berbahasa lidah untuk membuka bagi saya kesemua alam roh yang baru akan pengertian dalam Kristus.
Ukuran kuasa Tuhan dalam kehidupan orang percaya bergantung kepada berapa banyak hidupnya diatur oleh Roh Kudus. Oleh itu, mulai dari awal, mesej utama pelayanan ini adalah berdoa dalam bahasa lidah. Setelah berdekad-dekad, Tuhan telah menyampaikan suatu kekayaan pengetahuan wahyu ke dalam roh saya tentang subjek ini. Langkah demi langkah, Dia telah mengajar saya bagaimana untuk berjalan keluar dari hidup yang dikuasai oleh daging ke pada hidup baru yang dikuasai oleh Roh Kudus melalui karunia yang tak terbanding ini doa dalam bahasa syurgawi.
Kemudian pada 1997, Tuhan berbicara dengan sangat kuat di dalam roh saya, berkata, "Mesej mengenai bahasa lidah telah menjadi matang."
Pada mulanya, saya berfikir Tuhan bermaksud bahawa mesej ini telah menjadi matang dalam saya. Akhirnya saya mengerti bahawa Dia bukan berkata kepada saya secara khusus sama sekali. Dia berkata bahawa waktunya sudah tiba untuk mengongsikan secara meluas mengenai pengetahuan wahyu yang Dia telah berikan kepada saya tahun-tahun semasa berdoa dalam bahasa lidah. Mesej ini telah menjadi matang bagi Tubuh Kristus.
Tuhan telah memberi amanat agung kepada saya untuk mengajar kepada orang-orang percaya bagaimana untuk hidup dalam kuasa apabila mereka berjalan dalam Roh, senantiasa membina atas dasar Firman Tuhan dan berdoa berbahasa lidah apabila Roh Kudus memberi ucapan. Buku ini ditulis dari keinginan saya untuk menjadi setia terhadap amanat ilahi itu.
Saya bukan sahaja mengajar kebenaran-kebenaran yang terkandung dalam buku ini bagi banyak tahun; saya juga mengejarnya dengan segenap hati dalam perjalanan peribadi saya bersama Tuhan. Jadi, percayalah saya apabila saya memberitahukan ini kepadamu: Sambil kamu membaca buku ini dan dengan tekun melatih prinsip-prinsipnya, hari itu akan datang apabila kamu melihat kembali hidupmu dan berkata dengan kagum dan hairan, "Saya bukan peribadi yang sama lagi. Saya telah belajar berjalan dalam Roh, dan ini telah mengubah kehidupan saya sepenuhnya untuk selama-lamanya!"                          Dave Roberson 


Ker'na Roh-Ku ialah kedalaman hikmat
     Melalui Roh-Ku kamu dapat mengutip,
     Demikianlah Roh Kasih Karunia berbicara.
Ker'na inilah yang tersembunyi secara misteri.

Oh, Aku telah membuatkan misteri-misteri ini terungkap
Kepada mereka yang dalam Jemaat kasih karunia-Ku
Belajarlah tinggal dalam hadirat-Ku.
Belajarlah menatap wajahmu.
Dan Aku akan membuka harta-harta yang terpendam di padang.
Dan kamu akan melihat, demikianlah Roh Kasih Karunia berbicara,
    Bahkan yang jahat akan menyerah tempat.

Bab 1
Roh Kudus bekerja di dalam.
Keabdian dari masa lalu, sesuatu yang sangat luas, rancangan rumit bagi manusia untuk membentangkan dari dalam Tuhan. Hikmat-Nya yang tak terhitung, Dia tidak meninggalkan apa-apa apabila Dia melihat ke bawah melalui zaman ke zaman. Dia melimpasi generasi demi generasi, merancangkan sesuatu dengan kerumitan secara terperinci bagi setiap yang akan hidup di muka bumi. Keinginan Tuhan ialah untuk memulihkan sebanyak mungkin daripada kem pemberontakkan Iblis dan mengumpulkan kepada-Nya suatu umat yang mungkin Dia gelar sebagai keluarga-Nya.
            Sesuatu di tengah-tengah sesi rancangan ilahi ini, jauh sebelum waktu bermula, Tuhan bertemu dengan namamu! Kemudian Dia melakukan formulasi rancangan sempurna khusus bagi kamu yang tidak dapat disamakan oleh sesiapa pun yang pernah dilahirkan. Bayangkan – Tuhan Bapa melihat jauh dari kekosongan ruang angkasa yang besar ini dan waktu serta melihat pada saat di mana kamu yang akan hidup di bumi ini. Lalu Dia membuat keputusan dengan tepat bagaimana saat itu akan dipenuhi!

Kita Mesti Pilih Rancangan-Nya
Tuhan memikirkan suatu rancangan yang indah bagi setiap kita. Dalam rancagan-Nya, kita telah didestinasikan untuk menjadi anak-anak-Nya perempuan dan lelaki di Salib. Namun satu halangan yang pasti berdiri di tengah-tengah antara kita dengan rancangan sempurna Tuhan ialah: Menggunakan pilihan bebas (free will) yang Tuhan telah berikan kepada kita, kita mesti memilih untuk berjalan dalam rancangan yang telah ditahbiskan dalam kehidupan kita.
Tuhan mencari jalan untuk menghampiri setiap kita supaya dapat memperlihatkan rancangan keperibadian-Nya bagi hidup kita. Dia memulakan dengan khotbah Salib yang mendorong kita untuk menerima Yesus Kristus sebagai Juruselamat dan Tuhan. Jika kita menerima Yesus, kita mengambil langkah pertama ke dalam rancangan destinasi Tuhan bagi kita sebelum dasar-dasar dunia ada. Tetapi jika kita menolak Dia, lalu seperti ramai di antara kita, kita akan hidup dan mati tanpa mengambil langkah pertama tersebut – keselamatan – masuk ke dalam rancangan ilahi bagi kewujudan kita.
Pernah sekali saya melayani di India, saya melihat ribuan orang berkerumun di hadapan saya dan kagum akan Tuhan yang pasti mempunyai rancangan yang spesifik bagi setiap individu dalam sejumlah besar yang sangat luas itu. Kebenarannya ialah, Tuhan telah memformulasikan rancangan yang sempurna setiap orang yang dilahirkan sejak masa Adam. Dia hanya menanti akan setiap orang untuk mencari apakah rancangan itu, lalu memilih untuk berjalan ke situ.
Yesus berkata tentang rancangan-Nya hidup yang kekal bagi manusia dalam Matius 7: 13,14:
Masuklah melalui pintu yang sesak itu, karena lebarlah pintu dan luaslah jalan yang menuju kepada kebinasaan, dan banyak orang yang masuk melaluinya;
karena sesaklah pintu dan sempitlah jalan yang menuju kepada kehidupan, dan sedikit orang yang mendapatinya."   
Perkataan Yesus menunjukkan bahawa ramai orang serta perjalanan hidup mereka akan berakhir tanpa Tuhan buat selama-lamanya. Seseorang boleh hidup dan mati dan pergi ke neraka tanpa mengenal Yesus atau memenuhi rancangan Tuhan dalam hidup mereka. Walaubagaimanapun, itu tidak akan mengubah kenyataan bahawa Tuhan mempunyai rancangan penebusan yang sempurna dan tujuan bagi peribadi tersebut; hanya kerana dia tidak pernah menyelidikinya.
          Namun, syukur kepada Tuhan, kamu tidak perlu menjadi salah satu dari bilangan itu! Kamu telah menemukan Salib yang diperbuat oleh Yesus Juruselamat peribadi kamu, tiada yang dapat menghentikan kamu dari menyelidiki rancangan Tuhan yang lain dalam hidup mu. Yang perlu kamu lakukan ialah memilih dan mentaati-Nya.

Roh Kudus berdoa bagi kita

            Entah bila atau bagaimana, dalam rancangan Tuhan yang besar dan menabjubkan bagi ciptaan-Nya namamu muncul. Lalu Tuhan, dalam hikmat dan nasihat-Nya yang abadi itu, meletakkan rancangan yang sempurna dalam hidupmu.
            Kemudian Roh Kudus telah melakukan sesuatu yang indah. Dia mendengar dengan teliti dari setiap keperibadian hidupmu sewaktu Tuhan merencanakan kelahiranmu, pelayananmu, kekayaanmu, dan setiap aspek penebusan dan hidup peribadi.
            Sebenarnya, Roh Kudus ialah yang Satu telah ditugaskan untuk memantau rancangan Tuhan bagi hidup peribadimu. Tiada seorang pun dapat rancangan itu lebih baik dari Dia. Dia ada di situ. Dia telah mendengar rancangan Tuhan Bapa setiap minit.
            Dan bukan itu sahaja. Peribadi ketiga dari Ketuhanan ini berdiri muka ke muka dan pasti sama dengan dua ahli dalam Ketuhanan, Jehovah dan Logos yang hebat (Yesus). Namun dalam kelahiran semula sebagai anak Tuhan, Roh Kudus sebenarnya ingin mengambil tempat tinggal dalam rohmu dan memberikan layanan-layanan kepadamu! Dan satu dari sebab utama Dia datang ialah berdoa bagi kamu.
            Mengapa Tuhan mengutus Roh Kuds untuk hidup di dalam kamu? Supaya Dia dapat mengubah kamu menjadi imej anak-Nya. Dan untuk mencapai tujuan itu, Roh Kudus memberikan bahasa doa-Nya supaya Dia dapat berdoa semua yang berkaitan dengan kamu.
            Dengan bahasa doa itu, Dia akan melibatkan diri bersama kamu secara langsung di dalam perhubungan satu dengan satu iaitu bebas daripada yang lain, bahkan daripada fikiranmu. Apabila Roh Kudus berdoa bagi kamu, Dia mengambil rancangan yang Dia dengar dari ucapan Bapa dan mencurahkan melalui rohmu. Dan bahasa yang Dia gunakan untuk mengungkapkan rancangan yang mengalir melalui kamu ialah bahasa lidah yang luar biasa.
            Setiap kali kamu memberi Roh Kudus peluang, Dia akan menggunakan bahasa tersebut untuk berdoa bagi panggilanmu, berdoa bagi panggilan Tuhan, membangunkan kamu, dan untuk mengecas kamu dengan kuasa Roh Kudus-Nya. Dia akan memberi pinjam Diri-Nya kepadamu sambil imanmu dibenarkan untuk diaktifkan dalam rohmu. Dia akan menarik keluar dari semuanya yang Yesus ingin kamu supaya dibebaskan dan masuk ke dalam semua yang Yesus katakan bahawa kamu ada dalam Dia.
            Jika kamu mahu, kamu boleh pergi ke kamarmu dan berdoa dalam bahasa yang luar biasa bagi dua, empat bahkan dua belas jam, dan Tuhan Roh Kuds akan menciptakan setiap perkataan yang keluar dari mulutmu. Adalah pilihanmu untuk berdoa atau tidak berdoa. Tetapi setiap kali kamu pilih untuk berdoa, kamu akan keluar dari masa berdoa lebih dibangunkan dalam rancangan-Nya dan tujuan kamu daripada kamu tidak melakukannya.
            Rancangan Tuhan bagi kamu ialah dalam Roh, dan Roh Kudus ada di dalammu. Roh Kudus diperlengkapi dengan pengetahuan yang segalanya didengar daripada rancangan penebusan Tuhan bagi kamu sebelum dasar-dasar bumi diletakkan. Dan setiap kali Dia menyelidiki hatimu, Dia bertindak demikian supaya dapat berdoa bagi rancangan – Fikiran Tuhan mengenai kamu – ke dalam kewujudan hidupmu.

Hukum alamiah ditaklukkan ke bawah
Saya telah lama saya dipenuhi oleh Roh Kudus, saya masih dalam keadaan kagum bahawa ketiga Peribadi dari Ketuhanan sanggup memilih untuk datang dan diam bersama kita! Fikirkanlah itu, semasa kita menyambut-Nya, Dia memenuhi kita semasa baptisan dan rancangan Tuhan jauh yang dilihat dalam kehidupan kita lebih daripada anugerah yang pernah kita harapkan. Dan bahasa luar biasa yang Dia dibawakan bersama-Nya adalah untuk menolong kita mencari rancangan sempurna yang mungkin adalah fenomena yang paling hebat pernah yang berlaku.
            Lebih banyak rancangan Tuhan yang kita cari, lebih banyak Roh Kudus (Pelaksana hukum rohani) akan memampukan hukum alamiah ditaklukkan di bawah kehidupan kita. Hukum alamiah memerintah keadaan-keadaan sekeliling kita, membuatkan sesuatu perkara terjadi atau menentang kita – membuatkan kita kaya, atau miskin, sakit atau sihat, gembira atau sedih.
            Namun Tuhan menciptakan hukum alamiah untuk menjadikannya lebih rendah daripada hukum rohani. Oleh kerana rancangan ilahi bagi hidup kita yang berasal sesungguhnya dari hati Tuhan yang paling dalam, ianya dikuatkuasakan sebagai hukum rohani.
            Apabila kita meluangkan berapa banyak masa untuk berdoa dalam bahasa Roh, kita sedang mengucapkan rahsia-rahsia ilahi, atau hukum-hukum rohani. Roh kudus kemudian akan menjalankan hukum-hukum tersebut untuk melihat keadaan-keadaan – hukum alamiah – selaras dengan tujuan dan rancangan Tuhan dalam hidup kita. Kita tidak boleh berdoa secara konsisten dalam jangka masa yang panjang sebelum perkara-perkara yang bukan berasal dari rancangan Tuhan dijatuhkan.
            Pernah sekali saya bertanya kepada Tuhan, “Mengapa Engkau memberikan kepada kami bahasa yang begitu pelik untuk digunakan semasa berdoa?” Inilah yang Dia bicarakan dalam roh saya:
            “Di antara manusia sebuah bahasa yang tidak pernah timbul semasa kewujudan itulah yang membawa daftar kata untuk mengungkapkan segala sesuatu Aku di dalam kamu melalui Kristus Yesus. Oleh kerana tidak ada bahasa dengan sebuah daftar kata tersebut, Aku perlu menciptakannya sendiri dan meminjamkannya kepadamu sementara kamu masih berada di bumi. Aku hanya meminjamkannya kepadamu sehingga kamu kembali ke Syurga; barulah ia akan berhenti.”

Pertukaran Hebat:
Menukarkan rancangan kita kepada rancangan Tuhan

Terdapat pertukaran rohani berlaku semasa kita berdoa dalam bahasa lidah. Lihatlah dalam Roma 8: 27, 28 berkata:
Dan Allah [Roh Kudus] yang menyelidiki hati nurani, mengetahui maksud Roh itu, yaitu bahwa Ia, sesuai dengan kehendak Allah, berdoa untuk orang-orang kudus.

Kita tahu sekarang, bahwa Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Allah.

Apakah ertinya, “Allah yang menyelidiki hati”? Ini bermaksud bahawa Roh Kudus akan senantiasa menyelidiki hati kamu dengan niat menyingkirkan semua yang bertentangan dengan kehendak Tuhan, Bapamu yang adalah Perancang. Kemudian Roh Kudus menggantikannya dengan rancangan yang telah Dia dengar bagi hidup peribadimu sebelum permulaan waktu semasa Tuhan memformulasikan rancangan-Nya bagi kamu. Dia mendoakan rancangan Tuhan yang sempurna ke dalam rohmu supaya kamu bukan sahaja tahu apa panggilan kamu tetapi juga bagaimana supaya panggilan tersebut berlaku dalam waktu yang sempurna, sesuai dengan kehendak dan kuasa Tuhan.
Tuhan menukarkan rancangan-rancangan alamiah kita dan idea-idea bagi-Nya melalui alat penukaran yang luar biasa iaitu, lidah-lidah untuk membangun secara peribadi. Kamu dapat mengetahui di luar bayangan keraguan apabila kamu menyerah terhadap penukaran ilahi tersebut, semua perkara baik dikerjakan bagimu, kerana kamu mengasihi Tuhan dan dipanggil sesuai dengan tujuan-Nya.

Dia menolong mencari panggilan kita

Bagaimanapun, kamu tidak mungkin dapat menyelidiki tujuan yang Tuhan telah panggil daripada kamu dengan hanya membaca Firman. Sekarang, kamu boleh mencari dalam Firman segala yang kamu perlu tahu mengenai warisan yang dimiliki oleh setiap yang percaya. Kamu boleh belajar semua tentang keselamatan, penyembuhan, kekayaan, kebenaran, Syurga, darah dan jabatan-jabatan pelayanan. Tetapi kamu tidak mungkin dapat mencari dari Firman sahaja apa panggilan Tuhan yang harus kamu penuhi sebagai seorang individu dari Tubuh Kristus.

Tidak ada “Kitab Roberson” di mana saya perlu mencari arahan peribadi. Saya perlu menyelidiki panggilan ilahi dengan wahyu melalui perkerjaan peribadi oleh Roh Kudus.

Tiada seorang pun yang tahu dengan lebih baik panggilan kita daripada Roh Kudus. Dia telah berada di hadirat Tuhan sewaktu pada awal panggilan kita dirancangkan. Itulah sebabnya mengapa Dia memberikan bahasa yang luar biasa bersama dengan Dia sewaktu Dia datang untuk hidup bersama dengan kita. Kita terlalu tidak ambil peduli akan bagaimana untuk berdoa berkenaan panggilan kita. Oleh itu, empangan besar hikmat dan nasihat yang diam di dalam roh kita, hanya menanti untuk dilepaskan melalui bahasa lidah.

     1 Korintus 14: 14 berkata bahawa apabila kita berkata-kata dalam bahasa asing, roh manusiawi itulah yang melakukan doa, dan pengertian kita tidak berbuah. Oleh itu, Roh Kudus menciptakan bahasa luar biasa di dalam roh manusiawi kita. Kemudian barulah bahasa dan kuasa autoriti mengambil tempat dari Peribadioleh Roh Kudus ke dalam roh manusiawi kita.
    
     Pemindahan ilahi membolehkan kita sebagai ahli individu dari Tubuh Kristus di Bumi ini adalah berdoa dalam bahasa lidah dengan kuasa autoriti daripada Tuhan, tahu bahwa kedua ahli daripada Ketuhanan akan menjawab doa kita. Jika pemindahan ini berlaku, Roh Kuduslah yang akan berdoa, bukannya kita. Tetapi dengan pemindahan tersebut, adalah roh kita yang berdoa sambil Roh Kudus menciptakan doa tersebut.

Jalan Tuhan adalah yang terbaik
Kita mungkin tahu bagaimana menuntut warisan kita. Kita mungkin baik dalam mengiyshtiharkan, “Penyembuhan adalah milik saya. Kekayaaan adalah milik saya!” Tetapi bagaimana kita dapat kuasa Roh Kudus yang tinggal di dalam kita dengan begitu hebat sekali – kuasa yang membangkitkan Yesus daripada alam maut – sehinggalah kepada masalah yang kita hadapi untuk menjadikan berkat-berkat ini nyata dalam hidup kita? Dan yang paling penting, bagaimanakah kita dapat menyelidiki panggilan ilahi kita?

     Baiklah, kita semua sangat bijak kononnya dapat mencari sesuatu dengan lebih banyak untuk menjawab soalan-soalan tersebut lebih daripada apa yang Tuhan telah berikan kepada kita semasa Dia menciptakan Roh Kudus untuk datang dan mewakili kita?

Dapatkah kamu melihat, Tuhan tidak mempercayakan kita kepada mana-mana ribuan malaikat dalam pelayanan-Nya. Kita lebih bernilai bagi-Nya berbanding semuanya itu. Tidak, Dia telah pergi sejauh mungkin yang boleh dan mempercayakan kepada kita Roh-Nya sendiri, yang kemudiannya datang kembali untuk diam di dalam kita. Jadi bagaimanakah kita dapat gagal sekiranya Peribadi ketiga dari Ketuhanan menciptakan doa dan kedua ahli dari Ketuhanan melihatnya dan terus menjadikan semuanya itu? Saya menggelarnya sebagai rancangan yang sangat mudah!


Hikmat Tuhan Dalam Menentang Strategi-Strategi Iblis

     Pada hari di mana kamu memutuskan untuk menguncikan dirimu dalam kamar doa untuk menghabiskan masa berkualiti bersama Tuhan dalam doa – itulah hari di mana kamu akan masuk ke dalam ruang kelas Syurgawi di bumi ini bersama dengan Roh Kudus sebagai Gurumu. Kamu perlukan “ruang kelas” jika kamu ingin memenuhi panggilan ilahimu.
     Ingat, Tuhan memberitahu kita supaya menjadi cerdik seperti ular dan tulus seperti merpati (Mat. 10: 16). Mengapa Tuhan berkata demikian? Kerana gudang senjata dan persenjataan Setan hanya boleh dilawan dengan hikmat Tuhan.
     Misalnya, Setan kononnya sedang berjalan dalam kamar dengan tanduk-tanduknya dan ekornya dan berkata, “Maafkan aku ya, Kristian yang baik, aku sedang menyingkirkan Firman Tuhan keluar dari hatimu.” Kamu mungkin akan melihat dia dan berkata, “Mana mungkin kamu mengambil Firman dari saya!”

Dia berkata, “Mengapa tidak?”

“Kerana kamu adalah si jahat!”

“Apa sebabnya?” Dia bertanya.

“Tanduk-tandukmu dan ekormu.” (Ini adalah cara tradisional iblis berpakaian dalam cerita rakyat Kristian.)

     Pada saat itu, iblis itu berkata, “Aku tidak akan berpakaian semacam ini lagi. Aku akan mendapatkan kulit domba dan memakainya. Kemudian aku akan menyelinap ke dalam keadaan yang tidak sedar lalu mencuri Firman itu keluar dari kamu. Kamu mungkin tidak akan pernah tahu siapa yang melakukannya kerana aku menggunakan agama untuk memikat hatimu. Aku akan menggunakan keadaan-keadaan. Aku akan menyalahkannya terhadap ekonomi. Atau aku akan menyalahkannya terhadap suamimu atau isterimu. Tetapi satu atau cara yang lain bagaimanapun, Aku akan mengambil Firman Tuhan keluar dari kamu, dan kamu tidak mungkin dapat tahu siapa yang melakukannya!”

     Yesus memberitahu kita bahawa Setan hanya datang kerana satu sebab dalam tiga bahagian: untuk membunuh, mencuri dan membinasakan (Yoh 10: 10). Dan kamu mungkin tahu – iblis sangat licik dalam kegiatan ini! Dia tidak akan melakukan apa-apa kecuali tiga hal tersebut. Membunuh, mencuri, dan membinasakan adalah kepakarannya sejak terangnya hilang dan dia jatuh dari Syurga (Yes. 14: 12). Dan jika kamu salah menghakiminya – jika kamu tidak mengambil dia secara serius – dia boleh membinasakan kamu!

Sekarang kamu mengerti kenapa kita harus cerdik seperti ular dan tulus seperti merpati. Sekalipun demikian terdapat beberapa yang mengatakan mereka tidak memerlukan pertolongan Roh Kudus sewaktu berdoa. Mereka menolak bahasa-Nya dan enggan membenarkan Dia berdoa dengan fikiran Tuhan bagi mereka jam demi jam. Dan jika kamu tidak mengambil peduli strategi-strateginya dengan hikmat Tuhan, dia akan berhasil dalam membunuh segala yang baik dalam hidupmu.
    
     Oleh sebab ini adalah benar, bagaimana mungkin seorang percaya mempertimbangkan dengan menghabiskan dua atau tiga jam sewaktu berdoa adalah suatu korban? Apakah yang sebenarnya dia sedang berkata-kata? “Aku telah membuat korban peribadi yang besar semalam. Aku membenarkan Tuhan berdoa bagiku selama 3 jam!”
    
Tidak, orang percaya ini sebenarnya tidak membuat korban yang besar. Dia hanya menikmati keistimewaan yang tak ternilai ini dengan berdoa di dalam Roh. Roh Kudus menciptakan sebuah bahasa doa dalam peribadi tersebut yang membuatkan fikirannya masuk ke dalam fikiran Kristus dan hikmat yang tak terhitung banyaknya daripada Tuhan yang Maha Besar ke dalam hidupnya!

          Adalah di luar pengertian saya bagaimana proses luar biasa ini bekerja. Namun saya menjamin kamu, saya akan gunakan apa yang Dia telah berikan kepada saya!

          Bapa Syurgawi saya telah menjanjikan ini, dan saya boleh memberikannya kepadamu: Jika kamu setia meneruskan untuk mengetahui Tuhan melalui Roh-Nya – dan bahagian penting dari proses ini ialah berdoa dalam bahasa lidah – kemudian pada lima tahun dari sekarang, kamu tidak akan menjadi sama lagi. Kamu tidak akan melihat ke belakang beberapa tahun yang lepas dan meratapinya setiap hari adalah sama, satu bulan adalah sama tiap-tiap masa seterusnya, sehingga tiga dan kemudian empat tahun berganti, kamu akhirnya menjadi seorang yang tertewas dan tidak berubah seperti pada mulanya.
         
          Tidak, jika kamu mengejar Tuhan melalui Roh-Nya, lalu pada akhir lima tahun kemudian, kamu akan menoleh ke belakang dan melihat bahawa kamu telah mengalami pertumbuhan rohani. Kamu telah berubah bagi yang terbaik. Kamu sedang mengenal Yesus secara peribadi apabila Roh Kudus menyatakan diri-Nya kepadamu. Dan kamu sedang berjalan baik dalam memenuhi panggilan ilahimu apabila ianya diungkapkan kepadamu!

 Oleh itu masuklah dan mengenallah Aku melalui Roh
Dan Aku akan membawa kamu dari kemulian kepada kemulian,
     Memuaskan kamu dengan sebuah warisan
     Yang akan membuatkan kamu
     Bagaimana untuk menghilangkan kelaparan
     Dan membakar ke dalam
     Untuk mengetahui kuasa-Ku

Aku akan menunjukkan kamu semua ini,
Tetapi kamu harus masuk ke dalam Hadirat-Ku
     Dan tinggal di sana sehingga Aku memberi makan kepadamu
     Bersama pelayananmu, demikianlah Roh Kasih Karunia berbicara.

Monday, 28 November 2016

Kisah Burung Layang-Layang


Keajaiban “Burung layang-layang di Capistrano berlaku setiap tahun di Gereja Mubaligh San Juan, Capistrano pada 19hb Mac, mengikut tradisi katolik, ianya bersamaan dengan Hari Perayaan St.Joseph.

Sekumpulan burung kecil yang setia kembali ke sebuah perkampungan yang terkenal di California, San Juan Capistrano membawa keriangan di suasana, dan para pelancong yang ramai dari seluruh dunia berkumpul untuk menyaksikan ‘keajaiban’ pulang oleh burung layang-layang tersebut.
Burung-burung ini melakukan penghijrahan besar-besaran dari Benua Amerika Selatan ke Utara Amerika kerana musim sejuk sudah mula melanda Amerika Selatan. Oleh itu kawanan burung ini terbang sejauh beribu-ribu batu untuk mencari makanan, minuman dan tempat tinggal yang sesuai.
Namun begitu, burung-burung ini lebih selesa berhijrah di San Juan, Capistrano California.
Di waktu subuh pada Hari St. Joseph, burung-burung kecil ini tiba dan mula membina sarang-sarang lumpur yang tergantung pada reruntuhan Gereja Great Stone yang musnah akibat gempa bumi yang kuat pada tahun 1812. 
Kini sisa bangunan tersebut menjadi sarang kepada ribuan burung layang-layang. Burung layang-layang menghabiskan masa mereka sepanjang musim panas tersebut, iaitu pada bulan Mac sehingga Mei. Tempat tersebut sangat sesuai kerana berdekatan dengan dua buah sungai.

Setelah musim panas berlalu, burung layang-layang ini akan terbang pulang meninggalkan tersebut sehinggalah untuk tahun yang berikutnya.
Inilah keajaiban burung layang-layang, tidak ada jam dan tidak ada kalendar yang memberitahu tentang masa dan waktu untuk berhijrah, tetapi burung-burung ini telah mengajar kita untuk menjadi setia dalam menepati waktu dalam kehidupan kita.

Adakah kamu dalam perhubungan yang sihat?


Apa yang membuatkan perhubungan itu sihat?

Diharapkan agar kamu dan si pasangan menjalani hubungan yang baik. Adakah kamu masih tidak pasti? Berhentilah sejenak dan fikir-fikirkanlah adakah perhubungan yang kamu alami mempunyai tujuh kualiti di bawah: 
  • Saling menghormati. Adakah si dia berasa kamu sangat hebat dan mengapa? (Berhati-hati apabila jawapan yang pertamanya adalah kamu seperti melakonkan watak seseorang!) Kuncinya adalah BF dan Gf kamu sedang mengarah pada kamu dan siapa dirimu - kerana lawak jenakamu, minat terhadap realiti TV dan sebagainya. Adakah pasanganmu mendengar apabila kamu berasa tidak selesa melakukan sesuatu ataupun dia terus pergi? Menghormati di dalam suatu perhubungan bermaksud setiap orang menghargai orang lain dan memahami - tidak pernah mencabar - batas seseorang.
  • Kepercayaan. Kamu sedang bersembang bersama seorang pemuda sekuliah dan teman lelakimu berjalan lalu di hadapanmu. Adakah dia hilang kawalan diri atau dia berjalan terus kerana dia tahu kamu tidak akan pernah menipu dia. Adalah OK menjadi cemburu untuk seketika - cemburu adalah perasaan yang semulajadi. Namun, seseorang bertindak terhadap perasaan cemburu itulah yang penting. Tidak mungkin kamu menjalani hubungan yang sihat tanpa kepercayaan di antara satu dengan yang lain.  
  • Kejujuran. Ini juga sama seperti kepercayaan. Ini kerana kepercayaan itu sukar apabila satu daripada kamu tidak jujur. Pernahkah kamu mendapati teman wanitamu berbohong besar? Seperti contoh dia perlu bekerja pada malam Jumaat tetapi dia keluar bersama kawan-kawannya untuk menonton wayang? Kemudian hari dia berkata dia perlu bekerja, kamu mungkin dalam masalah besar untuk mempercayainya dan seterusnya kepercayaan menjadi mula goyah. 
  • Sokongan. Si dia bukan sahaja menyokong kamu dalam masa susah. Adakalanya orang menjadi hebat apabila duniamu jatuh namun tidak dapat berada di sana semasa dalam keadaan baik (atau sebaliknya). Dalam sebuah perhubungan yang sihat, apa yang penting adalah kamu dapat mengongsikan air matamu bersama dia apabila mendapati ibu bapamu akan bercerai atau merayakan bersamamu apabila kamu mendapat tawaran kerja yang lebih baik. 
  • Adil dan Saksama. Dalam perhubungan, adakalanya kamu perlu mengambil dan juga memberi. Adakah kamu mengambil giliran untuk memilih wayang yang perlu ditonton? Sebagai pasangan, adakah kamu keluar bersama rakan-rakan pasanganmu seperti yang kamu sering lakukan bersama rakan-rakanmu sendiri? Ini tentulah bukan sesuatu yang menjadi kewajipan, tetapi kamu mungkin menyedari ada sesuatu yang kurang seimbang. Ada hal-hal yang mungkin menjadi buruk dengan begitu cepat sekali apabila perhubungan bertukar menjadi pergelutan kuasa, seseorang yang berjuang mendapatkan keinginannya dalam setiap waktu.
  • Mengasingkan identiti. Dalam sebuah perhubungan yang sihat, setiap orang perlu berkompromi. Tetapi ianya tidak bermaksud kamu harus membuang dirimu sendiri. Apabila kamu keluar, kamu berdua mempunyai kehidupan tersendiri (keluarga, rakan-rakan, minat, hobi dan sebagainya) dan itu tidak dapat diubah. Kamu berdua tidak perlu berpura-pura menyukai apa yang sebenarnya kamu tidak suka, atau berhenti keluar bersama rakan-rakan yang lain, ataupun meninggalkan aktiviti-aktiviti yang kamu suka. Kamu harus merasa bebas membangunkan bakat dan minat, membina persahabatan baru dan terus maju. 
  • Komunikasi yang baik. Kamu mungkin sudah pernah banyak mendengar mengenai kaum lelaki dan perempuan mempunyai bahasa yang berlainan. Kita semua tahu ada maksud yang berlainan dalam satu frasa kecil "tidak, tidak salah," tetapi ia bergantung pada siapa yang mengatakannya! Apa yang penting ialah bertanya jika kamu tidak pasti apa yang dimaksudkan oleh si dia, dan mengatakan dengan jujur secara terbuka agar komunikasi yang salah dapat dihindari di awal peringkat. Jangan pernah menyimpan perasaan dengan lama kerana takut temanmu tidak ingin mendengarnya atau kamu risau ianya kedengaran bodoh. Dan sekiranya kamu perlu masa untuk berfikir sebelum kamu bersedia untuk berkongsi, orang yang benar akan memberi kamu ruang apabila kamu memintanya.
Diterjemahkan dari http://kidshealth.org/en/teens/healthy-relationship.html?WT.ac=t-ra#